Kisah Inspirasi Anak Muda Ini Yang Berjaya Membeli Rumah Pertama Sebelum Konvo

Tiada yang mustahil jika inginkan sesuatu yang anda benar-benar idamkan. Apa yang perlu, adalah keazaman yang tinggi untuk mencapainya. Ikut perkongsian Tuan Muhamad Iqbal Hafifi yang telah berjaya buktikan bahawa usia bukan penghalang untuk membeli rumah pertama walaupun sebelum bergelar graduan.

Biar betul. Macam susah nak percaya je?

Ramai yang tanya saya macam mana cara saya beli 3 biji rumah lepas 16 bulan bekerja, ini yang saya lakukan.

Apa Saya Ada Pada Masa Itu

Gaji basic: RM2,400,
Mula bekerja: Febuari 2014 (lepas baru graduate),
Kerja part-time: Sublet 1 unit cash flow (RM200 sebulan),
Masa ni tak payah bayar sewa sebab duduk sekali dalam rumah sublet.
Aset yang ada: 15 gram gold bar (kumpul masa tengah study dulu),
Tunai dalam tangan: RM1,000 (kumpul masa praktikal 5 bulan (RM200 sebulan).
Jun 2014 – Tarikh keramat dapat beli rumah pertama

Rumah pertama, saya beli Apartmen Harmoni dekat Damansara Damai. Unit ini terletak di tingkat 4.

Ini maklumat tentang rumah tersebut:

Selling price: RM55,000,
Bank value: RM65,000,
Deposit yang saya letak: RM5,500.
Macam mana saya kumpul duit deposit?

Nett salary saya dalam RM2,100. Tiap bulan, saya akan simpan RM1,200 (nampak macam banyak, kan? Korang kena try dulu. Baru tahu boleh buat ke tak).

Baki yang saya ada adalah RM900.

RM500, saya akan bagi kepada parents, balance RM400 untuk makan dan minum, minyak motor, dan lain-lain.

Yang hidup bujang dekat luar sana tu, hentikan memberi alasan untuk tidak menyimpan. Masa inilah korang nak pulun habis-habis kumpul duit sebab takde komitmen besar.

RM400 tu jadi duit belanja saya untuk sebulan. Bahagikan kepada 4 minggu. Jadi, RM100 seminggu. Yang ni, korang pandai-pandai manage sendiri. Keperluan korang takkan sama dengan orang lain.

Ini tips yang saya buat. Cuba hidup miskin untuk tempoh masa 3 bulan. In Shaa Allah, korang boleh hidup lagi.

RM200 daripada unit sublet tu, gunakan sebagai emergency plan. Kalau tak cukup jugak, pajakkan 15 gram gold bar kepada Ar-Rahnu

Apa yang saya berjaya capai?

Simpanan

RM1,200 X 4 bulan (Februari – May) = RM4,800.
Jumlah tunai dalam tangan:
RM4,800 + RM1,000 =RM5,800

Jumlah ni dah cukup untuk bayar deposit 10% rumah dekat Damansara Damai tu.

Januari 2015 – Rumah ke-2 menyusul pula

Rumah ke-2, saya beli Apartmen Mesahill dekat Nilai. Kali ni, saya beli projek under construction pulak.

Ini maklumat tentang rumah ke-2 tu:

Harga jualan = RM169,000,
Bab loan pulak, saya dapat 100%. Siap dapat diskaun daripada developer sebanyak 10%.
Duit booking sebanyak RM3,000 boleh di-refund.
Cara kumpul deposit untuk rumah ni sama je macam cara saya kumpul deposit untuk rumah pertama. Saya ulang langkah yang sama setiap bulan.

Jun 2015 – Tiba masa beli rumah yang ke-3

Rumah ke-3 pula, saya beli Apartmen Kenanga dekat Putra Perdana, Puchong.

Ini maklumat untuk rumah ke-3:

Harga rumah: RM118,000,
Bank value: RM155,000,
Loan rumah 70%: RM108,500,
Deposit: RM11,800.
Apa cara yang saya gunakan untuk kumpul deposit?

Saya gunakan cash daripada rumah pertama tadi sebanyak RM9,000. Dan balance lagi RM2,000 tu, saya kumpul setiap bulan macam biasa.

Soalan penting – Macam mana loan boleh senang lepas?

Saya akan cuba kongsikan untuk setiap satu rumah yang saya beli.

Untuk rumah pertama, takde masalah untuk bank approve loan daripada segi DSR. Saya sertakan sekali cara kira dekat bawah ni:

Loan: RM60,000,
Monthly Installment: RM321,
DSR: RM321 / RM2,100 X 100% =15.29%

Kalau ikut kira-kira DSR ni, memang confirm loan saya senang bank luluskan.

Apa Saya Buat Untuk Senang Lulus Loan & Maksimumkan Hasil Sewaan?

