Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

“Kalau kau fikir Trump tu bodoh, kau silap besar.”

Trump bukan ahli politik biasa. Dia ahli perniagaan. Apa yang dia buat ada kira-kira, ada kira untung rugi. Bila dia baru umum nak kenakan tarif ke atas import, belum buat pun lagi, satu dunia dah panik. Pasaran saham jatuh macam tiada brek.

Index S&P 500, Nasdaq semua merah menyala. Media global pun mula siarkan headline “Market crash ahead?”, pelabur pun gelabah tak tentu arah. Yang ada saham mahal, jual cepat-cepat sebab takut jatuh lebih teruk. Siapa beli waktu itu? Nah, mestilah geng-geng (circle) dia juga! Yang memang tunggu waktu panik nak sauk saham-saham gergasi pada harga diskaun.

Dan lepas semua dah panik menjual (panic sell), Trump pun buat hal kedua dia, tweet suruh orang jual. Andakah anda rasa itu kebetulan?

Fed Pun Mula Panas Punggung

Gambar: CNBC

Pasaran jatuh, ekonomi nampak macam nak meleset. Bank Pusat Amerika Syarikat atau Federal Reserve (Fed) mula tertekan. Mula ada suara-suara nak turunkan kadar faedah. Logiknya; bila kadar faedah rendah, bayaran hutang negara pun ringan. Kebetulan? Atau memang dah dirancang dari awal?

Yang Untung Siapa, Yang Rugi Siapa?

Geng-geng Trump senyum lebar. Saham gergasi dalam tangan dengan harga separuh daripada biasa. Bila pasaran naik semula, mereka untung berjuta. Yang rugi? Pelabur-pelabur runcit yang baru belajar melabur tapi masih takut buka akaun CDS. Bila tengok pasaran jatuh, tak tahu nak beli, tak tahu nak bertindak.

Yang melopong? Kita-kita juga. Yang hanya jadi pemerhati pasaran. Nak beli saham pun akaun CDS pun tiada lagi. Tapi sibuk komen “saham menakutkan”. Kelakar tak?

CDS Itu Apa?

Akaun CDS (Central Depository System) ini ibarat ‘akaun simpan saham’. Nak beli saham di Bursa Malaysia, wajib ada CDS. Tanpa CDS, boleh tengok sahaja saham jatuh. Nak sauk masa diskaun pun tak boleh.

Buka CDS ini tak susah pun. Boleh buat online dekat Bursa Anywhere, atau guna aplikasi broker macam CGS, Webull dan lain-lain. Tak perlu tunggu ‘ada duit banyak’ baru nak buka. Sediakan dulu sebab peluang boleh datang bila-bila masa. Yang penting pilih yang patuh syariah macam dua broker di bawah ini.

Tutorial mudah dan percuma untuk buka CDS: Klik Sini Untuk Tutorial

Kalau nak buka dengan Webull (broker digital antarabangsa) pun boleh: Baca sini

Perkembangan Terkini: US & China Dah U-Turn

Sumber: BBC

Pada 12 Mei 2025,  “surprise, surprise!” berita keluar: US dan China setuju untuk kurangkan tarif masing-masing. Pasaran terus mencanak naik. Indeks melonjak, saham-saham teknologi, logistik, dan komoditi naik berganda. Yang panik jual hari itu, tepuk dahi. Yang sabar dan ada akaun pelaburan, sekarang tengah kira untung.

Siapa Sebenarnya Yang Kena ‘Game’?

Jadi sekarang, cuba renung sejenak. Siapa sebenarnya yang bijak dalam permainan ini?

Adakah Donald Trump, yang hanya mengumumkan tarif tanpa melaksanakannya tetapi berjaya menggoncang pasaran dunia dan memaksa institusi kewangan utama bertindak balas?

Atau para netizen seperti kita, yang masih leka dengan media sosial tetapi belum mengambil langkah asas seperti membuka akaun CDS?

Apabila pasaran jatuh, mereka yang bersedia akan melihat peluang. Mereka yang tidak bersedia pula hanya mampu melihat dari tepi, atau lebih malang lagi, membuat keputusan panik yang membawa kepada kerugian.

Kalau benar ada niat untuk mula melabur, mulakanlah dengan membuka akaun CDS. Ini bukan soal menjadi kaya dalam sehari, tetapi tentang menyediakan tempat berpijak agar tidak tercicir bila peluang muncul.

Dan bila berlaku kekecohan dalam ekonomi, jangan cepat menuding jari menyalahkan orang lain kerana kadang-kadang yang paling lama tunggu tapi tak pernah mula itu sebenarnya diri sendiri.

Dalam dunia pelaburan, mereka yang buat persediaan akan sentiasa selangkah di hadapan. Yang masih menunggu dan ragu-ragu, hanya akan jadi penonton dalam cerita untung orang lain.

Rebut Peluang Belajar Melabur Saham Di Pasaran Saham Amerika Syarikat

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk mula melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street hari ini!

Previous ArticleNext Article

Pelaburan Automotif Di Kulim: Lebih 5,000 Porsche Cayenne Dipasang, Apa Manfaatnya Kepada Ekonomi Malaysia?

Bila dengar cerita Porsche Cayenne dipasang di Kulim, mesti ada yang terus terfikir, “Eh, Porsche pun pasang dekat Malaysia?”

Apabila kita bercakap tentang pelaburan asing, perkara pertama yang sering terlintas ialah jumlah modal yang dibawa masuk ke Malaysia.

Namun, pelaburan berkualiti bukan sekadar tentang berapa bilion ringgit yang dilaburkan. Persoalan yang lebih penting ialah: Apa yang Malaysia dapat dalam jangka panjang?

Adakah pelaburan tersebut mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi? Adakah syarikat tempatan mendapat peluang menjadi vendor? Adakah teknologi dan kepakaran baharu dapat dipindahkan kepada tenaga kerja tempatan?

Lawatan teknikal Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, ke fasiliti Inokom di Kulim pada 14 September 2026 memberikan gambaran tentang bagaimana pelaburan dalam sektor automotif boleh menyumbang kepada pembangunan keupayaan industri tempatan.

Inokom Kulim: Hab pemasangan automotif bernilai strategik

Menurut Kementerian Kewangan, Inokom mengendalikan sebuah hab pemasangan automotif seluas 200 ekar di Kulim, Kedah.

Fasiliti ini kini menghimpunkan 7 jenama dan 29 model kenderaan, dengan jumlah lebih 530,000 unit kenderaan telah dipasang sejak mula beroperasi.

Selain memenuhi permintaan pasaran tempatan, operasi Inokom turut mempunyai orientasi eksport, dengan kadar eksport mencecah 20%.

Angka ini menunjukkan bahawa aktiviti pemasangan kenderaan di Malaysia bukan semata-mata untuk pasaran domestik. Ia juga berpotensi menjadi sebahagian daripada rangkaian pengeluaran automotif antarabangsa.

Porsche di Kulim: Daripada pemasangan kepada pemindahan kepakaran

Antara fasiliti yang menjadi tumpuan lawatan ialah kilang pemasangan Porsche, yang merupakan fasiliti pemasangan pertama Porsche di luar Eropah.

Fasiliti ini dilancarkan pada 2022 dan diperluas kepada keluasan 11,000 meter persegi pada 2024 bagi menyokong pemasangan model Porsche Cayenne S E-Hybrid Coupé.

Menurut Kementerian Kewangan, sehingga Mac 2026, lebih 5,000 unit model tersebut telah dipasang di Kulim.

Persoalannya, apakah nilai sebenar di sebalik angka 5,000 unit ini?

Dalam industri automotif, pemasangan kenderaan berjenama premium memerlukan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran teknikal, kawalan kualiti, kejuruteraan proses dan pemahaman terhadap piawaian pengeluaran global.

Ini bermakna manfaat pelaburan tidak semestinya terhad kepada nilai kenderaan yang dihasilkan. Ia juga boleh merangkumi pembangunan kemahiran, pengalaman operasi dan keupayaan tenaga kerja tempatan untuk mengendalikan proses pengeluaran yang lebih kompleks.

100% tenaga kerja rakyat Malaysia

Satu lagi perkara yang diketengahkan dalam lawatan tersebut ialah tenaga kerja Inokom yang terdiri daripada 100% rakyat Malaysia.

Kementerian Kewangan turut berkongsi kisah Eisqil Yuliana, yang memulakan kerjaya melalui program PROTÉGÉ Sime pada 2019 sebelum menyertai Inokom sebagai jurutera proses.

Beliau kini mengetuai bahagian Kejuruteraan di Porsche Production Plant.

Kisah ini menggambarkan salah satu aspek penting pelaburan berkualiti, iaitu pembangunan bakat tempatan.

Pelaburan asing yang disertai peluang latihan, pengalaman teknikal dan laluan kerjaya boleh membantu meningkatkan keupayaan tenaga kerja Malaysia. Dalam jangka panjang, kemahiran ini berpotensi digunakan bukan sahaja dalam satu kilang, tetapi juga dalam keseluruhan ekosistem industri automotif.

Namun, untuk menilai kesan sebenar kepada pasaran buruh, data seperti jumlah pekerjaan berkemahiran tinggi, pertumbuhan gaji, peluang kenaikan pangkat dan jumlah tenaga kerja yang menerima latihan khusus juga perlu dilihat.

RM3 bilion kepada vendor tempatan

Pelaburan dalam sektor automotif turut memberi kesan kepada syarikat-syarikat yang berada di luar kawasan kilang.

Menurut Kementerian Kewangan, kira-kira RM3 bilion telah disumbangkan kepada vendor tempatan, merangkumi komponen, logistik dan pelbagai perkhidmatan sokongan.

