FCPO: Beralih Ke Fasa Mendatar

  • Kekalkan pegangan belian

FCPO mengalami kegiatan pengambilan untung yang kecil pada hari Rabu, dengan mencatat penurunan MYR53 untuk ditutup pada harga lebih rendah pada MYR4,528. Komoditi ini memulakan sesi dagangan pada harga MYR4,614. Selepas mencapai paras tertinggi intrahari sebanyak MYR4,629, ia kembali menurun ke paras terendah pada MYR4,468 dan menutup sesi pada harga MYR4,528 dengan corak lilin menurun. Pergerakan harga negatif yang terbaru ini menunjukkan yang fasa koreksi sedang berlangsung, dan komoditi ini bakal menguji paras sokongan MYR4,400.

Meskipun rentak kenaikan sedang memperlahan, FCPO mungkin akan mencatat lantunan berhampiran paras sokongan. Kedua-dua garisan SMA 50 dan 200 hari sedang bergerak ke atas untuk memberikan sokongan tambahan kepada keadaan teknikal menaik. Kami akan tetap berpegang pada bias dagangan positif melainkan FCPO jatuh bawah paras MYR4,210.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan 6 Mac (MYR4,367). Bagi mengurangkan risiko dagangan, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,210.

Paras sokongan pertama adalah pada MYR4,400, diikuti oleh MYR4,210. Bagi pergerakan menaik, paras rintangan terdekat sekarang dilihat pada MYR4,800, disusuli oleh paras ambang MYR4,980.

Previous ArticleNext Article

FCPO: Menyasarkan Semula Paras MYR4,680 Apabila Rentak Kenaikan Mengukuh

  • Kekalkan pegangan belian

FCPO mengalami permintaan yang kukuh pada hari Rabu dengan meningkat MYR42 untuk ditutup pada paras lebih tinggi sebanyak MYR4,578. Selepas membuka sesi dagangan pada harga lebih rendah iaitu MYR4,527, ia susut ke paras terendah intrahari pada MYR4,491 dan meningkat ke paras tertinggi pada MYR4,583. Sesi dagangan ini ditamatkan dengan corak lilin menaik, yang menandakan kembalinya minat belian. RSI yang bergerak ke atas semula menunjukkan bahawa momentum kembali menyebelahi para pedagang yang meramalkan kenaikan harga.

Mengikut pemerhatian kami, keadaan teknikal yang lebih meluas masih positif, dengan garisan SMA 50 dan 200 hari mengekalkan pergerakan ke atas. Sekiranya komoditi ini bergerak ke paras lebih tinggi, ia membuka ruang untuk penembusan paras rintangan melepasi harga MYR4,680. Hal ini patut menyambung trajektori kenaikan untuk menguji paras MYR4,800. Kami tetap berpegang pada bias dagangan positif melainkan harga jatuh bawah paras sokongan MYR4,400.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan 6 Mac, iaitu MYR4,367. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,400.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,500 dan diikuti oleh paras MYR4,400. Sebaliknya, paras rintangan terdekat ialah MYR4,680 dan diikuti oleh MYR4,800.