Adakah 2021 Akan Menjadi Lebih Hebat Buat Bitcoin?

2020 secara keseluruhannya merupakan tahun yang tidak menentu bagi bitcoin. DeFi atau Desentralisasi Kewangan yang cuba mencermin fungsi kewangan tradisional di blok rantai awam, mula membina momentum dan banyak pelabur institusi mula memandang bitcoin sebagai simpanan nilai yang serius.

Tambahan lagi, bitcoin halving berlaku pada Mei 2020 di mana ganjaran perlombongan turun dari 12.5 bitcoin kepada 6.25 bitcoin setiap blok. Mata wang kripto adalah fenomena global. Trend yang berlaku di peringkat global turut juga mempengaruhi peniaga dan pelabur Malaysia.

Menjelang tahun 2021, Aaron Tang, Pengurus Negara Luno Malaysia, telah mengkaji peristiwa-peristiwa yang berlaku di sepanjang tahun lalu dan meninjau trend mata wang kripto akan datang.

Pelabur Institusi Terus Berduyun-Duyun Ke Ruang Bitcoin

Pelaburan institusi ke dalam bitcoin merupakan berita utama tahun 2020. Syarikat-syarikat besar dan kecil telah memindahkan bahagian simpanan tunai mereka ke dalam bitcoin, termasuk MicroStrategy, Mass Mutual, dan Square. Hasilnya, bitcoin telah mencapai tahap tertinggi sepanjang masanya atau all-time-high (ATH) dan mencipta keterujaan baru yang mengimbas ATH awal bitcoin pada tahun 2017.

Tambahan pula, platform pertukaran mata wang kripto seperti Luno telah menjadikan penglibatan institusi semakin mudah. Berita terkini yang menyatakan bahawa Indeks S&P Dow Jones akan melancarkan indeks mata wang kripto pada tahun 2021 pasti meletakkan mata wang kripto di hadapan lebih banyak pelabur setiap hari.

Ini adalah sesuatu yang telah lama diperkatakan sebenarnya. Walau bagaimanapun, tahun 2020 menjadi titik tolak – tahun di mana institusi benar-benar mula melaburkan sejumlah wang ke dalam mata wang kripto. Kami menjangkakan trend ini akan berterusan pada tahun 2021.

Penyertaan Dana Kekayaan Berdaulat

Dalam masa yang sama, adakah dana kekayaan berdaulat akan bersedia untuk membuat pelaburan awam kepada bitcoin pada 2021? Dana Pencen Kerajaan Norway, juga dikenali sebagai Dana Minyak, kini memiliki hampir 600 Bitcoin (BTC) secara tidak langsung melalui kepentingan 1.51% dalam MicroStrategy.

Ini merupakan penzahiran kepercayaan yang dapat mendorong lebih banyak pelaburan dalam mata wang kripto. Sekiranya pelaburan institusi membawa rasa hormat arus perdana kepada bitcoin, bayangkan apa yang akan berlaku jika mendapat sokongan dari dana kekayaan berdaulat atau kerajaan?

Bitcoin Akan Menikmati Lebih Banyak Pelaburan Dari Pasaran Runcit

Penelitian kepada Trend Carian Google terkini memberikan satu penemuan menarik, harga bitcoin telah berjaya mencapai ATH terbarunya tanpa mencapai tahap rasa ingin tahu pengguna pada tahun 2017. Ini didorong secara asas oleh permintaan institusi berbanding permintaan runcit.

Kami yakin peningkatan perhatian media yang berterusan akan mengubah keadaan ini tetapi faktor yang lebih penting adalah betapa mudahnya untuk membeli bitcoin pada masa kini. Bukan hanya terdapat platform seperti Luno yang menyokong pelanggan di seluruh dunia, tetapi PayPal dan Square juga dilihat begitu berjaya di Amerika Syarikat.

Pemilik bitcoin masih merupakan sebahagian kecil daripada populasi global dan masih terdapat ruang untuk pertumbuhan. Aset digital yang berkembang pesat, perhatian media massa, dan akses mudah untuk semua orang akan menjadi gabungan yang berpotensi untuk memberi kesan.

Kesan Sebenar Bitcoin Halving Dirasakan

Bitcoin halving tahun 2016 telah mendapat pujian ramai dengan mencetuskan kenaikan harga saham yang memuncak pada ATH Disember 2017 yang lalu. Banyak pihak berkepentingan menjangkakan trajektori yang serupa apabila bitcoin halving pada bulan Mei 2020 menyaksikan ganjaran blok jatuh dari 12.5 sehingga 6.25 bitcoin. Kesannya, harga bitcoin meningkat dengan stabil sejak itu. Adakah kita akan mengikuti trajektori yang sama seperti Disember 2017?

Tiada jawapan mudah untuk soalan itu. Ruang mata wang kripto telah berubah sejak tahun 2017. Terdapat juga beberapa pertimbangan makro ekonomi lain yang perlu diambil kira, terutamanya pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, ianya berkemungkinan besar sekiranya mengikuti trajektori yang sama lagi.

Menggalakkan Penyertaan Bitcoin Di Malaysia

Untuk sepanjang tahun 2020, kami telah mendaftar lebih daripada 80,000 pelanggan baru di Malaysia. Pada bulan pertama 2021, kami menyaksikan ribuan pelanggan baru mendaftar setiap hari kerana minat mereka untuk melabur dalam bitcoin. Deposit segera FPX telah dilancarkan pada bulan Oktober 2019 dan jumlahnya kini meningkat lapan kali ganda sejak bulan pertama.

Apabila mata wang kripto dan aset digital semakin mendapat daya tarikan, mereka akan terus menarik perhatian pengawal selia. Peraturan progresif sangat penting untuk pertumbuhan sihat sebarang industri. Kami berharap pengawal selia akan terus menyeimbangkan keperluan peraturan dengan ruang untuk inovasi berlaku.

Kami ingin mengembangkan program pendidikan dan kesedaran secara agresif di Malaysia. Walaupun begitu, terdapat kurang daripada 2% penduduk dunia yang memiliki mata wang kripto. Kami akan terus bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi untuk membantu membawa mata wang kripto ke arus perdana.

Secara umum, wabak COVID-19 di peringkat global telah mendorong sebilangan besar masyarakat untuk menggunakan teknologi lebih daripada sebelumnya, termasuk mata wang kripto. Ini jelas dalam pertumbuhan mendadak perkhidmatan digital seperti e-dagang, pengstriman dan persidangan video. Kami yakin ia telah mempercepatkan penggunaan perkhidmatan kewangan dalam talian yang merangkumi mata wang kripto dan aset digital.

Mengenai Luno

Luno merupakan syarikat mata wang global terkemuka dengan lebih daripada 6 juta pelanggan di 40 negara serta tenaga kerja lebih daripada 300 orang. Beribu pejabat di London, Luno beroperasi di seluruh Afrika, Asia Tenggara dan Eropah. Produk dan perkhidmatannya menjadikan ia selamat dan senang dibeli, disimpan serta untuk mempelajari mengenai mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum. Visi Luno adalah untuk menaik taraf dunia ke sistem kewangan yang lebih baik.

Laman web: www.luno.com
Media sosial: Facebook
Aplikasi Mudah Alih: Android and iOS

Boleh rujuk di sini bagaimana untuk Mulakan Pelaburan Aset Digital Yang Sah Dan Patuh Syariah Hari Ini Dengan Luno.

Bagi mereka yang telah siap akaun Luno dan belum claim bonus RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma, masukkan kod FVSKG5. Klik di bahagian Rewards dan masukkan kod FVSKG5.

Bila kita deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250 (tak termasuk fees Luno), nanti dapat RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Previous ArticleNext Article

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.