
Berita baik buat mereka yang nak belajar cara melabur saham dari mentor pelaburan saham syariah terkenal Datuk Haji Mohd Asri Bin Haji Ahmad, seminar Labur Saham kini kembali dengan sesi secara bersemuka.
Dianjurkan sejak 2011, seminar ini telah dihadiri lebih 326,706 peserta dari seluruh pelusuk negeri. Lima tahun lalu, sesi ini ditukar menjadi sesi webinar secara online akibat penularan wabak Covid-19.
Ramai yang cakap tak puas belajar secara online, nak dengar dan belajar secara berdepan.
Haa… Inilah peluang anda! Seminar Labur Saham Syariah kini kembali secara face to face.

Program Labur Saham Syariah ini akan diadakan pada 6 September 2025 (Sabtu), di Renai Hotel,Kota Bharu, Kelantan. Sesi pembelajaran bermula 9.00 pagi – 1.00 petang.
Dalam program ini, para peserta akan didedahkan dengan langkah demi langkah dalam bahasa mudah difahami bagaimana menambah pendapatan ekstra melalui pelaburan saham yang sah, mudah dan patuh syariah di Bursa Malaysia.
Memang tak dinafikan, bila kita nak berguru ni, penting untuk kita lihat latarbelakang dan pencapaian guru tersebut. Macam Datuk Hj Mohd Asri sendiri, dari segi bidang pengajian pun ada, dari segi sijil profesioanal pun ada, dari segi pengalaman pun ada, dari segi pengiktirafan pihak berautoriti (Bursa Malaysia) pun cukup.
Pengalaman beliau dalam dunia untung rugi saham pula sudah lebih 25 tahun.
Memang recommended dan sesuai untuk yang baru nak mula kenal dunia pelaburan saham.
Tiket untuk seminar kali ini hanya RM79 sahaja! Dengan tiket ini anda berpeluang untuk dapat:
- Sesi kelas bersama Datuk Haji Mohd Asri
- Pembukaan akaun CDS secara PERCUMA
- Video rakaman 48 jam secara PERCUMA
- Buku Melabur Atau Melebur secara PERCUMA
- Pendrive video saham untuk newbie secara PERCUMA
Bagi yang tidak berpeluang untuk hadir ke lokasi seminar, boleh hadir secara online dengan tiket serendah RM27 sahaja.

Daftar sini: Labur Saham Syariah @Kota Bharu










