Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung 2025

Bursa Malaysia: Nampak Sunyi, Tapi Tidak Sepi

Tahun 2025 menyaksikan pasaran ekuiti Korea Selatan, Jepun, Taiwan, China, Hong Kong dan Indonesia melonjak ke paras yang tinggi, manakala pasaran saham Malaysia pula seakan-akan ‘kehabisan tenaga’, hanya sekadar cuba mengejar.

Pada penutupan hari dagangan terakhir tahun 2025, indeks FBM KLCI turun sedikit sekitar 0.26 peratus dan ditutup pada sekitar 1,680 mata, dengan jumlah dagangan yang sederhana dan kekurangan pemangkin baharu. Ini menambah persepsi bahawa pasaran seolah-olah bergerak perlahan sepanjang tahun.

Dari kacamata rakyat biasa, pasaran saham kita memang kelihatan sendu dan sedikit membosankan. Sebenarnya Bursa Malaysia kelihatan perlahan kerana banyak saham besar seperti CIMB, Public Bank dan Tenaga Nasional tidak banyak bergerak. Satu lagi faktor penting ialah pergerakan dana asing. Dalam tempoh terkini, pelabur asing lebih banyak menjual saham Malaysia berbanding membeli, terutama dalam saham-saham besar itu tadi.

Namun, hakikatnya masih ada saham yang aktif dan naik. Keadaan seperti ini sebenarnya normal dalam mana-mana pasaran saham.

Kenapa Bursa Malaysia Nampak Perlahan, Tetapi Masih Ada Saham Yang Naik?

Indeks pasaran banyak dipengaruhi oleh saham-saham besar. Apabila saham-saham besar hanya bergerak sedikit, keseluruhan pasaran kelihatan perlahan. Dalam masa yang sama, terdapat pergerakan lain yang tidak memberi kesan pada indeks. Sebahagiannya datang daripada sektor tertentu yang menjadi tumpuan.

Saham berskala kecil atau small cap (nilai syarikat lebih kurang bawah RM1 bilion) lebih mudah berubah harga. Modal yang kecil pun sudah boleh memberi kesan kepada pergerakan harga. Oleh sebab itu, kadangkala kita melihat saham kecil naik lebih pantas walaupun pasaran secara keseluruhan kelihatan tenang.

10 Saham Patuh Syariah Ini Menunjukkan Prestasi Luar Biasa Pada 2025

Masih ada saham yang mencatat prestasi luar biasa sepanjang 2025. Senarai di bawah menunjukkan saham patuh Syariah yang naik paling banyak setakat 31 Disember 2025.

Melihat angka kenaikan ini, memang boleh buat ramai terkejut.

Apa Yang Boleh Kita Belajar Dari Senarai Ini

Beberapa perkara menarik yang boleh diperhatikan.

Sebahagian besar saham dalam senarai datang daripada sektor pembinaan, tenaga, teknologi dan perkhidmatan khusus. Majoriti bukan saham gergasi dan dalam kategori small cap.
Kenaikan besar biasanya berlaku apabila ada pemangkin tertentu seperti keuntungan yang bertambah baik atau pelan pengembangan perniagaan.

Fokus : Cari Ruang dan Peluang

Pendekatan yang lebih praktikal adalah memberi perhatian kepada bahagian pasaran yang masih menunjukkan pergerakan dan potensi. Pasaran sentiasa bergerak mengikut kitaran. Ada masa tenang dan ada masa lebih rancak. Yang penting, kita tahu apa yang sedang kita lakukan dan tidak mudah terpengaruh dengan sentimen semata-mata.

Jangan Lupa, Risiko Masih Tinggi

Walaupun peluang wujud, pelaburan saham tetap membawa risiko.

Harga boleh naik dan juga boleh turun. Kerugian boleh berlaku jika keputusan dibuat tanpa pertimbangan yang jelas. Apa jua nasihat atau cadangan tidak pernah menjadi jaminan keuntungan.

Elakkan melabur menggunakan wang keperluan. Pastikan kita memahami perniagaan di sebalik saham yang dibeli dan tidak hanya mengikut orang lain.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Perdagangan Edaran Malaysia Dijangka Cecah 6.1 Peratus Tahun Ini — Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.

Prestasi itu dipacu oleh usaha seperti pengumpulan stok borong, peningkatan harga berkaitan petroleum serta pemulihan dalam jualan kenderaan motor, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bank pelaburan itu menyatakan pertumbuhan perdagangan edaran turut meningkat kepada 9.4 peratus daripada 7.5 peratus bagi tempoh Januari-Mac.

“Ini merujuk kepada permintaan awal di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan tekanan kos serta ketidaktentuan bekalan.

“Bagaimanapun, prestasi sektor runcit yang lebih sederhana mungkin menandakan momentum asas perbelanjaan pengguna yang mulai kembali normal selepas disokong oleh peningkatan perbelanjaan sempena musim perayaan sebelum ini,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bank pelaburan itu memaklumkan lonjakan harga tenaga, ketegangan geopolitik yang ketara serta gangguan rantaian bekalan yang berlanjutan, berpotensi memberi tekanan ke atas aktiviti penggunaan serta perniagaan dalam separuh kedua 2026.

“Pengukuhan pada masa ini berkemungkinan bersifat sementara dan mungkin tidak lagi mampan dalam bulan-bulan akan datang” katanya.

Selain itu, Kenanga IB mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 4.5 peratus bagi 2026 berbanding pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, sekali gus mencerminkan prospek ekonomi yang berhati-hati namun masih kekal optimis.

Petunjuk bulanan termasuk prestasi perdagangan pengedaran lebih kukuh serta pertumbuhan pengeluaran perindustrian pada April yang mengatasi jangkaan menunjukkan aktiviti ekonomi domestik kekal berdaya tahan pada suku kedua 2026.

“Pemulihan dalam aktiviti motor dan jualan borong hanya menunjukkan sokongan peningkatan kepada pertumbuhan jangka masa terdekat, terutama dalam sektor berkaitan perkhidmatan.

“Sehubungan itu, kami mengekalkan unjuran bahawa momentum pertumbuhan akan mengukuh dalam suku kedua sebelum menyederhana dalam separuh kedua jika ketegangan geopolitik terus wujud dan menjejaskan rantaian bekalan.”

— BERNAMA