Siapa Kata Baru Bekerja Tak Boleh Menyimpan? Amalkan 4 Tips Ni

Jika ada yang masih dengan anggapan bahawa adalah sukar hendak membuat simpanan disebabkan baru mula bekerja, ianya adalah salah sama sekali.

Ini adalah kerana waktu mula bekerja inilah perlunya untuk membuat simpanan awal. Ketepikan dahulu segala keinginan seperti nak berkereta mewah dan sebagainya.

Kenapa Kena Menyimpan Daripada Mula Kita Kerja?

Pertama adalah disebabkan faktor usia. Kita biasanya mula bekerja pada umur 25 dan pencen pada umur 55 ke 60 tahun. Jadi tempoh masa kita bekerja adalah terhad.

Kedua, kita perlu mula menyimpan seawal yang mungkin, terutamanya sebaik kita mula bekerja disebabkan oleh compounding interest yang juga dikenali sebagai faedah berganda di dalam Bahasa Malaysia.

Ianya diperolehi apabila anda melaburkan semula keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan asal. Ini akan menjadikan pelaburan anda menjana pulangan yang lebih tinggi untuk tempoh seterusnya. Nak tahu lebih lanjut, sila baca Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang ‘Compounding Interest’.

Ketiga, disebabkan harga hartanah yang meningkat setiap tahun dan bukannya semakin menurun. Kalau kita tidak mula menyimpan untuk membeli rumah, dikhuatiri kita tidak mampu untuk beli rumah sampai bila-bila.

Rasa Beban Untuk Menyimpan

Memang tidak dinafikan, ramai daripada kita yang rasa terbeban untuk menyimpan pada usia muda. Ramai yang merasakan kita perlu reward diri sendiri setelah penat belajar di menara gading selama 3-4 tahun. Itu belum dikira belajar daripada Darjah 1 sehingga Tingkatan 5.

Dah penat belajar, mesti nak rehat dan rileks dulu kan?

Anda silap jika anda berasa sedemikian, kerana alam pekerjaan inilah anda baru sahaja hendak memulakan kehidupan yang sebenar.

Bagi yang telah bekerja pula, cuba throwback kembali 5-10 tahun ke belakang sewaktu anda baru mula bekerja. Alangkah bestnya kalau anda dah mula membuat simpanan kan?

Betapa besarnya kelebihan yang diperolehi jika anda menyimpan ketika mula bekerja. Sebenarnya, boleh sahaja untuk anda menyimpan, tetapi ianya memerlukan disiplin yang tinggi.

Baca dan hadamkan tips berikut bagaimana untuk memotivasikan diri anda yang begitu susah hendak menyimpan ketika mula bekerja.

1. Simpan Dahulu, Belanja Kemudian

Ramai yang salah guna dengan membuat perbelanjaan dahulu dan simpanan kemudian. Kesudahannya, duit habis, simpanan pun tiada.

Ada juga yang dah menyimpan, tetapi di tempat yang duit simpanan mudah untuk dikeluarkan. Sebagai contoh anda simpan di bank yang mempunyai kad ATM untuk membuat pengeluaran. Mulalah asyik nak keluarkan duit apabila tengah sesak, padahal tidak guna dulu cara lain untuk berjimat.

Sebaiknya, gunakan alternatif yang lebih bijak dengan menyimpan di tempat yang susah untuk dikeluarkan. Sebagai contoh, simpan di Tabung Haji yang memerlukan buku simpanan dan anda beratur di kaunter untuk mengeluarkan wang simpanan. Pasti anda berfikir panjang disebabkan sukar untuk membawa keluar wang simpanan tersebut.

Dan jangan pula simpan di akaun yang sama di mana anda menerima gaji setiap bulan. Memang laju sangat duit dalam akaun tersebut habis.

2. Jimat Berbelanja

Takkan hari-hari nak makan sedap atau di restoran saja pada setiap waktu rehat? Cuba bawa bekal sendiri dan makan di pejabat.

Percaya atau tidak, jika anda dapat berjimat pasal makanan ni, lebih banyak anda boleh simpan setiap bulan.

3. Rekod Segala Jenis Perbelanjaan

Ini juga penting, sebab anda sendiri dapat lihat setiap aliran duit keluar dan masuk. Jangan biarkan duit keluar begitu sahaja tanpa anda sedari.

Ada yang menyangkakan kita perlu berjimat sampai ada yang mengamalkan sifat kedekut. Sama sekali tidak. Cuba lihat perbelanjaan yang tidak perlu, maka anda boleh cuba kurangkan atau hentikannya serta-merta.

Sebagai contoh, anda sudah ada internet ‘unlimited’ dan di pejabat pula anda menggunakan WiFi pejabat untuk online; maka tidak perlu anda melanggan internet di rumah pula. Dan tak mati pun kalau anda tidak melanggan siaran TV berbayar, sekarang kan dah boleh streaming saja.

4. Bagi Duit Setiap Bulan Kepada Ibu Bapa

Terakhir sekali, ramai yang terlupa bab bersedekah. Lagi-lagi kepada ibu dan bapa anda sendiri. Cuba tetapkan matlamat untuk beri keluarga anda 10% daripada duit gaji anda setiap bulan.

Anda pasti dapat rasakan duit gaji anda sentiasa cukup, malah bertambah lagi pula.

Rebut Saham Akhirat Dengan Infaq Dan Waqaf Bagi Pembinaan Bangunan Tahfiz Al Quran Al Ansar

Jangan Layankan Nafsu Sangat

Dah ramai kita lihat golongan muda terutamanya, yang terlibat dalam hutang yang tidak elok. Ada yang membeli kereta mewah, berbelanja sesuka hati disebabkan kemudahan kad kredit, setiap 3-4 bulan menukar telefon bimbit yang terbaru dan sebagainya.

Lama-kelamaan, mereka akan terjerat dengan hutang yang banyak sekaligus menyebabkan mereka jadi bankrap. Nak tahu apa puncanya, boleh baca 100,000 Rakyat Malaysia Bankrap Dan Ini 3 Punca Utama.

Pada usia muda inilah kita perlu menguruskan kewangan dengan bijak, mula membuat simpanan dan mengamalkan sikap berjimat-cermat.

Previous ArticleNext Article

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA