Sunway Construction Catat Rekod Baharu Bagi TK2025, Raih Keuntungan Dan Dividen Tertinggi

Sunway City Kuala Lumpur – Syarikat pembinaan bersepadu terkemuka Malaysia, Sunway Construction Group Berhad (“Sunway Construction” atau “Kumpulan”) dengan sukacitanya mengumumkan keputusan kewangan bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2025 (“S4 TK2025”).

Sunway Construction mencatat rekod baharu bagi prestasi kewangan dan perniagaannya pada TK2025. Hasil Kumpulan melepasi paras RM5 bilion, mencecah RM5.3 bilion bagi tahun kewangan semasa. Keuntungan sebelum cukai (“PBT”) dan keuntungan selepas cukai (“PAT”) melonjak masing-masing sebanyak 93% dan 94% kepada RM525.5 juta dan RM361.8 juta.

Prestasi cemerlang ini disokong oleh pencapaian kukuh merentas semua segmen, diterajui oleh kemajuan pesat projek berkaitan Kemudahan Teknologi Termaju (“ATF”) sepanjang sebahagian besar tahun tersebut.

Bagi suku berakhir 31 Disember 2025, Sunway Construction merekodkan hasil sebanyak RM1.0 bilion dan PBT sebanyak RM162.6 juta. PBT meningkat 47%, didorong sumbangan lebih tinggi daripada semua segmen, dengan margin PBT meningkat dua kali ganda kepada 16.0%.

Prestasi Mengikut Segmen

Segmen Pembinaan mencatat hasil sebanyak RM940.8 juta pada suku semasa berbanding RM1.35 bilion dalam S4 TK2024. Hasil pada tempoh sama tahun lalu dipacu oleh kemajuan pesat Projek RTS Link dan beberapa projek pusat data, termasuk penyiapan awal salah satu projek pusat data utama enam bulan lebih awal daripada jadual.

Walaupun hasil keseluruhan lebih rendah, PBT meningkat 45% kepada RM155.3 juta hasil pelaksanaan projek yang berdisiplin, menyumbang kepada penjimatan kos dan pengembangan margin PBT kepada lebih dua kali ganda iaitu 16.5%.

Segmen Pratuang (Precast) pula menunjukkan peningkatan ketara pada S4 TK2025, dengan hasil meningkat 62% kepada RM75.3 juta dan PBT lebih dua kali ganda kepada RM7.3 juta. Prestasi ini dipacu oleh peningkatan aktiviti di fasiliti ICPH serta sumbangan projek baharu yang diperoleh, sekali gus menambah baik margin PBT.

Dividen Rekod Tertinggi

Kumpulan mengisytiharkan dividen interim keempat satu peringkat sebanyak 9.00 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi TK2025 kepada paras rekod tertinggi 50.5 sen sesaham. Ini mencerminkan komitmen Kumpulan dalam memberikan nilai dan menghargai sokongan berterusan para pemegang saham.

Buku Pesanan Cecah Paras Tertinggi

Pengarah Urusan Sunway Construction Group, Encik Liew Kok Wing berkata:

“Sunway Construction mencatat tahun bersejarah dengan pelbagai rekod dan pencapaian baharu, menandakan tahun keempat berturut-turut keuntungan rekod. Rekod ini membuktikan keupayaan strategik Kumpulan dan kedudukan awalnya untuk memanfaatkan kitaran pelaburan ATF di Malaysia yang telah memacu pertumbuhan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.”

Beliau turut memaklumkan bahawa Kumpulan mencapai penambahan buku pesanan tertinggi sepanjang masa sebanyak RM5.2 bilion pada 2025. Sepanjang tahun tersebut, Kumpulan terus mengukuhkan keupayaan dalam segmen ATF dengan memperoleh projek pusat data baharu daripada pelanggan syarikat multinasional terkemuka, di samping mengekalkan buku pesanan yang pelbagai termasuk pembangunan berorientasikan transit berskala besar (“TOD”).

Bagi tahun hadapan, sasaran penambahan buku pesanan dinaikkan kepada RM6.0 bilion, disokong oleh saluran tender yang kukuh serta penglibatan berterusan dengan pelanggan.

Prospek 2026

Mengulas prospek masa hadapan, beliau berkata pertumbuhan pesat penggunaan kecerdasan buatan (“AI”) global mendorong gelombang baharu pelaburan pusat data di Asia, dengan syarikat teknologi hyperscale utama mengumumkan peluasan besar kemudahan awan dan pusat data di Malaysia.

Dalam konteks ini, Kumpulan memperkukuh kedudukannya dalam segmen pertumbuhan tinggi tersebut, disokong rekod penghantaran lebih 156MW kapasiti pusat data serta pengurusan sembilan projek aktif untuk pelanggan teknologi global.

Beliau menambah bahawa menjelang 2026, Kumpulan kekal optimistik secara berhati-hati terhadap prestasinya, disokong buku pesanan yang pelbagai merangkumi portfolio ATF, pembangunan Kumpulan Sunway dan projek infrastruktur awam. Kedudukan kewangan kukuh serta keupayaan pelaksanaan yang terbukti dijangka menyokong trajektori pertumbuhan mampan.

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.