Kehidupan Mewah Di Puncak Bukit Rahman Putra – Alstonia

Setelah bekerja keras dan berjaya, kita pasti mengimpikan kehidupan yang mewah sebagai tanda kejayaan dan juga ganjaran untuk diri sendiri.

Ada yang pergi bercuti keluar negara, ada yang membeli barangan berjenama tinggi, tidak kurang juga yang membeli kereta mewah sebagai peningkatan status di kalangan masyarakat.

Tetapi itu semua tidak boleh menandingi hartanah yang melambangkan kemewahan status seseorang. Dengan hartanah yang dibeli, kita dapat merasa pulangan daripada pelaburan hartanah tersebut, dengan ini akan menjadikan kita seorang pelabur yang bijak.

Berita baik untuk sesiapa yang ingin memiliki hartanah yang setaraf dengan status tersebut, kini kami memperkenalkan projek Alstonia di Bukit Rahman Putra.

Komponen Rumah – Villa Tiga Tingkat dan Kondo Mewah

Alstonia memiliki 214 unit kondominium dan 31 unit villa tiga tingkat, ianya eksklusif untuk mereka yang sangat mengidamkan rumah yang istimewa. Kawasan ini dijangkakan akan menjadi kawasan golongan elit pada masa hadapan.

Villa tiga tingkat ini mempunyai keluasan 3,500 kaki persegi, ianya cukup luas untuk menempatkan keluarga bersaiz besar dengan membawa bersama ibubapa dan keluarga mertua sekaligus akan  menjadikan keluarga lebih ceria.

Manakala bagi kondominium pula, terdapat beberapa jenis rekabentuk yang berbeza. Mempunyai keluasan yang berbeza iaitu daripada 1,000 kaki persegi sehingga 1,400 kaki persegi. Ianya sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin dan juga yang telah berkeluarga.

Lokasi Eksklusif Di Bukit Rahman Putra

Apabila kita sebut sahaja Bukit Rahman Putra, ramai yang mengetahui bahawa ianya merupakan lokasi yang sangat eksklusif di kawasan Sungai Buloh. Dikelilingi hartanah yang mewah dan juga merupakan kawasan yang selamat, dengan adanya konsep kawalan keselamatan berpagar yang ketat.

Penduduk yang tinggal di kawasan ini juga terdiri daripada golongan yang mempunyai status yang tinggi kerana terdapat banyak banglo dan rumah berkembar disekelilingnya.

Kediaman Atas Puncak Bukit

Kebiasannya mereka yang tinggal di atas bukit dikategorikan sebagai golongan atasan. Bukan setakat itu sahaja, keadaan cuaca yang sejuk dan udara yang nyaman boleh dinikmati apabila kita berada di atas bukit.

Selain itu, ianya dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan apabila tinggal di dalam persekitaran yang kondusif. Tubuh badan juga akan menjadi semakin sihat, minda pula menjadi semakin cerdas dan anak-anak juga pasti akan menyukainya.

Pelbagai Kemudahan Disediakan

Kemudahan-kemudahan yang kita inginkan seperti kolam renang, gimnasium dan banyak lagi ada disediakan di Alstonia ini. Taman permainan kanak-kanak yang serba lengkap juga ada disediakan untuk memudahkan kita beriadah bersama seisi keluarga.

Setelah seharian penat bekerja, semestinya kita ingin pulang ke kawasan yang tenang dan mempunyai pelbagai kemudahan untuk kita berehat. Rehat yang secukupnya diperlukan untuk kita mencapai tahap produktiviti yang tinggi bagi meningkatkan prestasi kerja kita.

Akses Yang Mudah

Memandangkan Bukit Rahman Putra bukanlah tempat yang baru, pembangunan di persekitarannya telah berkembang maju dan terdapat banyak akses bagi memudahkan penduduk keluar masuk daripada kawasan perumahan. Terdapat juga lebuhraya yang berhampiran dengan Kawasan in seperti PLUS, DUKE, Guthrie dan LDP serta banyak jalan-jalan utama untuk ke Damansara, Kepong, Shah Alam, Selayang, Rawang dan sebagainya.

Bagi mereka yang mahu menggunakan kemudahan pengangkutan awam, terdapat perkhidmatan KTM dan MRT yang sangat berhampiran dengan kawasan ini bagi memudahkan penduduk yang bekerja di luar kawasan.

Kemudahan Sekitar Yang Pelbagai

Di kawasan sini juga terdapat banyak kemudahan untuk semua peringkat umur seperti ELC International School, IGB International School dan HELP International School bagi mereka yang bersekolah. Pelbagai jenis bank dan stesen minyak, KFC, McDonalds, TSB Commercial Centre dan The Store juga berhampiran. Bagi mereka yang gemar sukan golf, Kelab Golf Rahman Putra dan Kelab Golf Valencia berada tidak jauh daripada kawasan ini.

Hospital Sungai Buloh juga tidak jauh daripada lokasi ini. Kepada meraka yang gemar membeli belah, IKEA dan IKANO yang terletak di Mutiara Damansara hanyalah beberapa minit sahaja perjalanan daripada Bukit Rahman Putra. Pendek kata, segala kemudahan yang cukup lengkap sudah berada di kawasan ini.

Harga Yang Berpatutan

Mesti terdetik di fikiran anda bahawa hartanah di Alstonia ini mahal kan? Tidak seperti apa yang anda sangkakan, harga kondomium mewah ini  hanya bermula daripada RM598,000 dan terdapat diskaun sebanyak 7% bagi golongan bumiputera.

Harga villa mewah tiga tingkat pula hanya bermula dengan harga RM1.5 juta, dan juga terdapat diskaun 7% untuk golongan bumiputera. Memang berbaloi bagi mereka yang sedang mencari kediaman mewah di kawasan sekitar Bukit Rahman Putra.

Tawaran Menarik

Kenapa membeli sekarang? Diskaun atau rebat sebanyak 18% akan diberikan semansa Kempen Milik Rumah (HOC). Selain daripada diskaun atau rebat yang tertera, pembeli hanya perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM3,000 sahaja untuk menempah kediaman mewah anda hari ini. Alstonia dijangkakan siap pada tahun 2023, maka bersedialah dari sekarang untuk kehidupan mewah anda pada masa akan datang.

Realisasikan impian kehidupan mewah anda pada masa hadapan dengan memiliki rumah kediaman di Alstonia pada hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.alstonia.com.my atau hubungi kami sekarang di talian 03-2718 1771.

Jumpa anda di Alstonia Sales Gallery hari ini!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman