Peluang Menjadi Saudagar Emas Moden di Malaysia

Bila sebut pasal pelaburan emas, ramai orang terus terbayang emas fizikal, dinar, jongkong atau barang kemas. Kita kena akui, pengalaman dapat pegang emas fizikal memang lain perasaan dia. Rasa “secure” tu ada.

Tapi sekarang, semakin ramai mula memilih emas digital sebab lebih mudah, boleh mula dengan modal kecil dan paling penting boleh beli/jual/pindahkan terus dari telefon tanpa perlu keluar rumah.

Cuma masalahnya… bukan semua platform emas dicipta serupa.

  • Ada yang nampak murah masa beli, tapi bila nak jual spread tinggi melangit.
  • Ada yang nampak mudah, tapi banyak caj lain.
  • Ada platform yang memang sesuai untuk simpanan, cuma pilihan fungsi tambahan tidak sebanyak platform lain.

Jadi, artikel ini kita fokus satu platform yang sedang kerap disebut kebelakangan ini: Bursa Gold Dinar (BGD).

Apa itu Bursa Gold Dinar?

Bursa Gold Dinar (BGD) ialah platform dagangan emas yang membolehkan pengguna membeli dan menjual emas melalui akaun BGD. Satu inovasi terkini dari Bursa Malaysia.

Ringkasnya:

  • Anda top up duit
  • Anda boleh beli emas
  • Anda boleh jual emas
  • Anda boleh pindahkan emas kepada orang lain
  • Anda boleh tebus emas kepada syiling dinar
  • Anda boleh menerima makluman perubahan harga emas semasa melalui notifikasi.

[Tutorial] Cara Melabur Emas Secara Online Di Bursa Gold Dinar

Satu lagi ciri terbaharu yang buatkan BGD nampak “lain macam” ialah fungsi Exchange.

Fungsi ini membolehkan pengguna jual beli sesama pengguna (buyer vs seller) seperti konsep pasaran saham. BGD akan memastikan pasar ini “hidup” melalui system order (1 buy order + 1 sell order) yang dikemaskini setiap minit.

Jadi BGD bukan sahaja sesuai untuk simpanan emas, tetapi turut membuka peluang untuk pengguna yang mahu aktif berdagang (trade) emas. Ini kerana anda boleh harga jual dan beli sendiri berdasarkan harga sasaran, bukan sekadar beli ikut harga yang ditawarkan oleh platform.

Konsep ini lebih mirip dengan trading saham di mana anda boleh lihat pergerakan pasaran melalui order book, pantau harga last done, serta ambil peluang bila harga turun/naik mengikut strategi sendiri.

Dalam pasar macam BGD Exchange, orang boleh jual lebih murah daripada harga semasa sebab beberapa faktor:

1) Nak pakai duit (urgent cash)

Dia tak kisah rugi sikit asalkan cepat dapat cash.

2) Tak sabar / “panic sell”

Bila harga jatuh, ada yang takut jatuh lagi → dia jual murah untuk lock untung.

3) Salah letak harga (human error)

Tersalah tekan, tersalah pilih harga atau ingat harga tu betul. Memang naya kalau kes macam ni.

4) Nak pastikan terjual cepat

Kalau dia letak harga jual lebih rendah dari harga seller lain, peluang emas dia “disambar” adalah lebih cepat.

Waktu dagangan BGD Exchange

BGD ada trading hours yang lebih panjang berbanding pasaran saham Bursa Malaysia: 8:30AM – 11:50PM (Isnin – Jumaat), tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum.

Apa itu Order Book?

Order book ialah senarai pesanan beli/jual yang sedang menunggu untuk dipadankan. Ini membantu anda buat keputusan yang lebih strategik seperti nak beli ikut best sell price atau set buy order lebih rendah dan tunggu match.

Maksud High, Low dan Last Done

High ialah harga paling tinggi yang dicapai dalam hari dagangan tersebut. Low ialah harga paling rendah yang dicapai. Last done pula ialah harga transaksi terakhir yang berjaya berlaku di Exchange (harga terkini yang ‘matched’).

Apa itu spread dalam BGD?

Spread ialah beza antara harga beli tertinggi dan harga jual terendah. BGD tetap ada spread seperti platform lain, namun spread BGD biasanya lebih kompetitif (lebih rendah) berbanding kebanyakan platform lain.

Macam mana order matching berlaku?

BGD guna konsep price-time priority: harga terbaik akan diutamakan dan jika harga sama, pesanan yang masuk paling awal akan diutamakan.

Patut guna BGD untuk peram atau trade emas?

BGD sesuai untuk simpan emas secara konsisten, terutama untuk yang mahukan platform lebih ‘market-driven’. Untuk yang lebih aktif, fungsi Exchange juga memberi ruang untuk anda menjadi saudagar emas. Ringkasnya, BGD boleh menjadi pilihan sama ada anda mahu menjadi pelabur emas (simpanan jangka panjang) atau trader emas (lebih aktif), bergantung kepada strategi masing-masing.

