Apa Itu FBM KLCI? Hari-Hari Keluar Suratkhabar Dan TV

“FBM KLCI cecah 1,800 mata”

“FBM KLCI moves higher past 1,800 mark”

Itu antara tajuk berita di akhbar, TV mahupun radio hari ini. Kita selalu dengar benda ni tetapi mesti ramai gagal memahaminya.

Sumber: The Star

Bila dah berjinak-jinak dengan dunia pasaran saham, macam-macam istilah baru kita perlu tahu. Salah satu petunjuk yang Bursa Malaysia kita ni tengah menaik atau menurun, benda yang kena tengok adalah FBM KLCI.

Ia juga dikenali sebagai FTSE Bursa Malaysia KLCI, dipendekkan menjadi FBM KLCI.

FBM KLCI Penanda Aras Bursa Malaysia

Sama seperti saham, FBM KLCI juga ada turun naiknya, tetapi kalau saham menggunakan harga untuk menilaikan saham tersebut – FBM KLCI pula menggunakan sistem mata (point). Yang lebih memberangsangkan kepada para pelabur, kita dapat lihat FBM KLCI telah meningkat sebanyak 9.44% bagi tahun 2017.

FBM KLCI ni terdiri daripada 30 syarikat terbesar di Bursa Malaysia berdasarkan market capitalization mereka.

Nota :
Market Capitalization = Nilai sesuatu saham
Market Capitalization = Harga Saham x Jumlah Volume Saham

Senang cerita, 30 syarikat terbesar Bursa Malaysia yang bergabung menjadi FBM KLCI. Maka apabila penanda aras menunjukkan tanda-tanda positif, pasaran saham di Malaysia turut mengalami kenaikan. Dan apabila penanda aras positif, pelabur dari dalam dan luar negara akan lebih bergiat aktif bagi mengaut keuntungan yang lebih besar.

FBM KLCI 3 Januari 2017: 1,641.73 Mata

FBM KLCI 29 Disember 2017: 1,796.81 Mata

Kenaikan Setahun: 155.08 Mata atau 9.44%

Cukup ke hanya dengan keuntungan 9.44% setahun dalam pelaburan saham? Mesti kita nak lebih kan?

30 Syarikat Terbesar Malaysia

Dah tau apa itu FBM KLCI, jom kita tengok senarai 30 syarikat tersebut:

 

 

Kita sebagai pelabur yang beragama Islam, sudah semestinya wajib memilih saham yang patuh Syariah. Jadi bukan semua 30 syarikat di atas kita boleh beli sahamnya, hanya yang mempunyai asterisk (*) sahaja ya.

Prestasi 3 Saham Terbesar Malaysia

  1. Maybank

Saya pasti ramai yang mempunyai akaun bank dan juga akaun CDS dengan Maybank atau Bank Rimau ini. Tahniah kerana pada tahun 2017, harga saham Maybank telah naik sebanyak 22.2%. Kadar dividen pun sebanyak 5.61%, banyak tu.

Harga Saham 3 Januari 2017: RM8.02

Harga Saham 29 Disember 2017: RM9.80

Kenaikan Setahun: RM1.78 atau 22.2%

Sumber: Bursa Marketplace

  1. Tenaga Nasional

Nak taknak, kita pasti guna perkhidmatan TNB untuk ‘menerangi’ dunia kita. Dan kadar dividen sebanyak 3.96%, kira OK jugalah.

Harga Saham 3 Januari 2017: RM13.80

Harga Saham 29 Disember 2017: RM15.26

Kenaikan Setahun: RM1.46 atau 10.6%

Sumber: Bursa Marketplace

  1. Public Bank

Bank ke-2 terbesar di Malaysia daripada segi market capitalization, saham Public Bank naik sebanyak 5.2%, dan ditambah pula dengan kadar dividen sebanyak 2.84%.

Harga Saham 3 Januari 2017: RM19.76

Harga Saham 29 Disember 2017: RM20.78

Kenaikan Setahun: RM1.02 atau 5.2%

Sumber: Bursa Marketplace

Dalam erti kata lain, hampir kesemua 30 syarikat yang menjadikannya penanda aras FBM KLCI adalah syarikat Super Big Caps, dengan market capitalization RM10 bilion dan ke atas.

Nak tahu syarikat Super Big Caps mana yang naik sampai 217% pada tahun 2017? Boleh baca 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Tahun 2017 (Kategori Super Big Caps).

