Aplikasi Kitajaga Perlukan RM200,000 Untuk Menampung Perbelanjaan Operasi

Kitajaga, sebuah aplikasi sosial mudah alih bertujuan untuk menyokong individu dan keluarga yang terjejas akibat wabak COVID-19, telah melancarkan kempen pendanaan awam (crowdfunding) amal di GlobalSadaqah, sebuah platform yang memenangi anugerah pengurusan CSR, Zakat dan Wakaf. Aplikasi Kitajaga ingin mengumpul dana sebanyak RM200,000.

Aplikasi Kitajaga dibangunkan oleh sekumpulan pemaju tempatan di Terato Tech, sebuah syarikat pembangunan aplikasi ketika kempen #KibarBenderaPutih giat dijalankan di seluruh Malaysia.

Aplikasi web pada mulanya dibangunkan sebagai Minimum Viable Product (MVP)untuk pemaju aplikasi ini menguji sama ada konsep meletakkan bendera putih pada peta digital bersama Call to Action (CTA), akan membolehkan orang ramai untuk memberi atau meminta pertolongan dengan lebih mudah.

Kitajaga melancarkan kempen ini bagi memastikan bahawa ia dapat terus menyumbang kepada negara, khususnya ribuan pengguna yang menggunakan platformnya secara percuma. Aplikasi ini telah berkembang menjadi projek CSR dalaman Terato namun disebabkan oleh penggunaan yang tinggi, kos operasi telah meningkat. Satu sesi kutipan derma yang ringkas di platform ini telah mendapat sokongan padu daripada orang ramai, mengumpulkan lebih daripada RM100,000 dalam tempoh selama dua minggu.


Dengan dana ini, ia mengembangkan dan melancarkan ciri baru bagi membolehkan pembelian langsung dengan penghantaran barang keperluan dan makanan kepada penerima sumbangan dan pelbagai penambahbaikan dilakukan dalam isu privasi dan keselamatan pengguna.

Dana ini juga akan digunakan untuk meningkatkan kelestarian serta daya maju kewangan dan untuk meningkatkan operasi. Sebagai sebahagian daripada pertumbuhan ini, platform ini ingin melancarkan versi baru aplikasi tempatan mereka, versi yang dilokalkan di Filipina, diikuti oleh lima negara pasaran lain pada bulan akan datang.

Ini adalah masa-masa sukar dan kami melihat perlunya platform ini sebagai cara untuk membolehkan orang ramai untuk bersatu dan memberi bantuan kepada mereka yang telah terjejas teruk oleh wabak ini. Ramai yang bergelut dengan kehidupan akibat daripada wabak COVID-19, dan apa yang kami lihat adalah permintaan pertolongan yang biasa adalah untuk keperluan makanan sementara mereka yang mempunyai anak kecil
meminta lampin dan susu formula

Reza Razali, Pengasas Kitajaga.co

Ketua Pegawai Eksekutif GlobalSadaqah, Ifran Tarmizi berkata kempen pendanaan awam yang dilakukan oleh Kitajaga amat signifikan dalam memastikan agar platform ini dapat terus menyumbang kepada mereka yang memerlukan dan seterusnya mengembangkan usaha ini kepada pasaran lain yang berpotensi.

GlobalSadaqah bekerjasama dengan pihak berkepentingan termasuk badan agama, yayasan, bank, korporat dan orang ramai untuk meningkatkan kecekapan, kelestarian dan kesan kewangan sosial. Matlamat utama mereka adalah untuk memudahkan orang dalam membuat amal, bantuan secara terus dan bermanfaat sambil memastikan sumbangan diberikan kepada mereka yang sangat memerlukan.

Antara rakan strategik mereka yang terkenal termasuk The Noor (aplikasi gaya hidup Muslim), HelloGold, Alliance Islamic Bank, dan iSaham. Rakan kongsi utama dalam kerja amal termasuk Agensi Bantuan Malaysia (MRA), Waqaf An-Nur, Teach for Malaysia (TFM)
dan Cinta Syria Malaysia (CSM)

Penyumbang boleh menyumbang dalam kempen ini serendah RM10 di https://globalsadaqah.com/kitajaga-op1

Previous ArticleNext Article

Majlis Perasmian Ar-Rahnu KOBANAS Cawangan Wangsa Melawati & KOBANAS Wellness

Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, 10 Januari 2026  — Majlis  Perasmian Ar-Rahnu Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS) Cawangan Wangsa Melawati serta  KOBANAS Wellness telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh bermakna dan  berprestij.

 Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Dihormati Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin  Jalal (B), Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Turut hadir ialah YBrs. Tuan Haji  Efendee O. P. Andu, Naib Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) SKM, YBrs.  Tuan Haji Fadilah bin Salim, Pengarah SKM Cawangan Wilayah Persekutuan, barisan pegawai  kanan SKM serta Encik Hamzah bin Haji Ibrahim, Pengerusi KOBANAS bersama Ahli Lembaga  Koperasi KOBANAS.

 Pembukaan cawangan kelima Ar-Rahnu KOBANAS ini mencerminkan iltizam berterusan  koperasi dalam memperluas akses kepada perkhidmatan kewangan patuh Syariah, di samping  memperkukuh keyakinan anggota serta meningkatkan daya saing dan ketahanan KOBANAS  sebagai sebuah entiti ekonomi yang mampan.

 Majlis ini turut mengetengahkan kerjasama strategik antara KOBANAS dan I-Medikel dalam  pengoperasian Farmasi KOBANAS di Alam Budiman, selain pelancaran KOBANAS Wellness  yang menawarkan pelbagai produk kesihatan bagi mempromosikan amalan gaya hidup sihat  dalam kalangan anggota dan komuniti setempat.

 Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat, majlis ini turut menyaksikan  penyampaian cek cura sumbangan Program Ihya’ Ramadan kepada Masjid Al-Muttaqin,  Wangsa Melawati, sebagai tanda komitmen KOBANAS dalam menyokong pembangunan sosial  dan kesejahteraan masyarakat setempat.

 Secara keseluruhannya, majlis perasmian ini mencerminkan komitmen berterusan KOBANAS  dalam memperkukuh perkhidmatan koperasi, menyokong kesejahteraan komuniti serta  memacu pertumbuhan koperasi yang inklusif dan mampan selaras dengan aspirasi  pembangunan ekonomi negara.