LONDON, 18 Sept (Bernama) — Kewangan Islam era moden mula bertapak di Malaysia pada 1963 dengan penubuhan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (kini dikenali sebagai Lembaga Tabung Haji), yang merupakan pusat kepada transformasi sistem kewangan berasaskan Syariah di Malaysia.
Sejak itu, Malaysia telah melalui pelbagai fasa pembangunan dan pengembangan ekosistem kewangan Islam berikutan peningkatan kesedaran dalam kalangan umat Islam di Malaysia dan global pada era 1970-an untuk menyepadukan nilai dan tradisi Islam ke dalam kehidupan seharian mereka, termasuk aspek kewangan.
Dari awal 1980-an sehingga hari ini, Malaysia menyaksikan penubuhan bank Islam pertamanya, Bank Islam Malaysia Bhd (1983), pengendali takaful pertama, Syarikat Takaful Malaysia Bhd (1984), penerbitan sukuk pertama (sukuk Shell MDS pada 1990) serta penggubalan Akta Perbankan Islam 1983, Akta Pelaburan Kerajaan 1983 dan Akta Takaful 1984 untuk memudahkan operasi kewangan Islam.
Usaha diteruskan dengan pengenalan Garis Panduan Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah bagi Institusi Kewangan Islam oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Pelan Induk Sektor Kewangan 2001-2010, serta penubuhan Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) dan Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA) sepanjang era milenium.
Kewangan Islam diterima secara meluas
Walaupun kewangan Islam kini diterima secara meluas di Malaysia dan di negara lain, Pengerusi Majlis Kepimpinan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) Tan Sri Azman Mokhtar berkata banyak lagi yang perlu dilakukan selain daripada pematuhan syariah.
Bercakap kepada BERNAMA selepas Forum Perniagaan MIFC-United Kingdom (UK) di sini, minggu lepas, Azman berkata antara isu utama yang dihadapi masyarakat ialah akses kepada pembiayaan, ketidaksamaan ekonomi, pemerkasaan kewangan, kemampanan iaitu perubahan iklim, kemanusiaan, standard buruh, penghijrahan dan pelarian.
Beliau berkata kewangan Islam boleh menangani isu ini secara berkesan sekiranya dilakukan dengan betul.
“Alhamdulillah, (penerimaan kewangan Islam dan penubuhan sistem pematuhan Syariah) telah membawa kita ke tahap ini tetapi masih belum mencukupi untuk membawa kita melangkaui daripadanya iaitu laluan masa depan bagi ekosistem kewangan Islam. Dunia sendiri sedang bergelut dan isu-isu ini bersifat universal; ia bukan hanya isu yang dikaitkan dengan orang Islam semata-mata.
“Apa yang kita lihat hari ini (di forum perniagaan minggu lepas), antara lain, ialah kerjasama antarabangsa. Islam sepatutnya untuk semua umat manusia. Walaupun UK, sebagai contoh, mempunyai banyak kekuatan, mereka juga mencari idea, dan sejujurnya, bentuk hala tuju etika dalam Islam mempunyai kelebihan besar,” katanya.
Menggunakan Keluk-S (S-Curve) sebagai rujukan, bekas ketua Khazanah itu berkata perubahan tidak mengikut garisan lurus dan dalam persekitaran yang dinamik, apabila Keluk-S mula mendaki, ia biasanya bermaksud permulaan kepada penurunan.
“Sebelum kita menurun, yang kita rasa akan berlaku sekarang, kita perlu melihat bahagian kedua Keluk-S, iaitu tentang masa depan. Jadi dalam bahasa laporan kami (Kertas Akademik), kami membicarakan tentang keperluan untuk Islah, iaitu pembaharuan dan pemulihan.
Bersiap sedia untuk masa depan
Merujuk kepada Keluk-S sebagai Keluk Islah, Azman berkata keluk seterusnya untuk kewangan Islam mesti berusaha untuk mewujudkan sistem yang lebih dipacu Syariah, keputusan dan impak berlandaskan Syariah yang lebih mengikut kepada prinsip Maqasid Al-Syariah dan konsep berkaitan, termasuk beralih daripada ekosistem halal kepada ekosistem halalan toyyiban.
