
- Kekalkan pegangan jualan.
FCPO menyusut MYR25 Jumaat lalu untuk ditutup pada MYR4,092 apabila momentum penurunan berlangsung. Ia asalnya membuka sesi dagangan pada harga MYR4,119, kemudian ia mencapai paras tertinggi intrahari pada MYR4,156 sebelum penurunan mendadak mengheretnya ke paras terendah intrahari pada MYR4,078.
Komoditi ini ditutup pada harga MYR4,092 dengan corak lilin menurun yang kukuh. Pergerakan harga terkini ini mengesahkan bahawa tekanan menurun masih menguasai pasaran, dengan FCPO bergerak lebih dekat dengan paras sokongan psikologi MYR4,000. RSI juga dilihat menunjuk ke bawah, yang bermakna momentum negatif yang kukuh sedang berlangsung. Sekiranya momentum negatif ini berlarutan, komoditi ini mungkin akan jatuh bawah garisan SMA 50 hari, lantas menyambung pergerakan menurunnya ke arah paras sokongan MYR3,850. Memandangkan struktur trend masih menyebelahi pedagang yang meramalkan penurunan harga, kami tetap berpegang pada bias dagangan negatif.
Kami sarankan para pedagang untuk kekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 10 Feb, atau MYR4,095. Bagi menangani risiko dagangan, paras ambang henti rugi sekarang ditetapkan pada MYR4,250.
Paras sokongan terdekat adalah pada MYR4,000, diikuti oleh MYR3,850. Sementara itu, paras rintangan terdekat sekarang ditambat pada MYR4,250 dan disusuli oleh paras rintangan lebih tinggi pada MYR4,400.













