Produk Ar-Rahnu Berasaskan Gabungan Kontrak Qard, Rahn, Wadi`Ah Dan Ujrah Adalah Tidak Patuh Syariah

Standard syariah pelaburan emas

Majlis Penasihat Shariah (MPS) Bank Negara Malaysia pada mesyuarat ke-194 bertarikh 25 Jun 2019 dan mesyuarat ke-195 bertarikh 31 Julai 2019 telah memutuskan bahawa struktur semasa produk ar-rahnu yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam (IKI) berasaskan gabungan kontrak qard (pinjaman), rahn (cagaran), wadi`ah (simpanan) dan ujrah (upah simpan) tidak memenuhi keperluan Syariah yang ditetapkan dalam Dokumen Polisi (PD) Rahn berdasarkan hujah-hujah berikut:

  • Keberkaitan dan kebergantungan kontrak, rahn, wadi`ah dan ujrah dengan kontrak qard dalam struktur produk ini menimbulkan isu qard jarra naf`an (pinjaman yang menjana manfaat kepada pemberi pinjam) dan bai` wa salaf (gabungan kontrak jual beli dan pinjaman) yang tidak dibenarkan Syarak. Dalam struktur produk ini, salah satu kontrak tidak akan efektif tanpa kewujudan kontrak lain. Sebagai contoh, qard hanya diberikan dengan syarat pelanggan menyimpan emas dan membayar upah simpanan emas tersebut. Hal ini secara tidak langsung mewujudkan keberkaitan antara qard dan caj upah simpan yang membawa kepada isu qard jarra naf’an; dan
  • Kombinasi rahn dan qard dalam produk ar-rahnu bagi menjana keuntungan tidak menepati objektif kontrak (muqtada `aqdrahn dan qard memandangkan objektif asal kedua-dua kontrak adalah untuk cagaran dan kebajikan (charity).

MPS pada mesyuarat ke-195 turut memutuskan perkara-perkara berikut:

  • Tarikh kuatkuasa keputusan MPS pada mesyuarat ke-194 bertarikh 25 Jun 2019 berhubung produk ar-rahnu yang menggunakan struktur di atas adalah pada 1 Februari 2020;
  • IKI dibenarkan secara sementara menggunapakai pandangan Jawatankuasa Syariah (JKS) masing-masing berkenaan produk ar-rahnu sehingga tarikh keputusan MPS berkuatkuasa; dan
  • Pembiayaan ar-rahnu yang berdasarkan keputusan terdahulu JKS IKI yang masih tertunggak dan sebarang penawaran baru sebelum tarikh berkuatkuasa keputusan MPS termasuk pendapatan yang diperoleh daripada portfolio tersebut, boleh diteruskan sehingga ianya matang.

Sila lihat lampiran di sini untuk maklumat lanjut.

Sumber: Bank Negara Malaysia (BNM)

Apa Itu Ar-Rahnu?

Kalau nak tahu, Ar-Rahnu adalah salah satu daripada Kontrak Berasaskan Jaminan. Kontrak jenis ini adalah di antara pelanggan dan pihak yang memberi jaminan. Ia dipraktiskan dalam perniagaan Ar-Rahnu.

Contoh:
Pelanggan memajak barang kemas untuk mendapatkan tunai melalui Ar-Rahnu. Pengendali Ar-Rahnu menjamin keselamatan barang kemas tersebut dan akan memulangkan barang kemas tersebut apabila pembiayaan dilunaskan oleh pelanggan dalam tempoh waktu yang
telah dipersetujui.

Sebelum ini pun, kami ada kongsikan Ketahui Apa Itu Ar-Rahnu, Dan Mengapa Ianya Lebih Baik Daripada Pembiayaan Peribadi.

Mungkin selepas ini kita perlu cari alternatif lain, semoga dipermudahkan semua urusan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Persatuan Emas Malaysia Tubuh Lembaga Penasihat Syariah


KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) — Persatuan Emas Malaysia (MGA) baru-baru ini melantik Lembaga Penasihat Syariah (LPS) pertamanya.

Pelantikan LPS merupakan satu langkah penting dan ke hadapan dalam menyediakan tadbir urus syariah, menegakkan piawaian etika selain memupuk keyakinan yang lebih tinggi dalam industri emas Malaysia.

Lembaga yang baru dilantik ini akan berfungsi sebagai badan bebas yang terdiri daripada pakar-pakar yang memberikan kepimpinan syariah kepada MGA, ahlinya serta keseluruhan industri emas dalam hal-hal berkaitan tadbir urus syariah bagi industri secara keseluruhan.

“Inisiatif ini menyerlahkan komitmen MGA untuk mewujudkan garis panduan yang jelas bagi perdagangan dan pelaburan emas serta logam berharga lain yang mematuhi syariah,” kata MGA dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Presidennya Datuk Louis Ng berkata penubuhan LPS menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh kepimpinan Malaysia dalam perdagangan logam berharga yang mematuhi syariah.

“Sebagai satu inisiatif strategik, ia memperkukuh peranan negara sebagai hab utama bagi kewangan Islam dan perdagangan emas patuh syariah.

“Selain itu, dengan memperkenalkan pemantauan syariah secara institusi dalam industri ini, MGA menetapkan piawaian baharu untuk pematuhan serta membina keyakinan yang lebih kukuh dalam kalangan pelabur dan pengguna, khususnya dalam komuniti Islam global,” katanya.

Antara ahli pengasas LPS MGA ialah Datuk Prof Dr Mohamad Akram Laldin sebagai pengerusi lembaga manakala Khairun Najmi Saripudin dan Zikri Shairy merupakan ahli lembaga.

Mohamad Akram kini merupakan seorang profesor di Universiti INCEIF dan seorang tokoh terkemuka dalam bidang syariah untuk kewangan Islam.

Dalam pada itu, Khairun Najmi pula merupakan seorang penasihat berpengalaman dengan kepakaran kukuh dalam pembangunan kawal selia syariah selain kewangan Islam manakala Zikry merupakan seorang pengamal dalam perbankan dan kewangan Islam yang mempunyai pengalaman langsung dalam pengurusan risiko syariah serta nasihat syariah.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi sekretariat MGA di [email protected] atau layari www.mga.my.

— BERNAMA

Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh miliki buku ini secara online di Shopee