“Justeru, kami (MLC) menekankan tujuh prinsip perubahan dalam Kertas Akademik itu dan kami mengambil pendekatan pragmatik dan bukannya pendekatan keras. Kita semua tahu riba adalah haram tetapi apa yang akan kita lakukan mengenainya? Walaupun penting untuk bersikap pragmatik, kita juga tahu hujah teknikal darurah (darurat) dan maslahah (kepentingan awam),” katanya.
Di bawah tujuh prinsip itu, kertas tersebut menggariskan 10 tema dan anjakan yang diperlukan bagi memberi gambaran mengenai keluk Islah itu dari segi menjalankan amalan yang berbeza berbanding ketika ini.
“Ia termasuk meningkatkan pembentukan modal risiko ekuiti, meluaskan dan mendalami modal dermawan, rangkuman dan akses kewangan lebih banyak, pemerkasaan individu dan masyarakat melalui instrumen kewangan Islam, memanfaatkan teknologi dan inovasi lebih baik dalam kewangan Islam dan menambah baik penciptaan bakat serta dalam pembangunan institusi dan kapasiti.
“Sudah tiba masanya untuk kita menyampaikan dengan lebih tepat mengenai apa yang perlu dilakukan dari struktur (sudut pandangan). Satu-satunya perkara yang masih boleh menjadi penghalang ialah perbezaan antara kewangan Islam dan konvensional…ramai orang telah tidak dapat membezakannya.
Risiko dan ganjaran
Menurut Azman, perbezaan utama dalam isu ekonomi dan pelaburan dalam kewangan Islam adalah risiko dan ganjaran malahan sebenarnya tidak ada perkara seperti pelaburan tanpa risiko kerana pulangan tanpa risiko secara teknikal adalah riba yang juga dikatakannya sebagai satu bentuk penindasan.
Keduanya, beliau berkata ciri-ciri kewangan Islam adalah lebih kepada menyokong dan bukannya menghukum dan tidak semua institusi kewangan mematuhi perkara ini, sambil memberi contoh, HSBC Amanah mula beroperasi di Malaysia pada Ogos 2008.
“Mereka (bank itu) mengatakan ramai pelanggan HSBC Amanah adalah orang bukan Islam. Anda tahu kenapa? Mereka mendapati ia kelihatan sama (antara kewangan konvensional dan Islam) tetapi apabila berlaku masalah, ia adalah berbeza.
“Ini kerana kewangan Islam bukan untuk menghukum, kami menyokong. Contohnya kami tidak mengenakan faedah penalti. Atau, jika ada caj pentadbiran, ada hadnya. Ini perbezaannya. Sudah tentu, jika semuanya lancar, anda tidak nampak perbezaannya,” jelasnya.
Perbezaan ketiga ialah sumber dan penggunaan dana perlu halal, mendapat keizinan atau lebih daripadanya.
Keempat ialah pengertian rahmah iaitu mengenai belas ehsan dan kebajikan.
“Kewangan Islam secara amnya adalah satu cara untuk membantu menyokong ekonomi sebenar. Aktiviti ekonomi sebenar perlu produktif, ia tidak boleh mendatangkan mudarat, sebab itu ada halal dan haram,” katanya.
Syarikat bukan sahaja membayar cukai kepada kerajaan. Dalam keadaan tertentu, mereka juga diberikan pelbagai insentif cukai untuk menggalakkan pelaburan, membuka kilang, mengembangkan operasi, menjalankan penyelidikan dan membawa masuk teknologi baharu.
Persoalannya, apakah bentuk insentif yang diberikan dan bagaimana ia memberi kesan kepada hasil cukai kerajaan?
Secara umum, kita boleh melihat 15 bentuk insentif dan kemudahan yang dibahagikan kepada empat kategori.
Nota: Contoh pengiraan di bawah adalah ilustrasi untuk menerangkan cara insentif berfungsi. Ia bukan pengesahan bahawa syarikat yang disebut atau mana-mana syarikat tertentu telah menerima kelulusan.
KATEGORI 1: PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN
1. Pioneer Status (PS) – Taraf Perintis
Syarikat yang menjalankan aktiviti atau mengeluarkan produk yang digalakkan boleh diberikan pengecualian sebahagian atau keseluruhan pendapatan berkanun untuk tempoh tertentu.
Contoh: Sebuah syarikat yang membina kilang menghasilkan komponen elektronik diluluskan status perintis. Jika pendapatan berkanun tahunannya RM10 juta dan 70% dikecualikan, hanya RM3 juta tertakluk kepada cukai.
Antara contoh lain yang boleh dilihat ialah industri pemprosesan unsur nadir bumi (REE) di Malaysia. Menurut laporan Bernama, syarikat yang menjalankan aktiviti pemprosesan REE di peringkat pertengahan dan hiliran boleh dipertimbangkan untuk menerima insentif taraf perintis. Ini menunjukkan kerajaan menggunakan insentif cukai untuk menarik pelaburan dalam industri strategik yang mempunyai potensi nilai tambah tinggi.
Senarai syarikat tersenarai Bursa Malaysia yang mempunyai rekod insentif cukai:
Syarikat tersenarai
Entiti penerima
Insentif dan tempoh
Press Metal Aluminium Holdings Berhad (8869)
Press Metal Bintulu Sdn. Bhd. (PMBTU)
100% pengecualian pendapatan berkanun daripada pengeluaran produk aluminium, 2013–2027. Dilanjutkan dengan pengecualian 40% bagi 2028–2030.
Kesan cukai yang dilaporkan: RM440 Juta (2025)
Mi Technovation Berhad (5286)
Mi Equipment (M) Sdn. Bhd.
100% pengecualian selama 10 tahun sehingga Januari 2024. Kelulusan baharu memberikan pengecualian 70% bagi aktiviti mesin pengisihan die wafer-level berasaskan AI, Januari 2024–Januari 2029.
Kesan cukai yang dilaporkan: RM16.26 juta (2025)
Genetec Technology Berhad (0104)
Genetec Technology Berhad
70% pengecualian pendapatan berkanun daripada aktiviti sistem automasi kilang pintar dan modul berkaitan EV, Disember 2019–Disember 2024. Kelulusan baharu untuk sistem pemasangan bateri EV, Disember 2024–Disember 2029.
Kesan cukai yang dilaporkan: Genetec mencatatkan kerugian sebelum cukai RM25.03 juta bagi 2025, tetapi masih mempunyai kelulusan taraf perintis untuk aktiviti pemasangan sistem bateri EV sehingga Disember 2029.
ECA Integrated Solution Berhad (0255)
ECA Advanced Solutions Sdn. Bhd.
100% pengecualian pendapatan berkanun daripada aktiviti perintis yang diluluskan, 27 November 2022–26 November 2027.
JF Technology Berhad (0146)
Anak syarikat yang mengeluarkan interconnect dan integrated circuit test socket
100% pengecualian pendapatan perniagaan di bawah Pioneer Status. Sambungan diluluskan sehingga 31 Mac 2026.
Kesan cukai yang dilaporkan: RM1.73 juta (2025)
DXN Holdings Bhd (5318)
Entiti kumpulan yang menjalankan aktiviti berkaitan
Laporan korporat merekodkan beberapa kelulusan Pioneer Status terdahulu untuk penanaman dan pemprosesan Ganoderma, Spirulina serta aktiviti Bio Synergy.
Nota: Nilai penjimatan yang dipaparkan berdasarkan item insentif cukai atau kesan cukai dalam rekonsiliasi cukai laporan tahunan syarikat. Angka ini bukan semestinya jumlah tunai yang dijimatkan, nilai keseluruhan kelulusan insentif atau hasil cukai yang dilepaskan kerajaan. Sesetengah angka turut merangkumi elaun dan insentif lain.
2. Principal Hub Incentive
Insentif untuk syarikat yang menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi serantau bagi mengurus aktiviti seperti pengurusan perniagaan, kewangan, perolehan dan rantaian bekalan.
Contoh: Sebuah kumpulan multinasional menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat pengurusan operasi Asia Tenggara. Pendapatan daripada aktiviti perkhidmatan Principal Hub yang layak boleh menikmati kadar cukai khas atau pengecualian mengikut skim dan kelulusan.
