Modal Kecil? Guna 3 Cara Ini Untuk Pelaburan Emas

Pelaburan emas bukan hanya dengan melihat kepada emas itu semata-mata namun ianya memerlukan kajian yang teliti. Malah persaingannya juga terlampau hebat di antara bank, syarikat juga kedai emas.

Apakah cara terbaik yang perlu anda tahu untuk membeli emas dan simpan emas sebagai satu bentuk pelaburan jangka masa panjang jika dibandingkan dengan simpanan wang kertas dalam amanah saham ataupun bank?

Bahkan, anda masih boleh melabur emas meskipun dengan modal yang kecil. Namun, bagaimanakah caranya?

Berikut adalah 3 cara yang boleh anda ikuti jika anda ingin membuat pelaburan emas tetapi dengan modal yang kecil.

1. Beli Emas Secara GAP

Apa itu GAP? Dalam singkatannya adalah GAP, namun sebutan penuhnya adalah Gold Accumulation Program dimana ia telah memudahkan anda untuk menyimpan emas walaupun bermodalkan di bawah RM250 sahaja.

Kaedah ini merupakan satu kedah paling mudah di Malaysia. Anda boleh membeli emas serendah 1 gram dan boleh menambahkan simpanan anda dari semasa ke semasa mengikut kepada gandaan 1 gram.

2. Beli Siling Emas 1 Dinar

Sumber : Public Gold

Jika anda mempunyai bajet lebih sekitar RM800 – RM850 anda bolehlah membeli siling emas dinar. Anda beli dan simpan sendiri. Jika hendak dibandingkan dengan harga satu gram gold bar, syiling 1 dinar ini lebih murah harganya.

Ini kerana, syiling 1 dinar ini telah dikeluarkan atas tujuan pelaburan. Manakala gold bar 1 gram dijual atas tujuan sebagai hadiah mahupun koleksi. Itu sebab harganya lebih mahal.

3. Beli Gold Bar 1 Gram

Anda boleh membeli gold bar di pasaran selain daripada Public Gold. Harga gold bar untuk 1 gram di pasaran adalah sekitar RM200 – RM250. Keluaran gold bar 1 gram daripada Wah Chan, Poh Kong dan Habib Jewel merupakan antara yang terkenal.

Anda boleh membeli gold bar 1 gram daripada jenama lain selain daripada jenama 3 di atas. Namun, kebanyakan gold bar keluaran jenama lain yang berada di pasaran menawarkan harga 1 gram yang dengan susut nilainya juga sama tinggi.

Ini menjadikan, ianya lebih lambat untung jika dibandingkan emas lain yang mempunyai kadar susut nilai yang lebih rendah.

Sudahkah anda bersedia untuk melabur dalam pelaburan jenis ini?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

5 Cara Mudah Kenal Pasti Emas Tulen Dan Emas Palsu

Permintaan emas semakin hari semakin tinggi, namun untuk memiliki emas, perlulah mengenal pasti ketulenannya.

Bagi menguji sama ada emas tersebut tulen atau palsu,  ia diuji dengan pelbagai cara dan kaedah.

Bukan sahaja dijadikan perhiasan wanita, emas juga merupakan salah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Apabila terdapat jualan murah mengenai emas tidak kira sejauh mana lokasi kedai tersebut, pasti ramai yang sanggup datang untuk membelinya dari seluruh pelusuk negara.

Namun, perlu diingatkan bahawa emas yang dijual dengan harga murah tidak semestinya 100% tulen.

Untuk pengetahuan anda, kini terdapat banyak kes penipuan mengenai keaslian emas tersebut. Jadi, untuk memastikan emas yang dibeli itu tulen ataupun tidak, mari kami kongsikan cara kenal pasti emas tulen dan emas palsu dengan mudah.

Cara Kenal Emas Tulen Atau Palsu

1. Menggores Emas Pada Permukaan Seramik

Cara yang paling mudah untuk mengetahui sama ada emas tersebut tulen atau palsu adalah dengan menggores emas tersebut pada permukaan seramik. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa dengan menggores permukaan emas pada seramik, jika terdapat kesan hitam pada emas tersebut maka ianya adalah emas palsu. 

Sekiranya anda menggores emas pada permukaan seramik dan tiada kesan hitam, emas tersebut sememangnya tulen.

2. Menimbang Berat Dan Mengukur Ketumpatan Emas

Bagi mengetahui sama ada emas tersebut tulen ataupun tidak, biasanya ia juga boleh dikenal pasti dari segi menimbang berat dan mengukur ketumpatan emas tersebut. Cara yang paling mudah adalah dengan menimbangnya menggunakan penimbang digital. 

Untuk mengukur ketumpatan emas, anda juga boleh merendam emas di dalam air. Jika isipadu air tidak berubah walaupun emas tersebut dikeluarkan, maka emas tersebut adalah tulen.

3. Menguji Fizikal Emas Secara Visual

Setiap emas biasanya mempunyai bacaan kehalusan antara 1 hingga 999 atau dalam bacaan karat ialah 10k, 14k, 18k, 22k ataupun 24k. Sebab itulah jika kita melihat emas yang dijual pasti akan dilabelkan dengan angka tersebut. Perlu diingatkan juga bahawa emas tiruan juga kadangkala dicop dengan bacaan angka tersebut untuk mengelirukan pelanggan.

Jadi, untuk memastikan sama ada emas tersebut tulen ataupun tidak, ia boleh dikenal pasti melalui ujian fizikal emas secara visual. Biasanya golongan pakar akan memeriksa fizikal emas tersebut menggunakan kanta pembesar dengan sangat teliti. 

Di Malaysia, terdapat beberapa pajak gadai patuh syariah yang boleh menentukan ketulenan emas fizikal tersebut melalui visual seperti ini.

4. Menguji Ketulenan Emas Menggunakan Magnet

Nak lagi mudah, cara kenal pasti emas tulen atau emas palsu juga adalah dengan menggunakan magnet. Kita ketahui bahawa magnet mampu menarik segala jenis besi dan sekiranya emas anda melekat pada magnet, maka emas tersebut adalah palsu.

Emas yang melekat pada magnet mempunyai kandungan logam lain iaitu besi yang telah dicampur dengan emas.

5. Menggigit Emas Tersebut Dengan Tidak Terlalu Kuat

Cara terakhir untuk mengenal pasti sama ada emas tersebut tulen atau palsu adalah dengan menggigit emas dengan tidak terlalu kuat. Cara ini biasanya dilakukan oleh atlet yang mendapat pingat emas. Mereka akan menggigit sedikit pingat tersebut untuk mengenal pasti sama ada ia tulen atau tidak. 

Namun perlu diingatkan untuk tidak menggigitnya terlalu kuat, ianya kerana jika emas tersebut meninggalkan kesan yang dalam maka emas tersebut akan menjadi 24K.

Akhir kata, untuk mengetahui sama ada emas yang dimiliki adalah tulen atau tidak, sila kenal pastinya dengan cara di atas. Jika tidak, pasti anda akan mengalami kerugian yang tinggi akibat ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Semoga perkongsian bermanfaat untuk anda.

Baca juga: