5 Perkara Dalam Maqasid Syariah Yang Perlu Kita Tahu Dan Lindungi

Maqasid syariah penting dalam kehidupan setiap manusia di mana ianya adalah pertimbangan sesuatu perkara demi untuk menjamin kemaslahatan dan menolak keburukan. 

Terdapat 5 perkara penting dalam Maqasid Syariah yang perlu kita tahu dan lindungi. Tapi sebelum itu, mari ketahui apakah yang dimaksudkan dengan Maqasid Syariah ini terlebih dahulu.

Maksud Maqasid Syariah

Daripada segi bahasa, ia merupakan perkataan yang telah dijamakkan iaitu maqsad dan juga syariah. Maqsad bermaksud punca, sasaran, pegangan, kelurusan, keadilan dan kesederhanaan.

Manakala Syariah daripada sudut syara’ pula bermaksud sumber air yang tidak pernah putus dan terus mengalir.

Daripada segi istilah pula, maqasid syariah bermaksud segala yang Allah SWT turunkan kepada umat manusia melalui Rasulullah SAW. Antara perkara yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada manusia adalah melindungi 5 perkara ini sepanjang kita hidup di atas muka bumi ini.

1. Agama

Maqasid syariah menegaskan bahawa agama adalah perkara utama yang perlu dijaga tak kira apapun yang berlaku. Walaupun melibatkan apa jua perkara, agama tetap menjadi keutamaan yang paling tinggi yang harus kita ambil peduli.

Selaras dengan kandungan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan telah ditetapkan sejak dulu lagi. Agama-agama lain juga boleh diamalkan dengan baik secara aman dan harmoni.

2. Nyawa

Pastinya kita semua akan menjaga diri sendiri, namun secara tak sedar banyak risiko yang mungkin berlaku pada diri dan keluarga kita sepanjang hari. Sama ada di tempat kerja, di rumah atau di luar sekalipun.

Demi menjaga kemaslahatan ini, pelbagai produk takaful telah disediakan.

3. Akal

This image has an empty alt attribute; its file name is pexels-pok-rie-683833-700x466.jpg

Menjaga intelek atau akal adalah penting bagi setiap manusia. Dengan melindungi maqasid syariah daripada segi intelek, barulah ilmu dan teknologi dapat dikembangkan lagi.

Faedahnya adalah supaya semua orang mampu untuk belajar dan seterusnya dapat berkhidmat untuk agama dan negara.

4. Harta

Menjaga harta melibatkan ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan negara. Kes-kes riba, penyelewengan, rasuah dan penipuan perlu dibendung.

Begitu juga di dalam institusi keluarga yang melibatkan pembahagian harta pusaka dan sebagainya.

5. Keturunan

Zuriat juga merupakan salah satu perkara yang perlu dilindungi dalam Maqasid Syariah. Ya, anak-anak adalah keturunan kita yang akan memanfaatkan kita kelak.

Oleh itu, penting untuk kita membentuk pewarisan yang akan memimpin agama dan negara tercinta kita selepas ketiadaan kita nanti.

Itulah dia 5 Prinsip Maqasid Syariah yang perlu kita tahu dan lindungi pada setiap masa.

Sumber Rujukan: JAKIM

Kredit Gambar: JAKIM

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malaysia Cadang Perluas Pengiktirafan Sijil Halal JAKIM Ke Lebih Banyak Negara — Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) — Malaysia bercadang untuk memperluaskan pengiktirafan sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke lebih banyak negara menerusi kerjasama diplomasi Halal.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setakat ini di peringkat global terdapat 88 buah negara yang telah mengiktiraf sijil Halal JAKIM.

Beliau berkata terdapat juga cadangan daripada beberapa negara-negara untuk menempatkan kilang mereka di Malaysia bagi memperoleh sijil Halal JAKIM dan kemudiannya mengeksport produk mereka ke seluruh dunia.

“Ini akan memberikan lebih keuntungan kepada Malaysia dari segi penambahan nilai eksport, peluang pekerjaan dan pemindahan teknologi daripada syarikat terbabit.

“Terdapat negara-negara yang masih mahukan sijil (Halal) JAKIM, jadi kita menjemput syarikat-syarikat itu untuk membuat pelaburan di Malaysia,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Perniagaan Halal Sedunia (WHBC) 2024 di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata semasa kunjungan beliau ke China baru-baru ini hasil daripada perbincangan meja bulat dengan syarikat-syarikat terdapat permintaan untuk menggunakan logo (Halal) JAKIM sebagai lambang untuk pasaran antarabangsa kerana ia diterima dan dipercayai di seluruh dunia.

“Jadi, Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) perlu berkerjasama dengan JAKIM dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) supaya syarikat-syarikat itu diberikan kemudahan untuk melabur di sini dan mengambil pekerja tempatan menjadi ahli profesional serta teknikal bagi pengeluaran produk berkenaan.

“Saya juga telah mengkoordinasikan dengan kerajaan negeri supaya menyediakan tanah untuk dibeli atau disewa bagi pembinaan kilang,” katanya.

WHBC 2024 yang diadakan bersempena dengan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 adalah untuk memupuk dialog dan kerjasama yang akan memacu inovasi dan pertumbuhan dalam ekonomi Halal yang semakin berkembang.  

Pengerusi HDC Khairul Azwan Harun berkata persidangan itu bertujuan untuk mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju pemikiran dalam industri Halal dan mempercepatkan kerjasama yang memberi impak dalam kalangan pemegang kepentingan Halal.

“Kami menjangkakan pertukaran idea dan strategi yang dinamik dengan lebih 500 tetamu terhormat, termasuk duta, pegawai kerajaan, pemimpin perniagaan, persatuan perdagangan dan wakil akademik,” katanya dalam ucapan beliau pada WHBC.

— BERNAMA