6 Bidang Kerja Yang Mendapat Permintaan Tinggi di Malaysia

Baru-baru ini Jobstore telah mengeluarkan satu laporan gaji bagi tahun 2017/2018. Laporan tersebut dikeluarkan untuk memberi gambaran tentang pengambilan dan trend gaji di negara ini.

Laporan ini dianalisa mengikut penempatan pekerjaan dari 22 kategori pekerjaan yang ada di Jobstore.com serta lebih 20 pekerjaan dari rakan carian pekerjaan yang lain, tinjauan gaji, trend pengambilan dan laporan industri.

6 kategori bidang kerja yang mendapat permintaan tinggi daripada majikan bagi tahun 2017/2018, ianya melibatkan bidang tenaga mahir, strategik dan permintaan pasaran di negara ini.

1. Jualan Dan Pemasaran

Bidang ini memainkan peranan penting dalam menjana pendapatan dalam menghadapi persaingan perniagaan yang makin sengit. Ia juga melibatkan fokus dalam penjenamaan dan lapangan digital untuk mendekati pelanggan.

Gaji Eksekutif: RM2,800 – RM18,000

Gaji Pengurus: RM5,000 – RM30,000

Gaji Pengurus Kanan / Pengarah: RM12,000 – RM50,000

2. Informasi Dan Teknologi

Seiring dengan komunikasi digital, bidang ini terus mendapat perhatian para majikan. Teknologi akan terus berkembang dan permintaan terhadap produk akan semakin meningkat. Jadi permintaan terhadap kerjaya Jurutera Perisian atau Pakar dalam data sangat tinggi.

Gaji Junior Exec / Fresh Grad: RM1,800 – RM6,500

Gaji Senior Exec: RM3,500 – RM30,000

Gaji Pengurus: RM8,000 – RM20,000

Gaji Pengurus Kanan / Pengarah: RM10,000 – RM50,000

3. Kewangan Dan Akaun

Dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil, seorang yang pakar dalam pengurusan risiko kredit dan kewangan dalam syarikat amat diperlukan. Golongan ini penting dalam menghasilkan laporan kewangan dan prestasi syarikat. Jadi, sudah tentu permintaan terhadap mereka yang berada dalam bidang ini juga meningkat.

Gaji Fresh Grad: RM1,500 – RM2,500

Gaji Exec: RM1,800 – RM4,000

Gaji Pengurus: RM8,000 – RM15,000

Gaji Pengurus Kanan: RM6,000 – RM25,000

Gaji Pengarah: RM12,000 – RM53,000

4. Perkhidmatan Pelanggan

Pelanggan adalah raja dalam perniagaan. ‘Pelanggan sentiasa betul’ memerlukan mereka yang boleh melayan karenah dan permintaan pelanggan. Sekiranya pelanggan berpuas hati dengan layanan diberikan, ia juga memberi impak kepada prestasi syarikat atau jualan produk. Oleh itu, pegawai khidmat pelanggan terbaik diperlukan dalam memenuhi karenah pelanggan.

Gaji Eksekutif: RM2,800 – RM18,000

Gaji Pengurus: RM5,000 – RM30,000

Gaji Pengurus Kanan / Pengarah: RM12,000 – RM50,000

5. Makanan Dan Minuman / Pelancongan / Hospitaliti

Bidang ini tidak akan pernah sunyi dan sentiasa mendapat sambutan kerana ia melibatkan keperluan awam seperti hospitaliti, makanan dan minuman. Oleh itu, ruang sentiasa terbuka dalam bidang ini dan majikan sentiasa memerlukan pekerja yang sesuai dalam memenuhi pasaran kerjaya. Contoh kerjaya dalam bidang ini adalah pengurus outlet, eksekutif hotel, chef, pemasaran dan jualan, krew & pelayan dan sebagainya.

Gaji Fresh Grad / Junior Exec: RM1,200 – RM2,800

Gaji Senior Exec: RM2,300 – RM5,500

Gaji Pengurus: RM4,000 – RM10,000

Gaji Pengurus Kanan / Pengarah: RM5,000 – RM12,000

6. Kejuruteraan

Walaupun dikhabarkan ramai graduan dalam bidang kejuruteraan menganggur, tapi hakikatnya bidang ini juga mendapat permintaan tinggi dari kumpulan majikan. Pakar-pakar kejuruteraan dalam bidang kejuruteraan awam, pengeluaran, mekanikal, kimia, perlombongan, elektrik, elektronik dan telekomunikasi sangat diperlukan untuk memastikan perjalanan perusahaan berjalan lancar.

Gaji Fresh Grad: RM1,300 – RM3,500

Gaji Exec: RM2,600 – RM14,000

Gaji Pengurus: RM5,000 – RM23,500

Gaji Pengurus Kanan / Pengarah: RM8,000 – RM32,000

Jadi, anda berada dalam lapangan kerja yang mana? Jom kongsi skop kerja anda.

Boleh juga muat turun Laporan Gaji Bagi Tahun 2017/2018 di sini. (Fail pdf 777KB)

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.