Cara Jana Wang Dengan Pasaran FCPO

Pasaran FCPO adalah pasaran dua hala di Bursa Malaysia Derivatives (BMD). Pasaran ini telah lama wujud sejak 30 tahun yang lalu. Pasaran FCPO adalah perdagangan berasaskan komoditi minyak kelapa sawit. Harga minyak kelapa sawit di BMD menjadi rujukan kepada harga semasa dunia. Selain FCPO, Bursa Malaysia Derivatives mempunyai produk futures yang lain seperti indek KLCI, Gold, Silver dan sebagainya.

Untuk mula berdagang anda perlu membuka akaun futures dengan mana-mana broker yang berdaftar. Pendaftaran akaun akan mengambil masa 1-3 minggu proses untuk aktif. Ramai yang beranggapan akaun CDS boleh digunakan untuk berdagang produk futures. Akaun CDS tidak boleh digunakan untuk berdagang FCPO. Hal ini kerana CDS hanya untuk pelaburan saham manakala FCPO adalah produk berasaskan komoditi dan ia didagangkan dalam bentuk kontrak bukan pegangan saham syarikat.

Pasaran FCPO tidak seperti pasaran saham. Untuk berdagang FCPO, anda perlu mendeposit modal pelaburan mengikut garis panduan oleh BMD. Pada masa ini, BMD meletakan margin untuk trade 1 lot FCPO adalah RM11,000 dan half margin adalah RM5500. Selepas akaun FCPO anda siap, anda perlu mendeposit sejumlah wang untuk memulakan perdagangan. Untuk mendapatkan half margin selalunya anda perlu mengisi borang permohonan untuk mendapatkannya.

Bagaimana anda boleh menjana wang dengan pasaran FCPO adalah dengan meletakan target 10 ticks setiap hari. Kenapa 10 ticks? Untuk mendapat 10 ticks dalam sehari adalah satu target yang sangat logik untuk dicapai. Apabila anda berjaya mendapat 10 ticks sehari pendapatan kasar anda adalah RM250 sehari. Ini bersamaan RM5000 dalam tempoh 20 hari berdagang.

Apa yang lebih menarik, anda boleh mendapat 10 ticks dalam tempoh 5 minit sahaja. Hal ini kerana pergerakan harga FCPO yang sangat volatile. Pergerakan harga yang laju memudahkan pedagang menjana keuntungan. Tetapi harus diingatkan pergerakan harga yang laju juga boleh menyebabkan anda kerugian RM250 dalam masa 5 minit. Amalan pengurusan risiko yang ketat sangat penting dalam perdagangan FCPO.

Kecairan pasaran FCPO setanding pasaran Forex dan CFD dan pasaran juga dibuka pada waktu malam. FCPO lebih menjadi pilihan berbanding saham bagi pedagang sepenuh masa. Hal ini kerana setiap pedagang boleh in-out dalam masa yang singkat dan boleh menghasilkan volume perdagangan yang tinggi.

Untuk pengetahuan anda, seorang pedagang professional dalam pasaran FCPO boleh mencapai keuntungan jutaan ringgit dalam tempoh sebulan. Pasaran FCPO merupakan lubuk yang sangat lumayan. Selain itu, pasaran ini juga melibatkan pihak pengeluar minyak sawit seperti FGV, KLK dan Sime Darby. Mereka mengakses pasaran FCPO untuk mengawal risiko barang fizikal mereka. Banyak lagi ilmu FCPO yang saya akan kongsikan kepada anda dalam artikal akan datang.

Baca juga:

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

Previous ArticleNext Article

3 Tips Untuk Kekal Survive Dalam Pasaran FCPO

Dalam perdagangan FCPO, ramai pelabur baru yang trauma dengan margin call kerana baki akaun sudah tidak mencukupi untuk meneruskan perdagangan. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Margin call terjadi apabila pelabur salah membuat percaturan dalam trading plan dan harga bergerak melawan arus dengan trading plan. Maka, pelabur terpaksa menerima kerugian dan apabila kerugian semakin besar sehingga melebihi had yang ditetapkan oleh pihak broker, pelabur akan dikenakan margin call untuk menutup posisi dan menerima kerugian.

