Sunway Berhad Catat Rekod Hasil RM9.8 Bilion Dan Keuntungan Sebelum Cukai RM1.9 Bilion Bagi FY2025

Sunway City Kuala Lumpur – Sunway Berhad (“Sunway” atau “Kumpulan”) mengumumkan keputusan kewangan suku keempat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 (“S4 FY2025”).

Sunway Berhad mencatat satu pencapaian penting pada FY2025 dengan merekodkan kedua-dua hasil dan keuntungan sebelum cukai (PBT) tertinggi dalam sejarahnya. Kumpulan mencatat hasil sebanyak RM9.8 bilion, meningkat 24.5% berbanding RM7.9 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (“FY2024”). PBT turut meningkat 23.0% kepada RM1.9 bilion pada FY2025 berbanding RM1.5 bilion pada FY2024. Prestasi kewangan kukuh ini disokong oleh peningkatan prestasi operasi merentas kebanyakan segmen perniagaan.

Bagi S4 FY2025, Kumpulan merekodkan hasil sebanyak RM2.3 bilion, berbanding RM2.9 bilion pada suku yang sama tahun sebelumnya. Sumbangan hasil meningkat bagi semua segmen kecuali pembangunan hartanah dan pembinaan. Walaupun hasil suku ini lebih rendah, PBT meningkat ketara sebanyak 41.5% kepada RM698.0 juta, didorong oleh prestasi operasi yang lebih baik dalam kebanyakan segmen kecuali pelaburan hartanah, perdagangan dan pembuatan serta kuari.

Pembangunan Hartanah

Segmen pembangunan hartanah mencatat hasil sebanyak RM457.2 juta pada S4 FY2025, berbanding RM809.6 juta pada suku yang sama tahun lalu. Hasil tahun lalu lebih tinggi susulan penyiapan dan penyerahan beberapa projek pembangunan di Malaysia. Walaupun perolehan lebih rendah pada suku semasa, PBT melonjak 56.6% kepada RM253.2 juta, disokong sumbangan daripada Sunway MCL serta pengiktirafan keuntungan muhibah negatif selepas penyempurnaan pengambilalihan pada Oktober 2025.

Selain itu, keuntungan pembangunan daripada dua projek kondominium eksekutif yang sedang berjalan di Singapura, dengan keuntungan progresif terkumpul sebanyak RM92.6 juta sehingga suku semasa, hanya akan diiktiraf selepas projek siap dan diserahkan.

Bagi tahun 2025, segmen ini mencatat jualan hartanah sebanyak RM3.8 bilion, melepasi sasaran RM3.6 bilion. Untuk 2026, sasaran jualan hartanah dinaikkan kepada RM4.2 bilion, disokong saluran pelancaran projek kukuh bernilai RM4.8 bilion di Malaysia, Singapura dan China.

Pembinaan

Segmen pembinaan merekodkan hasil sebanyak RM737.2 juta pada suku semasa, berbanding RM1.1 bilion pada S4 FY2024. Hasil lebih tinggi tahun lalu disumbang oleh kemuncak kemajuan pembinaan beberapa projek pusat data. Walaupun hasil menurun, PBT meningkat 39.2% kepada RM162.5 juta, selepas pemuktamadan akaun beberapa projek.

Segmen ini mencatat penambahan buku pesanan tertinggi dalam sejarah sebanyak RM5.2 bilion pada FY2025. Bagi memastikan kelestarian pendapatan dan mengekalkan saluran projek yang sihat, sasaran penambahan buku pesanan bagi 2026 ditetapkan pada RM6.0 bilion.

Penjagaan Kesihatan

Segmen penjagaan kesihatan menunjukkan prestasi memberangsangkan, disokong peningkatan kapasiti katil berlesen dan jumlah pesakit. PBT meningkat 44.7% kepada RM96.9 juta, berbanding RM67.0 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Sunway Medical Centre Ipoh, yang mula beroperasi pada April 2025, mencatat bulan pertama EBITDA positif pada Januari 2026. Dalam mesyuarat agung luar biasa pada 9 Februari 2026, pemegang saham meluluskan cadangan penyenaraian Sunway Healthcare Holdings Berhad di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad, dengan sasaran penyenaraian pada Mac 2026.

Dividen

Kumpulan mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 2.00 sen sesaham biasa, menjadikan jumlah dividen keseluruhan 6.00 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir Disember 2025.

Seiring cadangan penyenaraian Sunway Healthcare Holdings Berhad, Kumpulan turut mencadangkan pengagihan dividen secara in-specie kepada pemegang saham yang layak, berdasarkan satu saham pengagihan dalam Sunway Healthcare Holdings Berhad bagi setiap 10 saham Sunway yang dipegang pada tarikh kelayakan 11 Mac 2026.

Prospek

Presiden Sunway Group, Datuk Anuar Taib berkata, Kumpulan berjaya mengharungi cabaran berkaitan tarif perdagangan, disokong pemacu pertumbuhan mampan dan pelbagai dimensi.

Beliau menjangkakan pertumbuhan ekonomi kekal berdaya tahan pada 2026, disokong permintaan domestik stabil, aktiviti pelaburan kukuh dan peningkatan perbelanjaan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Penambahbaikan rangkaian infrastruktur utama juga dijangka meningkatkan kesalinghubungan dan mempercepat urbanisasi di koridor ekonomi utama.

Dalam persekitaran ini, perniagaan Kumpulan yang pelbagai berada dalam kedudukan baik untuk memanfaatkan peluang pertumbuhan struktural dan kitaran. Kumpulan kekal optimistik secara berhati-hati untuk mencatat pertumbuhan pendapatan yang stabil pada FY2026, didorong prospek memberangsangkan merentas semua segmen perniagaan.

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.