Kena Ada 5 Obsesi Ini Untuk Berjaya Dalam Kehidupan

Sama ada mahu bergelar seorang jutawan, ahli perniagaan atau mahu berjaya dalam pekerjaan dan kehidupan, anda perlu mempunyai obsesi. Obsesi ini merujuk kepada benda yang anda sangat sukai.

Mungkin daripada satu sudut, obses boleh mendatangkan bahaya. Tetapi untuk berjaya sebenarnya memerlukan anda mempunyai obsesi yang sihat.

1. Obsesi Dengan Masa

Apabila anda obses terhadap masa, anda akan sedar tentang kepentingan masa dalam kehidupan. Kita semua ada 24 jam sehari dan masa tidak akan berulang.

Dengan memahami konsep ini, anda tidak akan mensia-siakan masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Sebaliknya anda akan memanfaatkan masa dengan membuat perkara yang penting saja.

2. Obsesi Dengan Ilmu

Setiap orang kena menimba ilmu untuk upgrade diri sendiri. Apabila anda obses dengan ilmu, anda akan sedar bahawa lagi banyak anda tahu tentang sesuatu, lagi banyak yang anda tak tahu sebenarnya.

Ini kerana ilmu adalah tidak terbatas. Tak rugi sekiranya anda obses dengan ilmu dan sentiasa dahagakan ilmu yang baru.

3. Obsesi Dengan Bahan Bacaan

Orang yang berjaya adalah orang yang rajin membaca. Mereka pembaca yang rakus kerana mereka sentiasa ingin tahu ada yang berlaku di sekeliling mereka.

Banyak idea dan perspektif baru boleh diperolehi yang boleh membantu dalam perniagaan, walaupun ianya sesuatu yang di luar industri atau bidang yang mereka sedang ceburi.

4. Obsesi Dengan Kelebihan Sendiri

Daripada fokus kepada kelemahan, mereka yang mahu berjaya akan memilih untuk memperbaiki kelemahan mereka. Dan mereka beri tumpuan kepada kekuatan yang mereka miliki.

Semakin banyak anda obses untuk meningkatkan kekuatan, semakin bertambah baik anda akan jadi.

5. Obsesi Dengan Kejayaan

Ramai orang yang tak percaya bahawa mereka boleh berjaya. Jika anda mampu untuk memecahkan had anda dan berusaha sedaya upaya, maka kejayaan pasti akan datang.

Perhatikan mereka yang obses untuk berjaya. Mereka sentiasa mencari jalan untuk mendorong diri mereka maju ke hadapan, walaupun mungkin ada risiko untuk gagal.

Hakikatnya, kegagalan adalah pemangkin yang diperlukan untuk memecahkan had dan mencipta sesuatu yang luar biasa.

Kesimpulannya, obsesi ini semua merupakan cara untuk mendorong diri untuk lebih berjaya. Namun begitu, jangan sesekali mudah mengalah apabila berdepan dengan kegagalan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.