Analisis i-SCORE Experian Memperkukuh Keperluan Tangani Kesedaran Kesihatan Kredit Yang Rendah

Experian Information Services (Malaysia) hari ini mengumumkan analisis trend skor kredit pengguna dan pinjaman kredit pelbagai peringkat umur bagi 5 suku dari suku pertama (Q1) 2020 hingga suku pertama (Q1) 2021, yang merangkumi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dan kedua. Melibatkan sebanyak 5.7 juta individu, analisis tersebut turut menekankan kadar perubahan kelalaian pembayaran menerusi nilai risiko berpandukan penilaian skor kredit pengguna i-SCORE Experian.

Pengumuman pelancaran Kempen Know Money oleh Experian merupakan sebahagian dari usaha berterusan syarikat dalam memberikan pendidikan menyeluruh untuk memperkasakan pembangunan celik kewangan di negara ini.

i-SCORE Experian merupakan satu perkhidmatan skor kredit pengguna di Malaysia. Ia berdasarkan analisis statistik fail kredit pengguna bagi menghasilkan skor dari lingkungan 300 hingga 800. Lazimnya skor ini akan diguna pakai oleh pemiutang untuk menentukan tahap kredit seseorang sebelum meluluskan atau menolak sebarang pinjaman kewangan. Skor yang tinggi menandakan risiko kredit yang rendah kepada pemiutang.

Pengguna muda mencatatkan permohonan kredit lebih tinggi berbanding pengguna matang yang lebih konservatif kerana keterjejasan ekonomi berterusan

Kajian analisis i-SCORE Experian merangkumi perkhidmatan kredit seperti kad kredit, pinjaman peribadi, overdraf, gadai janji, pinjaman kenderaan, pinjaman pendidikan dan pinjaman kerajaan, serta lain-lain yang diambil oleh individu berumur dalam lingkungan 22 tahun sehingga 65 tahun bagi tempoh suku pertama (Q1) 2020 hingga suku pertama (Q1) 2021.

Rajah 1: Perubahan Jumlah Permohonan untuk Pinjaman Kredit Pengguna Mengikut Kumpulan Umur (1Q2020 hingga 1Q2021)

(Pinjaman Kredit Pengguna: Kad Kredit, Pinjaman Peribadi, Overdraf, Gadai Janji, Pinjaman Kenderaan, Pinjaman Kerajaan & Pinjaman Pendidikan, serta lain-lain)

Kadar permohonan pinjaman mencatatkan penurunan bagi semua peringkat umur ketika Malaysia memasuki fasa PKP 1.0 pada suku kedua (Q2) 2020; dengan kesan ketara bagi pengguna berumur dalam lingkungan 51 tahun dan keatas (masing-masing pada -56% & -57% untuk dua kumpulan paling matang). Pengguna berumur 51 tahun dan keatas kekal konservatif dalam permohanan pinjaman sepanjang 2020 dan suku pertama 2021. Kebanyakan mereka yang tergolong dalam kumpulan ini mengambil pendekatan tunggu dan lihat serta cenderung untuk menangguhkan sebarang permohonon kredit baru.

Manakala, pengguna lebih muda dalam lingkungan umur 22 sehingga 35 tahun dilaporkan membuat lebih banyak permohonan kredit akibat keterjejasan ekonomi berikutan PKP 2.0 pada permulaan (Q1) 2021. Permohonan ini melibatkan mereka dalam linkungan umur 22 dan 28 tahun dengan peningkatan permohonan sebanyak 37% pada suku pertama (Q1) 2021. Trend yang sama turut dilaporkan bagi mereka dalam lingkungan umur 29 dan 35 tahun (22%) walaupun dalam kadar yang sederhana berbanding kumpulan usia yang lebih muda.

Bank Negara Malaysia (BNM) menekankan bahawa 47% golongan muda Malaysia mempunyai hutang kad kredit yang tinggi. Kebanyakan kes bankrap berpunca dari ketidakupayaan menanggung hutang yang merangkumi pembelian ansuran, pinjaman peribadi, dan hutang kad kredit. Perkara ini amat membimbangkan kerana ia melambangkan kadar celik kewangan dalam kalangan golongan muda Malaysia.

“Kadar celik wang yang rendah, terutamanya kesedaran kesihatan kredit, merupakan cabaran lazim dalam kalangan golongan muda di Malaysia. Analisis terkini i-SCORE Experian mengukuhkan keperluan pendidikan mengenai kepentingan kesihatan kredit dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini amat penting kerana ketidakstabilan ekonomi COVID-19 berterusan, akan membawa kesan kepada negara atau individu. Kempen Know Money Experian merupakan sebahagian dari komitmen jangka panjang kami untuk memperbaiki kadar celik kewangan di Malaysia. Menerusi kempen ini, kami berharap agar dapat terus memberikan pendidikan kepada rakyat Malaysia akan kepentingan kesihatan kredit supaya mereka faham bahawa ia langkah utama bagi pengurusan dan kawalan kewangan peribadi lebih baik buat jangka panjang,” kata Dawn Lai, Ketua Pegawai Eksekutif, Experian Services (Malaysia) Sdn. Bhd.

Moratorium membantu pengguna skor kredit rendah, namun mereka mempunyai risiko kelalaian bayaran yang tinggi jika moratorium tidak diteruskan pada masa hadapan

Rajah 2: Perubahan Skor Kredit – i-SCORE Nilai Risiko (1Q2020 hingga 1Q2021)

Nilai risiko i-SCORE mengkategorikan individu kepada kumpulan rendah, “Weak, Fair, Good dan Strong”. Graf menunjukkan perubahan peratus julat i-SCORE bagi setiap Kadar Risiko jika dibandingkan dengan julat i-SCORE lain ketika pra-moratorium pada tahun 2019.

Kadar Risiko kekal tidak berubah bagi individu yang dikategorikan dalam kumpulan sederhana, baik dan bagus. Namun mereka yang tergolong dalam kategori lemah secara umum berisiko bagi kelalaian pembayaran kerana dipengaruhi oleh kadar pembayaran lebih rendah. Menurut Majlis TIndakan Ekonomi (EAC), lebih dari 600,000 isi rumah dari kumpulan pendapatan M40 jatuh ke kumpulan B40 kerana krisis COVID-19 telah memberikan impak kritikal kepada pendapatan rakyat Malaysia. Namun begitu, kepelbagaian skim pembayaran balik (sebagai contoh pembekuan bayaran, struktur semula, penangguhan bersasar) telah memberikan peningkatan skor sementara dan diharapkan kembali normal pada pengakhiran inisiatif ini. Langkah-langkah moratorium sektor pembankan yang didorong oleh kerajaan telah sedikit sebanyak membantu dalam menormalkan prestasi skor kredit, terutamanya mereka dengan skor yang rendah.

Persatuan Bank Malaysia (ABM) menggalakkan bayaran balik oleh pemiutang yang berkemampuan, kerana ini akan membantu mengurangkan jumlah keseluruhan pinjaman. Bagi golongan yang masih mengalami kesukaran pembayaran, langkah proaktif kepada bank bagi permohonan bantuan amatlah disarankan. Namun, pengguna dengan skor kredit yang rendah berdepan risiko yang tinggi apabila Malaysia menghentikan moratorium. Ini kerana, golongan ini perlu memberi perhatian lebih untuk menguruskan kredit mereka.