Elaun berdasarkan perbelanjaan modal yang layak seperti pembelian mesin, peralatan dan pembinaan kemudahan bagi projek yang diluluskan.
Contoh: Syarikat melabur RM100 juta untuk membeli mesin dan membina kemudahan pengeluaran. Jika kadar ITA yang diluluskan ialah 60%, syarikat memperoleh elaun RM60 juta. Penggunaannya tertakluk kepada had dan syarat skim.
4. Reinvestment Allowance (RA) – Elaun Pelaburan Semula
Diberikan kepada syarikat sedia ada yang membuat pelaburan semula untuk mengembangkan, memodenkan, mengautomasi atau mempelbagaikan aktiviti perniagaan yang layak.
Contoh: Kilang makanan yang telah beroperasi selama beberapa tahun melabur RM20 juta untuk menambah barisan pengeluaran baharu. Jika layak mendapat RA sebanyak 60%, elaun yang terhasil ialah RM12 juta. Tuntutan tertakluk kepada syarat, termasuk tempoh operasi dan jenis projek.
Rujukan: Subseksyen 7A, Jadual 7A Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967). Panduan ringkasan: PwC Malaysia – Tax Incentives.
5. Infrastructure Allowance – Elaun Infrastruktur
Elaun berkaitan perbelanjaan infrastruktur yang layak bagi projek atau aktiviti tertentu.
Contoh: Syarikat yang menjalankan projek perindustrian di kawasan yang ditetapkan membina kemudahan infrastruktur seperti jalan, jambatan atau kemudahan berkaitan yang memenuhi syarat insentif.
6. Industrial Adjustment Allowance (IAA) – Elaun Pelarasan Industri
Kemudahan elaun untuk syarikat pembuatan yang menjalankan aktiviti pelarasan industri yang diluluskan, termasuk pemodenan, penyusunan semula dan rasionalisasi operasi.
Contoh: Sebuah syarikat dalam industri kejuruteraan menjalankan penyusunan semula operasi dan menaik taraf proses pengeluaran menggunakan peralatan moden. Aktiviti tersebut boleh dipertimbangkan jika memenuhi syarat IAA.
7. Accelerated Capital Allowance (ACA) – Elaun Modal Dipercepatkan
Accelerated Capital Allowance (ACA) atau Elaun Modal Dipercepatkan ialah kemudahan cukai yang membolehkan syarikat menuntut potongan cukai bagi pembelian aset perniagaan yang layak dengan lebih cepat berbanding kadar elaun modal biasa.
Mudahnya, kerajaan membenarkan syarikat mengambil kira kos mesin atau peralatan tertentu sebagai potongan cukai dalam tempoh yang lebih singkat.
Katakan sebuah kilang membeli mesin pengeluaran berharga RM1 juta. Mesin itu layak mendapat ACA.
8. Automation Capital Allowance – Elaun Modal Automasi
Insentif untuk menggalakkan syarikat menggunakan teknologi dan mesin automasi bagi meningkatkan produktiviti serta mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manual.
Contoh: Kilang memasang robot untuk kerja pembungkusan dan sistem automasi bagi proses pengeluaran. Perbelanjaan modal yang memenuhi syarat skim boleh menikmati elaun khas.
Dalam industri semikonduktor, pelaburan automasi merupakan antara perkara penting untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing. Bernama melaporkan bahawa Malaysia Semiconductor Industry Association( MSIA) mencadangkan supaya had Elaun Modal Automasi dinaikkan daripada RM10 juta kepada RM100 juta. Cadangan ini menunjukkan besarnya keperluan modal yang diperlukan oleh syarikat untuk mengautomasi operasi dan meningkatkan keupayaan pengeluaran.
KATEGORI 3: PENGECUALIAN CUKAI TIDAK LANGSUNG
9. Pengecualian Duti Import
Syarikat yang layak boleh diberikan pengecualian duti import bagi mesin, peralatan atau bahan tertentu yang digunakan dalam aktiviti yang diluluskan.
Contoh: Sebuah kilang mengimport mesin khusus dari Jepun untuk digunakan dalam proses pembuatan. Jika diluluskan pengecualian duti import, syarikat tidak perlu menanggung duti berkenaan bagi import tersebut.
