Minat Nak Cuba Dunia Trading Tapi Tak Nak Rugi Duit Sendiri?

Pernah dengar pasal Futures atau FCPO?

Selain berdagang saham, anda juga boleh berdagang instrumen lain di Bursa Malaysia. Pernah dengar tentang Futures ataupun FCPO? Jika anda baru nak mula terlibat dalam perdagangan produk Futures, pasti anda akan tertanya-tanya bagaimana nak mula.

Dalam kata mudah, Futures (atau kontrak niaga hadapan) ialah kontrak kewangan yang menetapkan harga untuk membeli atau menjual sesuatu aset pada tarikh tertentu di masa hadapan. Aset ini boleh merangkumi komoditi seperti minyak sawit atau emas dan lain-lain.

Bursa Malaysia Derivatives (BMD) menawarkan tiga kategori derivatif: Komoditi Derivatif, Ekuiti Derivatif dan Kewangan Derivatif. Antaranya:

Antara kesemua produk FuturesFCPO adalah yang paling terkenal. Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia juga telah memutuskan bahawa FCPO, FEPO dan FPKO adalah instrumen patuh syariah dengan disandarkan kepada pasaran fizikal kelapa sawit dunia.

Macam Mana Buat Untung Dengan Produk Futures?

Apabila berdagang produk Futures, tidak kira pasaran naik atau turun para pedagang masih berpeluang untuk menjana keuntungan. Pergerakan harga produk Futures juga sangat volatile. Volatiliti harga semasa memberi ruang kepada pedagang yang peka untuk memanfaatkan pergerakan jangka pendek dengan strategi yang sesuai.

Kalau dah ada asas dalam pasaran saham maka lebih mudah nak faham selok belok pasaran Futures.

Baca: Cara Jana Wang Dengan Pasaran FCPO

Takut Rugi Duit Sendiri? Cuba Dulu Trade Olok-Olok

Ramai yang minat nak belajar berdagang produk Futures , tapi risau jika tersilap langkah dan rugi besar.

Buat yang baru nak mula berjinak-jinak tapi sayang duit modal, anda kena rebut peluang dari Bursa Malaysia ini! Pernah dengar Derivatives Virtual Trading Challenge (DVTC)?

Tahun ini, DVTC datang dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000!

Jika pada tahun lepas nilai keseluruhan hadiah adalah berjumlah RM87,000, pada tahun ini jumlah keseluruhan hadiah dinaikkan kepada RM100,000! Ya, betul. RM100,000 hadiah untuk mereka yang berani mencuba, belajar dan cabar diri dalam dunia futures.

DVTC 2025 adalah cabaran berdagang secara maya (virtual trading) yang membolehkan anda:
✅ Belajar cara berdagang produk Futures
✅ Uji strategi pelaburan
✅ Dapat pengalaman dunia trading sebenar
✅ Semuanya tanpa guna duit sebenar dan tak perlu ada pengalaman pun boleh sertai!

Anda hanya perlu berdagang secara olok-olok dan gunakan wang alam maya, oleh itu tiada yuran dikenakan serta tiada modal diperlukan.

Apa Yang Menarik Tentang DVTC 2025?

Ini hadiah yang menanti anda:

  • Juara akan bawa pulang wang tunai RM10,000 dan Langganan Premium ShareInvestor selama 3 bulan + Mentorship 3 bulan
  • Tempat kedua: Wang tunai RM7,000 dan Langganan Premium ShareInvestor selama 3 bulan + Mentorship 3 bulan
  • Tempat ketiga: Wang tunai RM5,000 dan Langganan Premium ShareInvestor selama 3 bulan + Mentorship 3 bulan

Macam Mana Nak Menang?

Setiap peserta akan diberi modal sebanyak RM100,000 untuk digunakan dalam virtual trading. Siapa yang mempunyai baki tertinggi di hujung cabaran ini bakal membawa pulang hadiah yang tertera di atas.

Syaratnya mudah:

  • Hanya buat minimum 20 lot dagangan sepanjang tempoh cabaran.
  • Setiap kontrak yang didagangkan akan dikenakan caj komisen maya tetap sebanyak RM10 bagi setiap transaksi (beli atau jual).

Macam main game, tapi dapat ilmu dan pengalaman mahal dunia Futures yang sebenar!

Baca terma & syarat di sini.

Kenapa Perlu Sertai?