  1. Saya takde credit history. Jadi susah bank bagi lulus loan. Kalau lepas pun bank bagi loan kurang dari 90%. Banker cadangkan saya apply kad kredit masa nak beli rumah tu. Saya pun ikut je cakap banker, dan Alhamdulillah loan lulus.
    Bila dah berjaya lulus, saya terminate kad kredit tu.
  2. Kalau rumah apartmen master title dah lebih 10 tahun, kebanyakan bank tak bagi loan, tapi masih ada yang sudi bagi pinjaman.
    Oh, saya gunakan bank sotong (CIMB Bank).
  3. Kenapa saya pilih untuk beli unit low cost tingkat atas sekali?
    Sebab masa itu, inilah saja tahap kemampuan saya. Setiap keputusan adalah berdasarkan nombor dan fakta.
    Kalau banyak duit, beli la yang mahal sikit. Ini hanya sekadar permulaan.
  4. Ada ke orang nak sewa unit low cost tingkat atas sekali?
    Sebelum beli, saya buat market research. Saya buat dummy iklan untuk tahu rate sewa dan demand sebuah bilik.
    Rumah tu asalnya ada 3 bilik. Tapi saya renovate jadi 4 bilik untuk jana positive cash flow yang lebih banyak. Saya ubah suai ruang tamu menjadi sebuah bilik untuk disewakan. Dapat cash flow lebih daripada biasa.

Apa Masalah Yang Saya Hadapi Masa Beli Rumah Pertama?

  1. Sebab masa tu saya tak banyak ilmu lagi, saya sign booking form di mana deposit 10% adalah non-refundable. Jadi kalau loan tak lulus, deposit burn. Hangus macam tu je. Nasib baik, bank luluskan permohonan loan saya.
  2. Rumah ini berharga 15% below market value. Sebab tergesa-gesa bayar deposit, saya terlepas beli rumah yang 30% below market value di kawasan yang sama.
  3. Banker dan agent gaduh sebab insurans.
    Ada ejen promote insurance dia tapi banker bagitau loan ni tak wajib ambil insurans. Banker siap ugut tak nak proceed loan sebab kena marah dengan ejen.
  4. Proses beli rumah low cost memang lambat. Saya sign SNP bulan Jun 2014, dapat kunci rumah pada bulan Mac 2015 (10 bulan).
    Tiap-tiap minggu saya call dan follow up dengan lawyer. Tapi tak dapat settle cepat pun.

Yang paling terbaik, bila dapat tau loan untuk rumah pertama tu dah lulus. Dapat SMS masa hari saya konvo.

Excited punya pasal, sampai lupa nak ambil gambar atas pentas.

Berapa hasil sewa dari rumah pertama saya?

Saya pecahkan mengikut bilik yang saya sewakan:

Bilik single #1: RM200,
Bilik single #2: RM200,
Bilik single #3: Saya buat duduk sendiri,
Bilik master: RM300,
Total untung sewa: RM700 – RM321 (installment) – RM160 (UniFi) – RM100 (kos utiliti dan maintenance).
RM119.
Untung bersih sewaan yang korang dapat adalah sebanyak RM119 je. Tapi cukup la sebab saya dapat duduk bilik dan UniFi secara percuma.

Income dari rumah sewa boleh bantu saya beli rumah ke-2, dan memudahkan loan akan datang senang lulus.

Rumah low cost memang tak sesuai untuk dapatkan capital appreciation, kenaikan memang lambat (kecuali kawasan hot seperti sebelah stesen MRT/LRT/KTM).

Macam mana loan lulus untuk rumah ke-2 pula, akan saya kongsikan next time.

Fakta atau Auta – Ada Ke Bank Yang Bagi Lepas Loan Untuk Gaji Basic RM2,000?

Okay. Ini pandangan peribadi dan apa yang saya belajar daripada pakar.

Kalau gaji RM2,000, tapi nak beli rumah dekat Ampang yang harga RM500,000, memang susah bank nak luluskan.

Kalau gaji RM2,000, bayar ansuran kereta pun RM900 sebulan, tambah kad kredit dengan personal loan lagi, DSR pun dah koyak rabak, memang bank susah nak luluskan.

Kalau gaji RM2,000, tapi belanja macam gaji RM5,000, pun bank susah nak luluskan.

Kalau gaji RM2,000, tapi jenis yang banyak bagi alasan dan tak nak belajar, sampai bila-bila pun bank susah nak luluskan.

Mana kos legal fee? Kenapa tak masuk sekali dalam kira-kira?

Ada juga yang bertanya. Legal fee tak termasuk dalam kira-kira. Talk is cheap.

Untuk rumah pertama, kos legal fee yang saya kena bayar RM3,000++.

Saving untuk Febuari hingga Mei dah saya gunakan untuk bayar deposit. Jadi, bulan Jun hingga Ogos, saya buat saving macam biasa.

Saya nego dengan lawyer untuk bayar RM1,500 dulu sebagai permulaan. Balance nanti, saya bayar kemudian secara installment.

Boleh ke buat macam ni? Cuba korang tanya lawyer.

Insurans pula, tak payah bayar ke? Ribu-ribu tu.

Korang tak payah risau. Insurans tu masuk sekali dalam loan yang saya buat.

Satu lagi. Mana nak cari rumah harga macam tu? Ada lagi ke?

Mana nak dapat harga macam tu dekat kawasan tu. Subsale pula tu? Kalau pasaran lelong, mungkin ada lah.

Okay. Ada satu cara.

Cuba berhenti duduk melangut depan TV, tengok drama Korea dan mula menghadap Mudah.my, iProperty, dan PropertyGuru.

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman