Malaysia Raih Pelaburan BRICS RM8.54 Bilion Pada Suku Pertama 2025 – MITI

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) — Malaysia terus meraih minat dan keyakinan pelabur negara-negara perhimpunan BRICS dengan jumlah pelaburan diluluskan mencecah RM8.54 bilion bagi tempoh suku pertama 2025.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata data berdasarkan sumber muktamad menunjukkan pelaburan itu kebanyakannya disumbangkan oleh China, India, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Afrika Selatan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM8.23 bilion atau 96.37 peratus merupakan pelaburan dalam sektor perkilangan manakala RM0.27 bilion atau 3.63 peratus adalah pelaburan dalam sektor perkhidmatan.

“Pelaburan diluluskan bagi tempoh Januari hingga Mac 2025 ini dijangka mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 3,990 dalam sektor perkilangan dan 2,837 bagi sektor perkhidmatan,” katanya menerusi jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Rabu.

Kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) mengenai jumlah sebenar pulangan pelaburan antarabangsa ke dalam negara selepas Malaysia menyertai blok BRICS pada awal 2025.

MITI juga menyifatkan pelaburan itu turut memperkukuh keyakinan pelabur terhadap Malaysia selain menunjukkan potensi besar dalam sektor strategik seperti teknologi hijau, ekonomi digital dan infrastruktur.

“Penyertaan Malaysia dalam BRICS turut memberi nilai tambah dari segi pengiktirafan terhadap peranan kita sebagai negara progresif dan berprinsip.

“Ini membuka pintu kepada pasaran baharu, memperkukuh interaksi dengan kuasa ekonomi utama di selatan global serta mengangkatkan pendirian Malaysia dalam memperjuangkan sistem kewangan dan perdagangan global lebih adil dan seimbang,” katanya.

MITI berkata walaupun data dibentangkan itu berasaskan sumber muktamad dan bukan sumber rasmi, ini tetap dilihat sebagai petanda positif bahawa status Malaysia sebagai negara rakan BRICS akan membawa manfaat ekonomi yang signifikan, khususnya dalam bentuk pelaburan baharu, penciptaan pekerjaan dan sokongan terhadap pertumbuhan jangka panjang.

Malaysia sebelum ini telah menjalin hubungan perdagangan dan pelaburan yang kukuh dengan negara-negara anggota BRICS, khususnya China dan India, sebelum diterima secara rasmi sebagai negara rakan blok itu pada awal 2025.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Senarai Terkini Saham Patuh Syariah (Kemas Kini Mei 2026)

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) baru saja mengeluarkan senarai kemas kini sekuriti patuh Syariah yang berkuatkuasa 29 Mei 2026. Aktiviti ini pada kebiasaannya akan dijalankan pada bulan Mei dan November setiap tahun.

Ada beberapa nama-nama besar yang kini dah tak patuh syariah.

Senarai Terkini Saham Patuh Syariah

Jom kita tengok syarikat-syarikat yang baru masuk dalam senarai saham patuh syariah pada bulan Mei 2026.

Ada sebanyak 44 syarikat kini dah patuh syariah, termasuklah beberapa IPO yang baru seperti Empire Premium Food Bhd dan EI Power Bhd.

Berikut pula merupakan saham-saham yang terkeluar daripada senarai patuh syariah yang terkini. Contohnya Azam Jaya Bhd dan Malayan Flour Mills Bhd.

886 Atau 81% Saham Di Bursa Malaysia Adalah Patuh Syariah, Meningkat Sedikit Daripada November 2025 Lalu.

PENTING! Apa nak buat kalau saham yang kita beli sebelum ini patuh Syariah, tapi bukan lagi patuh Syariah?

1. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Melebihi Pelaburan Pokok

2. Saham Patuh Syariah Jadi Tidak Patuh Syariah, Harga Kurang Daripada Pelaburan Pokok

Macam Mana Nak Kenal Saham Patuh Syariah?

Baca dulu: Tutorial Buka Akaun Online Dengan Webull, Dapat Antara Caj Terendah Di Pasaran

Selain daripada merujuk di laman web Suruhanjaya Sekuriti, kita juga boleh tengok di trading platform dan akan ada simbol yang membezakannya dengan saham-saham syarikat yang tidak patuh syariah.

Contohnya ada simbol ‘[S]’ atau simbol bulat kecil [°] di sebelah nama saham.

Sumber rujukan: Suruhanjaya Sekuriti