DVTC 2025 bukan sekadar pertandingan biasa, ia adalah platform untuk anda belajar, cabar diri sendiri, asah kemahiran berdagang (trading) dan peluang untuk menang hadiah wang tunai!

Selain itu, ini beberapa lagi sebab kenapa anda patut sertai cabaran ini:

  • Penyertaan percuma – tiada yuran dikenakan
  • Tak perlu guna modaltrade secara maya, tanpa gunakan duit sebenar
  • Berdagang di pasaran sebenar – boleh asah kemahiran berdagang dalam suasana simulasi pasaran sebenar, bukan sekadar teori
  • Sesuai untuk yang mereka tengah praktis paper trading dan mahukan cabaran sebenar tanpa risiko
  • Peluang menang wang tunai sambil praktis berdagang

Jom Cabar Diri Anda!

Tak rugi pun untuk mencuba. Tapi anda mungkin akan rugi jika tak ambil peluang ini.
Daftar sekarang dan mulakan langkah pertama anda dalam dunia futures!

Ingat Tarikh-tarikh Penting Ini!

Tempoh Pendaftaran:
Fasa 1: 26 Mei 2025 – 24 Julai 2025
Fasa 2: 1 Ogos 2025 – 20 Ogos 2025

Tempoh Familiarisation:
26 Mei 2025 – 24 Julai 2025

Tempoh Cabaran: 1 Ogos 2025 – 29 Ogos 2025

Sekejap! Nak Sertai Tapi Tak Tahu Nak Mula? Jom Sertai Webinar Pengenalan Percuma Ini

Khas untuk mereka yang nak tambah baik skill pelaburan sebelum sertai cabaran ini, Bursa Malaysia akan mengadakan siri Webinar Pengenalan yang dibuka kepada orang ramai secara percuma.

  1. Tonton FB Live di sini: https://www.facebook.com/share/v/1MXG6sbCAw

  1. Pendaftaran webinar percuma kini dibuka! Daftar » sini «

Ingat! Tarikh Tutup Pendaftaran adalah pada 24 Julai 2025 (fasa pertama)

Jom ramai-ramai kita sertai Webinar di atas dan sertai Derivatives Virtual Trading Challenge 2025 untuk menang hadiah yang berjumlah sehingga RM100,000!!!

Selamat berjaya!

Previous ArticleNext Article

Rahsia Memilih IPO Yang Berpotensi Memberikan Pulangan Lumayan

Setiap kali sebuah syarikat mengumumkan tawaran Initial Public Offering (IPO), pasti akan ada pelabur yang teruja untuk membuat permohonan. Tidak kurang juga yang berkongsi kisah memperoleh keuntungan pada hari pertama saham tersebut disenaraikan di Bursa Malaysia.

Fenomena ini menyebabkan ramai pelabur baharu beranggapan bahawa membeli IPO adalah jalan mudah untuk menjana keuntungan. Namun, adakah semua IPO pasti menguntungkan? Jawapannya sudah tentu tidak.

Walaupun banyak IPO di Malaysia mencatat prestasi positif pada hari pertama dagangan, tidak semua syarikat mampu mengekalkan prestasi tersebut dalam jangka panjang. Sebab itu, pelabur tidak sepatutnya memohon IPO hanya kerana mendengar cerita orang lain atau melihat permintaan yang tinggi. Sebaliknya, setiap IPO perlu dinilai seperti mana kita menilai mana-mana pelaburan lain.

Dalam artikel ini, kita akan melihat bagaimana pelabur boleh menilai sesuatu IPO sebelum membuat keputusan untuk melabur.

Apa Itu IPO?

IPO atau Initial Public Offering ialah proses apabila sebuah syarikat menawarkan sahamnya kepada orang awam buat kali pertama sebelum disenaraikan di Bursa Malaysia.

Sebelum IPO, syarikat dimiliki oleh pengasas, pelabur awal atau institusi tertentu. Melalui proses ini, orang ramai turut berpeluang menjadi pemegang saham syarikat tersebut.

Bagi syarikat, IPO merupakan salah satu cara untuk mendapatkan modal bagi mengembangkan perniagaan tanpa bergantung sepenuhnya kepada pembiayaan bank. Dana yang diperoleh boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti membina kilang baharu, membeli aset, mengembangkan operasi atau memasuki pasaran baharu.

Kenapa IPO Menarik Perhatian Pelabur?

Salah satu sebab utama IPO menjadi rebutan ialah potensi listing gain, iaitu keuntungan yang diperoleh apabila harga saham dibuka lebih tinggi daripada harga tawaran IPO pada hari pertama dagangan.

Sebagai contoh, jika harga IPO ialah RM0.50 sesaham dan saham dibuka pada RM0.70 pada hari pertama, pelabur yang berjaya memperoleh saham IPO berpeluang menikmati keuntungan atas kertas sebanyak 40%.

Namun, perlu difahami bahawa prestasi hari pertama bukanlah jaminan keuntungan jangka panjang. Ada juga IPO yang mencatat kenaikan pada awal penyenaraian tetapi kemudiannya mengalami penurunan apabila sentimen berubah atau prestasi syarikat tidak memenuhi jangkaan.

Jangan Mohon IPO Hanya Kerana “Ramai Orang Mohon”

Antara kesilapan paling biasa ialah membuat permohonan hanya kerana mendengar orang lain mengatakan IPO tersebut “confirm untung”.

Pelaburan yang dibuat berdasarkan sentimen semata-mata boleh menyebabkan kita mengabaikan perkara yang lebih penting, iaitu kualiti syarikat itu sendiri.

Sebelum membuat permohonan, tanya diri sendiri:

  • Apakah syarikat ini menjalankan perniagaan yang mudah difahami?
  • Adakah industrinya masih mempunyai potensi pertumbuhan?
  • Bagaimana prestasi kewangannya?
  • Untuk apa syarikat mahu menggunakan dana hasil IPO?

Jawapan kepada soalan-soalan ini jauh lebih penting daripada sekadar melihat jumlah permohonan yang diterima.

1. Fahami Perniagaan Syarikat

Perkara pertama yang perlu dinilai ialah model perniagaan syarikat. Jangan melabur dalam syarikat hanya kerana namanya popular atau mendapat liputan media.

Sebaliknya, cuba fahami:

  • apakah produk atau perkhidmatan yang ditawarkan,
  • siapa pelanggan utamanya,
  • bagaimana syarikat menjana keuntungan,
  • dan adakah perniagaan tersebut mempunyai kelebihan berbanding pesaing.

Lebih mudah kita memahami perniagaan syarikat, lebih mudah juga untuk menilai potensinya pada masa hadapan.

2. Semak Tujuan Dana IPO Digunakan

Setiap prospektus IPO akan menerangkan bagaimana syarikat bercadang menggunakan dana yang diperoleh daripada pelabur. Inilah antara bahagian yang paling penting tetapi sering diabaikan.

Secara umum, penggunaan dana yang lebih positif termasuk:

  • mengembangkan kapasiti pengeluaran,
  • membuka cawangan baharu,
  • membeli mesin atau teknologi,
  • menjalankan penyelidikan dan pembangunan,
  • atau memasuki pasaran baharu.

Sebaliknya, jika sebahagian besar dana digunakan hanya untuk melangsaikan hutang, pelabur perlu menilai sama ada syarikat benar-benar mempunyai prospek pertumbuhan atau sekadar ingin memperbaiki kedudukan kewangannya. Penggunaan dana perlu dilihat dalam konteks keseluruhan syarikat dan bukan dijadikan satu-satunya faktor membuat keputusan.

3. Nilai Kedudukan Kewangan Syarikat

Walaupun syarikat belum disenaraikan, prospektus IPO menyediakan maklumat kewangan yang cukup lengkap.

Antara perkara yang boleh diperhatikan ialah:

  • pertumbuhan hasil (revenue),
  • keuntungan bersih,
  • margin keuntungan,
  • aliran tunai,
  • dan tahap hutang.

Sebagai contoh, syarikat yang menunjukkan peningkatan jualan dan keuntungan secara konsisten dalam beberapa tahun kebelakangan ini biasanya memberi gambaran bahawa perniagaannya berkembang dengan baik.

Sebaliknya, jika keuntungan tidak stabil atau hutang terlalu tinggi, pelabur perlu membuat penilaian dengan lebih berhati-hati.

4. Lihat Prospek Industri

Kadangkala syarikat yang baik berada dalam industri yang sedang perlahan. Sebaliknya, ada juga syarikat yang masih kecil tetapi beroperasi dalam sektor yang sedang berkembang pesat.

Oleh itu, pelabur perlu melihat keadaan industri secara keseluruhan.

Sebagai contoh:

  • Adakah permintaan terhadap produk syarikat dijangka meningkat?
  • Adakah kerajaan memperkenalkan dasar yang menyokong sektor tersebut?
  • Adakah trend pengguna berubah ke arah yang memberi manfaat kepada syarikat?

Prospek industri sering memainkan peranan besar terhadap prestasi saham selepas penyenaraian.

5. Fahami Sentimen Pasaran

Sentimen pasaran juga mempengaruhi prestasi IPO. Apabila pasaran saham berada dalam keadaan positif dan pelabur optimis, kebanyakan IPO cenderung menerima sambutan yang lebih baik.

Sebaliknya, jika pasaran sedang lemah akibat ketidaktentuan ekonomi atau faktor global, walaupun syarikat mempunyai asas yang kukuh, harga saham mungkin tidak menunjukkan prestasi seperti yang diharapkan pada peringkat awal.

Oleh itu, memahami keadaan pasaran semasa boleh membantu pelabur menentukan sama ada masa tersebut sesuai untuk menyertai sesuatu IPO.

Adakah IPO Sentiasa Memberikan Keuntungan?

Ini merupakan salah satu salah faham yang paling biasa dalam kalangan pelabur baharu. Walaupun banyak IPO di Bursa Malaysia pernah mencatat keuntungan pada hari pertama dagangan, tiada jaminan bahawa semua IPO akan memberikan pulangan yang sama.

Prestasi sesuatu IPO bergantung kepada pelbagai faktor seperti:

  • kualiti syarikat,
  • penilaian harga,
  • keadaan pasaran,
  • prospek industri,
  • dan sentimen pelabur.

Oleh itu, elakkan menganggap IPO sebagai “pelaburan tanpa risiko”. Setiap keputusan tetap perlu dibuat berdasarkan analisis dan bukan semata-mata kerana berharap kepada keuntungan segera.

Contoh Situasi

Bayangkan terdapat dua IPO yang ditawarkan pada masa yang sama.

Syarikat A menggunakan sebahagian besar dana IPO untuk membina kilang baharu, meningkatkan kapasiti pengeluaran dan mengembangkan pasaran ke luar negara. Prestasi kewangannya juga menunjukkan pertumbuhan hasil dan keuntungan yang konsisten.

Syarikat B pula menggunakan sebahagian besar dana IPO untuk mengurangkan hutang sedia ada. Dalam masa yang sama, keuntungan syarikat tidak menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan.

Walaupun kedua-duanya menawarkan harga IPO yang menarik, ramai pelabur mungkin lebih cenderung memilih Syarikat A kerana penggunaan modal tersebut lebih berpotensi menyumbang kepada pertumbuhan masa hadapan.

IPO Patuh Syariah

Bagi pelabur Muslim, satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialah status patuh Syariah.

Status rasmi sesuatu syarikat sebagai sekuriti patuh Syariah ditentukan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia melalui semakan berkala yang lazimnya dibuat pada bulan Mei dan November setiap tahun. Oleh itu, pelabur yang mengutamakan pelaburan patuh Syariah disarankan menyemak status terkini sebelum membuat keputusan pelaburan.

Kesimpulan

IPO sememangnya menawarkan peluang kepada pelabur untuk menjadi antara pemegang saham terawal sesebuah syarikat. Dalam keadaan tertentu, ia juga boleh memberikan pulangan yang menarik, terutamanya jika syarikat mempunyai asas perniagaan yang kukuh dan disenaraikan ketika sentimen pasaran positif.

Namun begitu, kejayaan dalam melabur IPO bukan bergantung kepada nasib atau sekadar mengikuti trend. Pelabur yang bijak akan meluangkan masa membaca prospektus, memahami model perniagaan, menilai kedudukan kewangan syarikat, melihat prospek industri serta memahami bagaimana dana IPO akan digunakan.

Akhir sekali, jangan jadikan IPO sebagai tiket untuk mencari keuntungan segera. Jadikan ia sebagai satu lagi peluang pelaburan yang perlu dinilai dengan teliti seperti mana anda menilai mana-mana saham lain. Apabila keputusan dibuat berdasarkan ilmu dan analisis, peluang untuk membina portfolio yang berkualiti dalam jangka panjang akan menjadi lebih baik.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!