Pasaran FCPO adalah satu pasaran yang berisiko tinggi. High risk High Return, jika anda boleh untung RM1,000 dalam sehari, anda juga boleh rugi RM1,000 dalam sehari.

Gambar di atas menunjukkan produk-produk yang ada di Bursa Malaysia. Bermula dari paling kiri low risk sehingga yang paling kanan high risk. FCPO adalah salah satu produk derivatives. Oleh itu, FCPO dikategorikan dalam high risk instrument.

Oleh itu, ilmu yang mantap dan pemahaman dalam analisis teknikal mesti dikuasai supaya anda tidak menerima kerugian yang besar. Namun begitu, masih terdapat sinar bagaimana untuk anda kekal konsisten dan survive dalam pasaran yang penuh cabaran dan risiko ini.

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk anda kekal survive dalam pasaran FCPO.

1. Modal Yang Mencukupi

Ramai pelabur baru yang tidak dapat survive dalam pasaran kerana tidak faham mengenai risk and money management. Pengurusan kewangan yang betul sangat penting untuk memastikan anda kekal survive dalam pasaran. Pada tahun 2022, margin pelaburan FCPO telah dinaikkan sebanyak 2 kali dari RM5,500 kepada RM7,000. Dari RM7,000 ke RM11,000. Ini yang menyebabkan ramai pelabur terciduk kerana modal pelaburan dinaikkan dengan begitu ketara.

Oleh itu, bagaimana cara yang betul untuk kita menguruskan modal pelaburan untuk FCPO? Untuk memudahkan anda menguruskan modal pelaburan, anda mestilah tidak merisikokan modal pelaburan melebihi 50%.

Sebagai contoh :

Margin FCPO : RM11,000

RM11,000 / 50% (risk exposure) = RM22,000

Mengikut kiraan di atas, modal ideal yang sepatutnya pelabur sediakan adalah mesti lebih dari RM22,000 untuk memastikan anda tidak sentiasa dedahkan modal pelaburan melebihi 50%.

Majoriti pelabur baru tidak mampu untuk sediakan modal pelaburan yang ideal. Oleh itu, ia akan menyukarkan pengurusan modal seterusnya pelabur akan cenderung kepada margin call.

2. Sentiasa Gunakan Stoploss

Stoploss adalah alat yang sangat penting dalam menjaga dan melindungi modal pelaburan kita. Penggunaan stoploss dalam setiap trading plan membantu untuk kita kekal fokus. Ramai pelabur baru yang tidak menggunakan stoploss kecundang kerana margin call.

Pasaran FCPO bergerak sangat laju dan dalam range yang besar. Pergerakan dalam sehari boleh mencecah 300 ticks bersamaan RM7,500. Jika kita berada dalam pergerakan besar seperti ini, stoploss membantu untuk kita kekal survive dalam pasaran. Jika tidak menggunakan stoploss, potensi kerugian RM7,500 dalam tempoh sehari dapat dielakkan.

3. SOP Entry

Untuk menjadi seorang pelabur yang berjaya, disiplin adalah kuncinya. Disiplin dalam mengawal emosi dan juga disiplin dalam mengamalkan SOP trading kita. Dalam apa juga pasaran pastikan anda mempunyai satu setup yang jelas dan terbukti berkesan. Sebelum mengambil apa-apa posisi dalam pasaran, pastikan setup yang anda gunakan muncul terlebih dahulu. Masalahnya, ramai pelabur di luar sana tidak mempunyai kesabaran dalam menunggu setup. Trading is waiting game.

Jika kita menjaga SOP entry ini, kecenderungan kita dalam melakukan kesilapan akan berkurang. Oleh itu, ia dapat meningkatkan potensi kita untuk kekal survive dalam pasaran FCPO.

Selamat berdagang!!

Baca juga:

Dapatkan Panduan Lengkap Melabur Waran

Murahnya waran sehingga kita boleh beli banyak unit berbanding beli seunit saham. Tapi macam mana nak buat duit dengan waran?

Semuanya kami akan kongsikan dalam ebook akan datang ‘Waran 101’ khas untuk mereka yang nak dalami teknik melabur waran.