Syarikat pembuatan yang perlu mengimport mesin dan peralatan dari luar negara juga boleh menikmati kemudahan pengecualian duti import jika memenuhi syarat. Sebagai contoh, kilang yang mengimport mesin khusus dari Jepun atau Jerman untuk kegunaan pengeluaran boleh memohon pengecualian duti import yang berkaitan. Kemudahan ini mengurangkan kos permulaan pelaburan dan membantu syarikat membawa masuk teknologi yang mungkin belum tersedia di Malaysia. Rujukan berkaitan boleh dilihat melalui panduan MIDA.
10. Pengecualian Cukai Jualan
Pengecualian cukai jualan boleh diberikan bagi barangan atau transaksi tertentu mengikut peruntukan dan syarat yang ditetapkan.
Contoh: Pengilang berdaftar membeli bahan mentah, komponen dan bahan pembungkusan untuk digunakan secara langsung dalam proses pengilangan. Pembelian tersebut boleh mendapat pengecualian cukai jualan jika memenuhi syarat.
Pengecualian duti eksais boleh diberikan bagi barangan atau aktiviti tertentu yang memenuhi syarat di bawah undang-undang berkaitan.
Contoh: Pengilang yang menjalankan aktiviti pengeluaran barangan tertakluk kepada duti eksais boleh memohon kemudahan pengecualian jika transaksi atau barangan tersebut termasuk dalam peruntukan yang dibenarkan.
Rujukan: MITI – Incentives for Investment. Halaman ini menerangkan kerangka insentif langsung dan tidak langsung termasuk pengecualian duti eksais di bawah undang-undang berkaitan.
12. Kemudahan Zon Bebas (Free Zone)
Syarikat yang beroperasi dalam zon bebas boleh menikmati layanan kastam khas bagi barangan yang dibawa masuk, disimpan, diproses atau dieksport, tertakluk kepada peraturan zon bebas.
Contoh: Pengilang elektronik yang beroperasi di Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas mengimport komponen untuk dipasang menjadi produk siap sebelum dieksport ke pasaran antarabangsa.
13. Potongan Berganda bagi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
Syarikat yang menjalankan aktiviti R&D yang diluluskan boleh menikmati potongan berganda bagi perbelanjaan hasil yang layak.
Contoh: Syarikat membelanjakan RM100,000 bagi penyelidikan yang memenuhi syarat. Jika layak mendapat potongan berganda, jumlah potongan cukai boleh menjadi RM200,000. Pada kadar cukai 24%, penjimatan cukai secara ilustrasi ialah RM24,000.
Perbelanjaan latihan tertentu yang memenuhi syarat boleh diberikan potongan tambahan bagi menggalakkan pembangunan kemahiran pekerja.
Contoh: Syarikat menghantar pekerja mengikuti latihan teknikal yang diluluskan bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang automasi, teknologi atau pengeluaran. Perbelanjaan yang memenuhi syarat boleh dipertimbangkan untuk potongan khas.
Rujukan: Seksyen 34(6) ACP 1967 dan peruntukan berkaitan latihan yang diluluskan. Kelayakan bergantung pada jenis latihan, penyedia latihan dan syarat yang ditetapkan. Rujukan umum: MITI – Incentives for Investment.
15. Potongan Berganda bagi Promosi Eksport
Syarikat yang menjalankan aktiviti promosi untuk meningkatkan eksport boleh menikmati potongan tambahan bagi perbelanjaan yang memenuhi syarat.
Contoh: Pengilang tempatan menyertai pameran perdagangan antarabangsa, menjalankan promosi produk di luar negara dan mencari pasaran eksport baharu. Perbelanjaan yang layak boleh dipertimbangkan untuk potongan berganda.
ADAKAH KERAJAAN MENERBITKAN SENARAI SYARIKAT PENERIMA INSENTIF?
Ini antara persoalan paling penting.
Laman rasmi Kementerian Kewangan (MOF) menyediakan maklumat mengenai pelbagai insentif cukai. MIDA pula menerbitkan garis panduan, aktiviti yang dipromosikan dan syarat permohonan.