Perubahan kelalaian pembayaran rendah kerana moratorium, namun pengguna harus mengambil langkah proaktif untuk menguruskan kesihatan kredit ketika ketidakstabilan berpanjangan

Rajah 3: Perubahan Kadar dalam Kelalaian Pembayaran berdasarkan Risiko Nilai (3Q2020 berbanding 3Q2019)

Perbandingan suku ketiga (Q3) 2020 ke suku ketiga (Q3) 2019, kadar kelalaian bayaran awal (60 hari selepas tempoh bayaran) direkodkan lebih rendah, selepas moratorium automatik dan bersasar. Ini sejajar dengan laporan oleh BNM, yang menekankan dengan langkah bantuan pembayaran balik sasaran yang dijalankan, tunggakan dan kelalaian pembayaran isi rumah dalam sistem perbankan mencatatkan peningkatan minima selepas tempoh moratorium automatik berakhir. Pinjaman isi rumah pada Fasa 2, diklasifikasikan sebagai “Kurang Prestasi” telah meningkat kepada 7.3% (June 2020: 5.6%), memaparkan peningkatan risiko kredit dalam kalangan peminjam isi rumah.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh institusi kewangan bagi mereka yang terjejas teruk pada musim pandemik dengan lanjutan moratorium automatik ke moratorium bersasar. Ini ditambah dengan kriteria ketat pinjaman oleh institusi kewangan ketika pandemik telah membawa kepada penurunan kadar kelalaian pembayaran jangka pendek. Tatkala kita beralih keluar dari moratorium, pengguna dalam kategori kelalaian bayaran yang rendah di sebabkan oleh moratorium kini perlu bersedia dalam menguruskan pinjaman mereka agar lebih proaktif dan memperbaiki prestasi bayaran balik – dengan ilmu, cara yang berkesan serta penjejakan prestasi pembayaran yang konsisten.

Oleh itu, Kempen Know Money memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan kesedaran kesihatan kredit di samping menekankan kepentingan mengekalkan kesihatan kredit yang baik bagi pengurusan kewangan peribadi untuk jangka masa terdekat dan dalam lingkungan keadaan ekonomi yang tertekan.

“Kewangan peribadi bukan topik mudah untuk dibincangkan, tetapi situasi kita pada hari ini menunjukkan pentingnya untuk mengenalpasti punca tekanan kredit pengguna. Ia amat penting untuk kami membantu pengguna dan Malaysia untuk menjadi lebih celik kewangan untuk jangka masa dekat dan panjang. Kerjasama strategik merupakan kunci kepada pencapaian ini. Kami berharap untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk merealisasikan cita-cita ini,” ujar Lai.

Julai ini, bersempena dengan Bulan Kesihatan Kredit, Experian ingin menawarkan laporan kredit peribadi secara percuma yang merangkumi data i-SCORE Experian dan Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS). Tambahan, Experian juga akan memberikan potongan 50% kepada produk pengguna sepanjang bulan Julai. Untuk memastikan jangkauan pendidikan kewangan di kalangan rakyat Malaysia lebih menyeluruh, beberapa sesi pendidikan percuma serta aktiviti akan dilaksanakan secara berfasa pada bulan-bulan seterusnya dengan kerjasama Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK), iMoney dan RinggitPlus.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Know Money dan cara mendapatkan laporan kredit percuma, layari laman kempen.

MENGENAI EXPERIAN

Experian adalah syarikat perkhidmatan maklumat global terkemuka di dunia. Saat-saat terpenting dalam kehidupan – dari membeli rumah atau kereta, menghantar anak melanjutkan pelajaran, sehinggalah mendapatkan pelanggan baharu untuk mengembangkan perniagaan – kami meletakkan kuasa di tangan pengguna dan pelanggan kami untuk menguruskan data mereka dengan yakin. Antaranya, kami membantu individu untuk mengawal kewangan mereka dan mengakses perkhidmatan kewangan. Kami turut membantu perniagaan untuk membuat keputusan yang lebih bijak supaya mereka dapat berkembang lebih maju. Selain itu, kami membantu pemberi pinjaman untuk memberi pinjaman dengan lebih bertanggungjawab, di samping membantu organisasi untuk mencegah penipuan dan jenayah identiti.

Kami mempunyai 17,800 pekerja yang beroperasi di 45 negara dan saban hari, kami melabur ke arah teknologi baharu, bakat baharu dan inovasi untuk membantu semua pelanggan kami memaksimumkan setiap peluang yang tiba. Kami disenaraikan di Bursa Saham London (EXPN) dan tersenarai dalam FTSE 100 Index.

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.