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Timur Tengah Dilanda Konflik: Krisis Menjadi Peluang?

Risiko geopolitik jadi tumpuan utama

Peperangan Iran yang sedang berlaku sekarang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur, memandangkan ia memberikan kesan ekonomi yang runcing berkaitan kekurangan tenaga yang berlarutan. Harga minyak yang lebih tinggi untuk tempoh lebih lama menimbulkan risiko untuk Rizab Persekutuan AS (US Fed) menjadi lebih agresif. Para pelabur ekuiti rata-ratanya dilihat lebih munasabah, dengan mengambil kira jangkaan kes asas untuk konflik yang terkawal, yang bermakna strategi pembelian semasa harga lemah. Perjanjian gencatan senjata masih rapuh.

Semakin lama masa diambil untuk mencapai jalan penyelesaian atau jika terjerumus semula dalam pertelingkahan, semakin tinggi risiko pelabur hilang keyakinan dan menjual pegangan. Sekiranya kes asas gagal dicapai, pelabur akan menjadi lebih berhati-hati dan lebih menjaga simpanan tunai mereka. Kami anggarkan penilaian terendah buat FBM KLCI pada – 2SD (1,433 mata). Sebaliknya, pengakhiran yang berkekalan kepada konflik ini akan menyaksikan kenaikan harga susulan kelegaan, dengan tumpuan pada saham-saham pertumbuhan dan saham ketinggalan nilai yang terjejas oleh peperangan.

Keadaan makroekonomi dan jangkaan pelabur yang berubah-ubah

Andaian kes asas oleh Jabatan Ekonomi RHB, dengan kebarangkalian 60%, ialah situasi gencatan senjata yang berkekalan, dan premium risiko harga minyak mereda. Kes asas untuk ramalan makroekonomi rasmi oleh RHB tidak banyak dipinda, tetapi ia sekarang mengambil kira hanya satu potongan kadar US Fed untuk 2026 (daripada dua). Selagi saluran komunikasi antara watak-watak utama ini kekal terbuka apabila kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian tanpa mencalarkan reputasi, pasaran-pasaran mungkin boleh terus berharap penyelesaian akan muncul. Senario kes “lebih buruk” (kebarangkalian 30%) pula mengandaikan konflik yang berlarutan dan harga minyak meninggi.

Tempoh hari tambahan bagi harga minyak yang tinggi dan bekalan tenaga yang terhad kepada pasaran menimbulkan risiko inflasi berterusan, merendahkan pendapatan boleh belanja, menekan permintaan, menjejaskan keberuntungan syarikat, dan mendesak US Fed. Perjanjian keamanan yang berkekalan dapat mengurangkan kerosakan pada asas-asas makroekonomi dunia dan mengurangkan premium risiko dalam harga minyak mentah dengan ketara. Cabarannya dilihat pada butiran pelaksanaan – khususnya berhubung kebebasan untuk menelusuri Selat Hormuz dan pengesahan jumlah kerosakan secara beransur-ansur pada prasarana pengeluaran dan penapisan minyak di Negara-Negara Teluk.

Strategi

Berdasarkan andaian kes asas RHB, pada asasnya kami dapat kekal positif akan prospek untuk ekuiti dan membiarkan sasaran FBM KLCI kami untuk akhir tahun 2026 sama pada 1,780 mata buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, peperangan Iran ini mencerminkan tahap risiko geopolitik yang runcing yang berpunca daripada Pentadbiran Trump. Pendirian pelaburan berjaga-jaga yang disarankan dalam laporan prospek ekuiti 2026 kami berkisar tentang pendirian berwaspada pelabur, mentaliti dagangan, dan strategi pembelian semasa harga lemah, masih terpakai.

Landskap geopolitik yang semakin meruncing memerlukan pendirian yang lebih mengelakkan risiko, dengan tumpuan pada sektor-sektor yang lebih selamat (seperti tenaga, perladangan, penjagaan kesihatan, telekomunikasi, pengguna, dan REIT) dan pegangan tunai lebih tinggi. Berdasarkan kejadian dahulu, kami anggarkan tahap penilaian terendah bagi FBM KLCI pada -2SDatau 1,433 mata. Sentimen pasaran yang kembali positif terhadap risiko bermakna strategi pelaburan menumpu pada pertumbuhan dan saham-saham ketinggalan nilai dalam pasaran

Penganalisis
Alexander Chia +603 2302 8119 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.