Bahan Asas: Permulaan Tahun Yang Kukuh

Saranan WAJARAN TINGGI kekal; Saham Pilihan Utama: Press Metal (PMAH)

Perolehan bagi syarikat-syarikat yang kami kaji rata-ratanya mencapai anggaran yang ditetapkan semasa suku tahun terbaru ini. Kami terus memandang positif akan prospek untuk aluminium disebabkan oleh harga yang meninggi – didorong oleh kekurangan bekalan jangka panjang. Walaupun kami masih memandang positif akan prospek Malayan Cement (LMC) oleh sebab tahap kecekapan yang semakin baik, hal ini mungkin dilemahkan oleh kesan daripada kos arang batu lebih mahal, yang sepatutnya mula dirasai pada FY27. Permintaan untuk simen mungkin akan mengalami penurunan kecil akibat kegiatan industri yang mungkin lebih lemah, disebabkan oleh tekanan inflasi.

Purata harga LME sekarang mencecah USD3,647/tan QTD (+14% berbanding 1Q26)

Manakala kos alumina dan anod karbon meningkat 1% dan 6%. Sementara itu, purata premium Pelabuhan Utama Jepun (MJP) mencecah USD306/tan, sekali gus menyokong prospek untuk mencapai suku tahun berprestasi tertinggi dalam sejarah. Kos tambang muatan pula menokok 8% QoQ dan dijangka akan menaik 20-30% QoQ pada 2Q26F, walaupun ia hanya merangkumi <10% daripada jumlah kos, dan akan diimbangi oleh premium MJP yang lebih tinggi.

Potensi risiko kenaikan nilai FX

Walaupun Jabatan Ekonomi RHB mengandaikan tiada potongan kadar dibuat pada 2026, pasaran mengambil kira kebarangkalian 72% untuk kadar dinaikkan menjelang Disember, lalu membawa nilai USD/MYR kepada USD4.03 (+2% dalam tempoh seminggu). Hal ini merupakan berita positif buat PMAH, kerana >90% daripada barangannya dieksport. Berdasarkan anggaran kami, kenaikan setiap 2% pada USD mungkin meningkatkan perolehan sebanyak kira-kira 5%, sekiranya tiada perlindungan dibuat.

Kitaran pembinaan semula selepas peperangan di Asia Barat mungkin menjadi berita positif untuk permintaan aluminium

Dengan Arab Saudi mengumumkan tawaran projek baru bernilai sekitar USD16bn pada Apr 2026, iaitu paras tertinggi sepanjang YTD-2026, dan nilai projek diagihkan sama rata merentasi segmen pengangkutan (34%), perbandaran (33%) dan perindustrian (32%). Hal ini menandakan bahawa projek-projek pembangunan masih diteruskan di rantau tersebut. Walaupun Asia Barat membentuk hanya kira-kira 2% daripada permintaan aluminium dunia pada 2024, permintaan yang dipacu oleh pembinaan semula mungkin masih dapat memberi sokongan kepada harga aluminium semasa inventori lebih rendah YoY dan keadaan bekalan yang sudahpun berkurangan.

Prospek untuk LMC

Pihak pengurusan menjangka kos arang batunya untuk 4QFY26 akan menjadi agak stabil, kerana kumpulan ini masih mempunyai simpanan arang batu berharga rendah sebelum konflik di Asia Barat bermula – kesan daripada konflik ini dianggarkan akan dirasai mulai 4QFY26. Namun begitu, LMC telah memperoleh inventori arang batu untuk 2-3 bulan pada kira-kira USD90 untuk 1QFY27F (38% melepasi paras pada 3QFY26), sambil mengekalkan rebat MYR20/tan. Mengikut anggaran kami, kenaikan harga arang batu setiap USD10/tan mungkin akan merendahkan perolehan sebanyak 5-6% setahun dan menurunkan margin EBIT sebanyak 130bps, jika pelepasan kos adalah kecil dan harga arang batu berterusan menaik.

PMAH ialah Saham Pilihan Utama kami apabila melihat pada kekurangan bekalan aluminium

Dijangka akan berlarutan. TP kami diperoleh berdasarkan P/E FY27F 27.5x (+2SD daripada purata lima tahunnya). Kami berpendapat nilai ini wajar oleh sebab paras normal baharu untuk harga aluminium (>USD3,000/tan) yang dipacu oleh kekurangan bekalan jangka panjang. Purata YTD sekarang ialah USD3,378/tan (4% melebihi anggaran kami). Oleh itu, kami berpendapat penilaian saham ini wajar dinaikkan melepasi paras purata. Kami juga memandang positif akan LMC disebabkan oleh tahap kecekapannya yang bertambah baik, manakala penilaian tampak murah apabila saham ini diniagakan pada -1.5SD daripada paras purata. Kami menekankan bahawa margin EBITDA tetap kukuh, dengan kenaikan QoQ kepada 35.3% pada 3QFY26 (2QFY26: 32.9%).

Penganalisis
Iftaar Hakim Rusli +603 2302 8114 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.