Kesimpulan

Kalau anda mencari platform emas yang bukan sekadar “beli dan simpan”, tetapi memberi pengalaman seperti pasaran sebenar, Bursa Gold Dinar (BGD) memang antara yang paling menarik di Malaysia. Fungsi Exchange menjadikan urus niaga emas lebih strategik serta menawarkan pengalaman ‘gold trading’ yang mirip mekanisma pasaran saham.

Yang paling penting, struktur pelaburan ini turut menitikberatkan aspek patuh Syariah, menjadikan ia pilihan yang lebih meyakinkan untuk pelabur Muslim yang mahu akses kepada pasaran emas moden tanpa mengabaikan prinsip Shariah.

Nak mula menyimpan emas di Bursa Gold Dinar (BGD)?
Guna referral code
[ KHAIR899115 ]
Anda akan dapat 0.02g emas bila buat pembelian pertama RM100 dan yang kami juga dapat 0.01g emas. Win-win, start simpan emas terus dapat bonus. Terima kasih!

Apple Store: https://apps.apple.com/my/app/bursa-gold-dinar/
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.bursamalaysia.BGD

Previous ArticleNext Article

Harga Emas Boleh Cecah RM700 Segram Menjelang Hujung Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Harga emas berpotensi meningkat kepada RM700 segram menjelang hujung tahun ini didorong ketegangan geopolitik global serta ketidaktentuan ekonomi yang berterusan.

Ketika ini, harga komoditi itu diniagakan pada RM582 segram dengan paras tertinggi pernah dicapai ialah sekitar RM675 segram pada awal Januari lalu.

Ahli ekonomi, Prof Datuk Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, berkata meskipun terdapat faktor yang boleh menekan harga emas seperti penjualan pegangan oleh sesetengah negara, kesan keseluruhan daripada konflik geopolitik dan kejutan harga minyak dijangka terus menyokong kenaikan logam berharga itu.

“Kalau dilihat kepada keadaan semasa, harga emas memang ada turun naik, tetapi trend jangka panjang masih menaik. Ketegangan geopolitik akan terus menjadi pemacu utama,” katanya ketika ditemui selepas sesi dialog bertajuk ‘Emas dalam persekitaran global yang tidak menentu’ anjuran Habib Jewels Sdn Bhd di sini, hari ini.

Dialog itu dikendalikan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib.

Mengulas lanjut, Dr Ahamed Kameel yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademi dan Penyelidikan) Universiti Sultan Azlan Shah, berkata harga emas sebelum ini hampir mencecah paras RM700 segram pada Januari lalu sebelum susut semula ke sekitar RM600, namun paras itu dijangka diuji sekali lagi dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, kenaikan harga emas sejak awal 2000 menunjukkan trajektori yang konsisten, sekali gus menepis kebimbangan berlakunya gelembung harga dalam masa terdekat.

“Sejak 2001, harga emas menunjukkan trend menaik yang berterusan. Jadi walaupun sekarang nampak tinggi, saya masih melihat ruang untuk ia meningkat lagi,” katanya.

Sementara itu, Meer Habib berkata, keyakinan pengguna terhadap pembelian emas dilihat terus kukuh meskipun berlaku ketegangan geopolitik di Asia Barat, termasuk konflik melibatkan Iran, dengan trend pembelian menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh semasa.

Katanya, situasi itu berlaku walaupun harga emas mengalami sedikit penurunan dalam jangka pendek, susulan faktor luaran seperti keperluan negara tertentu menggunakan rizab untuk menampung kos tenaga, khususnya minyak.

“Penurunan harga emas ketika ini tidak menjejaskan sentimen pengguna, malah dilihat sebagai perkembangan positif yang mendorong lebih ramai pelanggan kembali membeli emas.

“Keyakinan pelanggan sebenarnya meningkat. Walaupun harga emas turun sedikit, ia berlaku atas sebab yang baik, antaranya kerana negara menggunakan rizab emas untuk keperluan penting seperti tenaga.

“Ini membuka peluang kepada pengguna yang sebelum ini merasakan mereka terlepas peluang apabila harga terlalu tinggi,” katanya.

Menurut Meer Habib, perkembangan itu menyebabkan peningkatan pembelian emas dalam kalangan pengguna, terutama ketika harga menunjukkan pelarasan sementara.

Dalam masa sama, beliau berkata perubahan tingkah laku pembelian turut ketara apabila semakin ramai lelaki mula membeli emas sebagai instrumen pelaburan, berbanding sebelum ini yang lebih didominasi golongan wanita untuk tujuan perhiasan.

“Jika dahulu pembelian jongkong emas hanya sekitar lima hingga 10 peratus, kini ia meningkat sehingga kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan jualan,” katanya.

Beliau berkata, trend itu mencerminkan peningkatan kesedaran terhadap emas sebagai aset pelaburan jangka panjang, selain faktor ketidaktentuan ekonomi global yang terus menyokong permintaan terhadap aset selamat .

Pada masa sama, katanya pembelian barang kemas juga kekal kukuh kerana pengguna melihatnya sebagai gabungan nilai estetika dan pelaburan.

“Emas memberi dua manfaat, iaitu sebagai perhiasan dan juga pelaburan. Sebab itu permintaan terhadap barang kemas masih meningkat walaupun harga tinggi,” katanya.

— Berita Harian