Bila Harga Emas Naik, Bisnes Kedai Emas Pun Ikut Untung?

Bila harga emas naik, ramai orang fikir hanya pemilik emas fizikal saja yang tersenyum. Tapi sebenarnya, satu segmen lagi yang sering tumpang sama adalah kedai emas.

Secara asasnya, kedai emas menyimpan stok emas dalam bentuk barang kemas. Bila harga emas global meningkat, nilai stok mereka automatik menjadi lebih mahal. Jadi apabila dijual pada harga baharu, margin keuntungan boleh jadi lebih baik, selagi stok diurus dengan bijak.

Bayangkan anda ada kedai emas dan simpan stok gelang yang dibeli ketika harga RM250 segram. Dua bulan kemudian, harga naik jadi RM300 segram. Bila pelanggan datang beli pada harga baharu, anda bukan saja dapat balik kos asal, malah ada lebihan kerana stok itu dibeli pada harga yang lebih rendah. Kalau stok diurus betul-betul, kesan kenaikan harga macam inilah yang membantu keuntungan.

Tapi ada juga senario sebaliknya. Katakan anda membeli banyak stok ketika harga sudah tinggi, contohnya RM310 segram. Tiba-tiba pasaran reda dan harga turun ke RM290. Stok yang ada dalam peti besi kini bernilai lebih rendah daripada kos belian. Kalau anda terpaksa jual, margin jadi kecil, malah boleh rugi. Di sinilah pentingnya disiplin pengurusan inventori.

Pada masa yang sama, dalam keadaan ekonomi tidak menentu, semakin ramai melihat emas sebagai “tempat berlindung”. Orang beli untuk simpanan, hadiah kahwin atau sekadar lindung nilai inflasi. Bila permintaan naik, volume jualan pun akan meningkat.

Satu perkara yang ramai tak sedar: kedai emas bukan hanya untung daripada emas itu sendiri. Sebahagian besar keuntungan datang daripada:

  • upah tukang
  • reka bentuk
  • servis dan aksesori

Walaupun harga emas naik, pelanggan masih membayar kos tambahan ini kerana ia dianggap sebahagian daripada nilai barang kemas.

Namun, tidak semua berjalan lancar setiap masa. Jika harga naik terlalu tinggi, ada pelanggan yang memilih untuk menunggu dan lihat. Jualan boleh menjadi perlahan. Selain itu, kos operasi seperti sewa, gaji dan pemasaran tetap meningkat. Persaingan antara kedai juga memaksa mereka menawarkan promosi, sekali gus menekan margin.

Menariknya, data pasaran menunjukkan kesan positif tetap wujud untuk pemain besar tempatan.

Jadi, bagaimana kesannya pada saham-saham syarikat kedai emas?

Di Bursa Malaysia, kesannya jelas kelihatan.

Poh Kong menunjukkan prestasi yang stabil dalam beberapa tahun kebelakangan ini, seiring permintaan emas yang berterusan.

Tomei pula mencatat kenaikan lebih kukuh dalam tempoh lima tahun, mencerminkan gabungan permintaan yang baik, pengurusan stok yang berdisiplin dan strategi runcit yang lebih agresif. Ia mempunyai beberapa jenama bawahnya seperti Tomei, My Diamond, T.H. Jewelry dan Le Lumiere.

Habib Jewels bukan syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Malaysia, jadi orang ramai tidak boleh beli saham Habib Jewels di pasaran saham.

Saham-saham syarikat emas tidak “meletup” seperti sesetengah saham spekulatif, tetapi lebih kepada pertumbuhan yang konsisten selagi permintaan dan pengurusan syarikat kekal sihat.

MetrikPoh KongTomei
Jualan 2025RM1.69 bilion~RM926 juta
(9 bulan pertama 2025)
Untung Bersih 2025RM121 juta~RM78 juta
(9 bulan pertama 2025)
Prestasi saham (YTD)+21%+21%
Prestasi saham 5 tahun+43%+125%

Kesimpulan

Emas memang terkenal sebagai pelindung nilai, tetapi perjalanan emas sebenarnya jauh lebih luas daripada sekadar beli dan simpan. Bila harga emas naik, bukan sahaja pemilik emas yang mendapat manfaat. Kedai emas, syarikat perlombongan, ETF, malah pelabur saham yang berada dalam ekosistem emas semuanya berpotensi mendapat tempias.

Peluang yang baik datang bila kita sudah bersedia dari awal. Kalau belum ada akaun saham, mungkin ini masa yang sesuai untuk mula kenal prosesnya – buka akaun saham, belajar asas dan biasakan diri membaca laporan syarikat. Tak perlu terus beli apa-apa. Cukup sediakan “pintu masuk” dulu. Sebab bila peluang muncul, orang yang sudah bersedia biasanya lebih tenang berbanding yang baru nak mula.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu. Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.
MajalahLabur mungkin menerima manfaat apabila pembaca mendaftar menggunakan kod tersebut. Terima kasih!

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.