Bagaimanapun, setakat semakan sumber awam, belum ditemui satu pangkalan data awam yang menyenaraikan secara menyeluruh semua nama syarikat penerima insentif, jenis kelulusan, tempoh manfaat dan nilai cukai yang dilepaskan.
Kita boleh menemui pengumuman kelulusan bagi syarikat tertentu melalui laporan tahunan, pengumuman Bursa Malaysia atau kenyataan media.
Tetapi maklumat tersebut masih berpecah-pecah.
Apa yang diperlukan ialah pelaporan yang lebih menyeluruh, sekurang-kurangnya merangkumi:
Nama syarikat dan entiti penerima insentif.
Jenis insentif yang diluluskan.
Tempoh dan syarat kelulusan.
Nilai pelaburan yang berkaitan.
Anggaran hasil cukai yang dilepaskan.
Impak kepada ekonomi seperti pekerjaan, gaji, eksport, pemindahan teknologi dan pembangunan vendor tempatan.
Ketelusan ini penting supaya rakyat dapat menilai sama ada manfaat ekonomi yang dijanjikan benar-benar setimpal dengan kos fiskal yang ditanggung kerajaan.
APA YANG KERAJAAN SENDIRI AKUI TENTANG INSENTIF CUKAI?
Dalam Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2025, Kementerian Kewangan (MOF) menyatakan bahawa kerajaan sedang membangunkan Tax Expenditure Statement (TES).
TES bertujuan mengukur kehilangan hasil kerajaan akibat perubahan dasar percukaian, termasuk pengecualian dan pelepasan cukai.
Ini bermakna, laporan tersebut belum memberikan satu angka agregat yang boleh digunakan untuk menyatakan jumlah keseluruhan hasil cukai yang dilepaskan melalui semua insentif cukai.
JADI, BERAPA BANYAK HASIL CUKAI KERAJAAN YANG DILEPASKAN?
Kita perlu bezakan dua perkara:
Cukai yang tidak dikutip kerana insentif yang sah. Ini ialah kos fiskal atau hasil cukai yang dilepaskan oleh kerajaan untuk menggalakkan aktiviti ekonomi tertentu.
Cukai yang tidak dibayar akibat ketidakpatuhan atau penyalahgunaan insentif. Ini pula melibatkan isu kelayakan tuntutan, pematuhan syarat kelulusan dan kemungkinan manipulasi.
Kedua-duanya bukan perkara yang sama dan perlu dinilai secara berasingan.
Kita juga perlu melihat sama ada insentif yang diberikan benar-benar menghasilkan pulangan kepada negara, contohnya:
Berapa banyak pekerjaan berkualiti diwujudkan?
Berapa tinggi gaji yang dibayar kepada pekerja tempatan?
Berapa banyak teknologi dan kepakaran dipindahkan?
Berapa banyak vendor tempatan mendapat manfaat?
Berapa banyak cukai yang akhirnya dibayar oleh syarikat selepas tamat tempoh insentif?
Malaysia sememangnya memerlukan pelaburan asing dan domestik. Insentif cukai boleh menjadi salah satu alat untuk menarik pelaburan tersebut.
Namun, insentif bukan hadiah percuma. Ia menggunakan ruang fiskal kerajaan dan sepatutnya datang bersama pulangan ekonomi yang boleh diukur.
Kalau kerajaan boleh mengumumkan nilai pelaburan yang berjaya ditarik masuk, kerajaan juga patut menjelaskan berapa banyak hasil cukai yang dikorbankan untuk mendapatkannya.
Nota penting: Senarai ini ialah gambaran bentuk insentif dan kemudahan yang terdapat dalam rangka cukai dan pelaburan Malaysia. Ia bukan bermaksud kesemua 15 kemudahan terbuka untuk permohonan baharu pada masa ini. Kelayakan bergantung pada undang-undang, tarikh permohonan, kelulusan dan syarat khusus setiap skim. Bagi sektor pembuatan, kerangka New Incentive Framework (NIF) mula dilaksanakan pada 1 Mac 2026 dan permohonan baharu di bawah PIA 1986 tidak lagi diterima selepas tarikh tutup yang ditetapkan. Kelulusan sedia ada kekal tertakluk kepada syarat asal.