Inilah antara aspek penting dalam konsep kesan pengganda ekonomi.

Sebuah kilang automotif bukan hanya memerlukan pekerja di barisan pemasangan. Ia juga memerlukan pembekal komponen, syarikat logistik, perkhidmatan penyelenggaraan, pengurusan gudang, kawalan kualiti dan pelbagai perkhidmatan sokongan yang lain.

Apabila lebih banyak perolehan disalurkan kepada syarikat tempatan, peluang untuk perusahaan kecil dan sederhana berkembang turut terbuka.

Bagaimanapun, nilai RM3 bilion tersebut perlu difahami mengikut skopnya. Ia merujuk kepada sumbangan kepada vendor tempatan yang dinyatakan oleh kementerian, dan tidak semestinya sama dengan nilai tambah bersih kepada ekonomi Malaysia atau keuntungan yang diperoleh oleh vendor.

Mengapa pemindahan teknologi penting?

Malaysia telah lama terlibat dalam industri pemasangan automotif. Tetapi cabaran utama adalah bagaimana untuk bergerak daripada aktiviti pemasangan kepada aktiviti yang mempunyai nilai tambah lebih tinggi.

Dalam konteks ini, pelaburan berkualiti boleh dinilai melalui beberapa persoalan:

  1. Adakah syarikat tempatan mendapat peluang membekalkan komponen bernilai tinggi?
  2. Adakah tenaga kerja Malaysia menguasai teknologi dan proses pengeluaran baharu?
  3. Adakah lebih banyak aktiviti kejuruteraan, reka bentuk dan penyelidikan boleh dibangunkan di Malaysia?
  4. Adakah vendor tempatan mampu memenuhi piawaian pengeluar antarabangsa?
  5. Adakah syarikat tempatan berpeluang berkembang daripada pembekal biasa kepada pembekal strategik dalam rantaian bekalan global?

Semakin banyak aktiviti bernilai tinggi dapat dijalankan di Malaysia, semakin besar potensi pelaburan tersebut untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing industri tempatan.

GEAR-uP dan pendekatan capital-to-capabilities

Kementerian Kewangan mengaitkan perkembangan ekosistem Inokom dengan pendekatan capital-to-capabilities melalui program GEAR-uP di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

Secara asasnya, pendekatan ini menekankan bahawa modal dan pelaburan perlu digunakan untuk membina keupayaan negara.

Ini termasuk memperkukuh sektor strategik, meningkatkan kemahiran tenaga kerja, memindahkan pengetahuan dan membuka peluang kepada syarikat tempatan untuk naik ke rantaian nilai.

Dalam sektor automotif, matlamatnya bukan sekadar menghasilkan lebih banyak kenderaan. Ia juga berkaitan dengan keupayaan untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang lebih kompleks, meningkatkan standard industri serta membina syarikat tempatan yang lebih berdaya saing.

Apa yang perlu diperhatikan selepas ini?

Perkembangan Inokom di Kulim menunjukkan bagaimana pelaburan automotif boleh dikaitkan dengan pekerjaan, vendor tempatan dan keupayaan industri.

Namun, untuk mengukur kejayaan pelaburan secara menyeluruh, beberapa indikator penting perlu dipantau dari semasa ke semasa:

  • Nilai tambah domestik: Berapa banyak nilai ekonomi yang benar-benar dihasilkan di Malaysia?
  • Kandungan tempatan: Berapa besar bahagian komponen dan perkhidmatan yang diperoleh daripada vendor tempatan?
  • Produktiviti pekerja: Adakah kemahiran dan produktiviti tenaga kerja meningkat?
  • Gaji dan kerjaya: Adakah pekerjaan yang diwujudkan menawarkan pendapatan serta laluan kerjaya yang lebih baik?
  • Keupayaan vendor: Adakah syarikat tempatan berjaya memasuki rantaian bekalan global?
  • Aktiviti bernilai tinggi: Adakah Malaysia semakin terlibat dalam kejuruteraan, pembangunan teknologi dan penyelidikan automotif?

Kesemua indikator ini membantu membezakan antara pelaburan yang sekadar menambah kapasiti pengeluaran dengan pelaburan yang turut membina asas ekonomi untuk jangka panjang.

Pelaburan bukan sekadar angka modal

Daripada fasiliti pemasangan Porsche di Kulim kepada vendor tempatan dan tenaga kerja Malaysia, kesan sesuatu pelaburan perlu dilihat secara lebih luas.

Jumlah unit yang dipasang, nilai pelaburan dan kadar eksport memang penting. Tetapi nilai strategiknya juga terletak pada keupayaan untuk membangunkan bakat, memperkukuh syarikat tempatan dan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai global.

Kerana pada akhirnya, pelaburan yang memberi kesan jangka panjang bukan sekadar membina kilang. Ia membina kemahiran, syarikat, teknologi dan peluang ekonomi untuk generasi seterusnya.