Saranan BELI kekal dengan harga sasar (TP) baharu mencecah MYR6.70 daripada MYR6.95 melalui SOP, potensi kenaikan harga saham 14% dan kadar dividen sekitar 3%. Perolehan FY25 rata-ratanya dilihat menepati jangkaan apabila tiada untung jualan tanah baru yang lain diiktiraf semasa suku tersebut. Kami terus menyukai saham SD Guthrie disebabkan oleh strategi pemelbagaian operasinya, manakala penilaian masih tampak menarik. Ia diniagakan pada P/E 2026F 17.9x, iaitu pada sisi rendah dalam paras lingkungan syarikat pesaing antara 17-20x.
Perolehan teras 4Q25 rata-ratanya mencapai jangkaan kami dan konsensus
Pada 95-105% ramalan FY25. Perolehan 4Q25 jatuh 50% QoQ disebabkan oleh kurangnya jualan tanah yang diiktiraf semasa suku tahun ini. SDG mengumumkan DPS akhir sebanyak 10.35 sen, lantas membawa DPS FY25 kepada 18.1 sen, atau nisbah bayaran bersih mencecah 50% dan kadar hasil dividen 3%.
SDG merekodkan harga jualan purata (ASP) minyak sawit mentah (CPO) bernilai MYR4,254/tan pada FY25 (+4% YoY), manakala harga isirung sawit (PK) meningkat 33% YoY kepada MYR3,219/tan.
Keluaran tandan buah segar (FFB) 4Q25 dilihat mendatar secara QoQ dan YoY
Lalu membawa jumlah keluaran FY25 kepada +1.2% YoY, iaitu sedikit di bawah anggaran kami sebanyak +2.2% untuk FY25, tetapi seiring dengan sasaran lebih tinggi yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. Untuk FY26F, SDG menjangkakan pertumbuhan FFB melebihi 5% YoY, daripada sumbangan lebih kukuh dalam semua segmen operasi. Pada 1M26, keluaran FFB jatuh 2.3% YoY. Kami mengekalkan ramalan pertumbuhan FFB 2026F pada 4% sebagai langkah konservatif.
Mengikut anggaran kami, kos unit 4Q25 meningkat QoQ daripada MYR2,577/tan pada 3Q25
Disebabkan oleh penggunaan baja lebih banyak, kerana SDG mungkin mencuba untuk menghabiskan penggunaan bajanya untuk tahun tersebut. Untuk FY26, SDG menender keperluan baja sepenuh tahunnya pada harga 1-3% lebih tinggi YoY, yang mungkin bermakna kos pengeluaran akan kekal sama pada sekitar MYR2,500-2600/tan, selari dengan ramalan kami.
Margin segmen hiliran menokok kepada 3.9% pada 4Q25 (3Q25: 3.3%)
Disebabkan oleh pemulihan dalam operasi pukalnya di Asia Pasifik yang mencatat margin dan jumlah jualan yang lebih tinggi. Walaupun begitu, hal ini diimbangi oleh margin lebih lemah daripada kilang-kilang penapisan berlainan di Asia Pasifik dan Kesatuan Eropah (EU). Namun begitu, margin PBIT FY25 jatuh kepada 3% (daripada 3.3% pada FY24), disebabkan oleh penyusutan margin di Eropah tatkala permintaan yang lemah. Menuju ke hadapan, kami unjurkan peningkatan margin yang kecil pada FY26 daripada operasinya di Asia Pasifik.
Kami pinda perolehan FY26F-27F sebanyak -3.2% dan +1.3%
Selepas mengemas kini andaian FX dalaman, dan mengambil kira duti eksport dan levi terkini di Indonesia. Tiada pindaan perolehan lain dibuat sebelum taklimat penganalisis diadakan hari ini.
Saranan BELI kekal dengan TP MYR6.70 (daripada MYR6.95)
Selepas memasukkan premium ESG 4%. Penilaian masih menarik pada P/E 2026F 17.9x berbanding lingkungan penilaian syarikat pesaing antara 17-20x.
Asas Penilaian
Penilaian SOP, yang membabitkan: i. P/E 2026F 20x untuk segmen perladangan ii. P/E 18x 2026F untuk bahagian hiliran iii. RNAV pada bank tanah hartanahnya
Faktor Pemacu Utama
i. Kenaikan harga CPO ii. Pengeluaran FFB lebih tinggi iii. Daya saing bahagian pemprosesan hilirannya yang lebih tinggi berbanding syarikat pesaing
Risiko Utama
i. Penurunan harga CPO ii. Risiko cuaca iii. Kesan negatif akibat dinamik permintaan dan bekalan dalam industri minyak sayuran dunia
Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.
Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.
Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.
Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu
Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).
Siapakah Securities Commission (SC)?
Sumber gambar: The Malaysian Reserve
Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:
Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:
Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
Meluluskan terbitan bon;
Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.
Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.
Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.
Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.
Ada Syarat Nak Jadi Remisier?
Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.
Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:
Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.
Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.
Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:
Modul 6 dan Modul 7
Modul 6 dan Modul 18
Modul 7 dan Modul 17
Modul 17 dan Modul 18
Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.
Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus
Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?
Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)
Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)
Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.
Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.
Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula
Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.
Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.
Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.
Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.
Yuran Peperiksaan
Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.
Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.
Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.
Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja
Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.
Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!
Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier
1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?
Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?
Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.
3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?
Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.
4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?
Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.
5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?
Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.