Empat Penggerak Utama Pasaran Kewangan Global Minggu Ini (18-22 Mac 2019)

Tumpuan pasaran global pada minggu ini akan terarah kepada mesyuarat Federal Reserve (Fed) dan sudah tentu kesinambungan kisah Brexit. Para pelabur menjangkakan kadar faedah di Amerika Syarikat akan kekal dan akan meneliti isyarat yang diberikan bank pusat Amerika Syarikat itu tentang hala tuju kenaikan kadar faedah di masa hadapan.

Seperti yang kita tahu, pembuat dasar Fed meramalkan dua lagi kenaikan kadar faedah pada 2019, tetapi data ekonomi terbaru AS tidak menyokong ramalan tersebut. Di antara sebab utama kemerosotan data adalah perang perdagangan AS-China dan pakar ekonomi melihat berkemungkinan kadar sama sekali tidak dinaikkan tahun ini.

Daripada segi kesan kepada pasaran saham, perubahan nada kenyataan yang dikeluarkan oleh Fed sejak awal tahun ini telah banyak membantu kenaikan saham di Amerika Syarikat. Komen yang lebih dovish (cenderung menurunkan kadar faedah) telah menyokong kenaikan indeks S&P 500 sebanyak 6% sejak 30 Januari 2019.

Lebih banyak drama dalam isu Brexit pada minggu ini dengan Perdana Menteri UK (Theresa May) akan mencuba nasib beliau untuk kali ketiga bagi meluluskan perjanjian Brexit UK-EU. Untuk rekod, usul perjanjian Brexit cadangan beliau telah ditolak sebanyak dua kali pada Januari lepas dan terbaru semasa undian minggu lepas (13 Mac 2019).

Satu lagi peristiwa penting pada minggu ini adalah mesyuarat Bank of England (BoE) iaitu bank pusat bagi United Kingdom. BoE dijangka akan terus berhati-hati dalam penetapan dasar monetari memandangkan masalah dalam isu Brexit masih belum selesai.

Satu petunjuk aktiviti ekonomi Eropah akan dikeluarkan pada penghujung sesi dagangan minggu ini. Data ini penting untuk menjadi isyarat perkembangan ekonomi semasa global memandangkan blok Eropah adalah ekonomi terbesar dunia.

Berikut adalah empat tumpuan utama pasaran untuk minggu ini.

1. Penetapan Dasar Monetari Federal Reserve Amerika Syarikat (Khamis)

Mesyuarat Fed kali ini bakal  menjadi di antara mesyuarat yang penting pada tahun ini, dengan adanya unjuran dan ramalan ekonomi Amerika Syarikat. Dasar yang ditetapkan akan diumumkan pada hari Khamis (19 Mac 2019) pukul 2 pagi di mana kenyataan dasar dikeluarkan bersama dengan unjuran ekonomi.

Bank pusat yang sebelum ini dilihat hawkish (cenderung menaikkan kadar faedah) telah bertukar kepada dovish (cenderung menurunkan kadar faedah) sejak Januari 2019 yang mana mereka berikrar untuk terus bersabar dalam kenaikan kadar. Unjuran ekonomi terbaru pada Disember 2018 menunjukkan bank pusat menurunkan ramalan kenaikan kadar 2019 daripada tiga kali kepada hanya dua kali sahaja.

Adakah mereka akan mengurangkan unjuran kali ini daripada dua kepada satu kali kenaikan sahaja? Sama-sama kita nantikan Khamis nanti.

2. Satu Lagi Undian Brexit (Rabu)

Nampaknya Theresa May masih tidak mahu mengalah selepas perjanjian Brexit beliau ditolak sebanyak dua kali. Beliau cuba memberi tekanan kepada Parlimen UK dengan mengugut untuk melanjutkan tempoh Brexit lebih lama jika usul perjanjian UK-EU itu ditolak sekali lagi pada hari Rabu (20 Mac 2019).

Minggu lalu kita telah menyaksikan tiga undian telah dibuat di Parlimen UK yang membawa kepada hasil akhir penangguhan keluar UK dari Kesatuan Eropah (EU) lebih dari tarikh asal 29 Mac 2019. Undian ketiga minggu lalu menunjukkan majoriti ahli Parlimen mahu melihat masa depan UK yang lebih jelas selepas Brexit dengan mendapat perjanjian yang sewajarnya dari EU.

Walaupun tarikh keluar Brexit ditangguhkan daripada tarikh 29 Mac, tetapi kerajaan perlu memujuk EU supaya bersetuju memberikan apa yang dikehendaki Parlimen UK terutamanya dalam isu sempadan Ireland.

Ia bukanlah satu perkara mudah kepada Theresa May, kerana pihak EU juga tegas dalam pendirian mereka. Untuk pengetahuan anda, isu Brexit ini telah menghantui pasaran UK terutamanya matawang Sterling sejak hampir tiga tahun yang lepas.

3. Penetapan Dasar Monetari Bank Pusat UK (Khamis)

Ia bukanlah satu perkara yang mudah kepada Bank of England (BoE) untuk menggubal dasar dalam situasi ketidakpastian Brexit. Selepas referendum Brexit Jun 2016, nampaknya cabaran semakin besar kepada BoE untuk menentukan halatuju dasar kewangan ekonomi kelima terbesar dunia itu.

Selepas mesyuarat berlangsung selama dua hari, dasar yang ditetapkan akan diumumkan pada pukul 8 malam hari Khamis (21 Mac 2019). Dijangka tiada sebarang perubahan kepada dasar semasa, kerana BoE masih menanti kepastian dalam isu Brexit sama ada keluar tanpa perjanjian atau berjaya memeterai perjanjian perdagangan bersama Kesatuan Eropah.

4. Petunjuk Ekonomi PMI Zon-Eropah (Jumaat)

Data sama yang dikeluarkan pada bulan lalu menunjukkan sedikit peningkatan, tetapi pemerhati pasaran melihat ekonomi hampir dengan stagnasi dan menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang perlahan pada suku pertama 2019.

Sejak pertengahan tahun lalu, aktiviti ekonomi di Eropah dilihat semakin perlahan dan peningkatan data baru-baru ini bukanlah bukti kukuh kepada kebangkitan ekonomi kerana indeks pengeluaran pada Februari mencatat bacaan di bawah paras 50. Ini menunjukkan kemelesetan dalam industri di Eropah buat kali pertama sejak enam tahun lalu.

Bagi Bank Pusat Eropah (ECB), data minggu ini akan diteliti sama ada penurunan aktiviti ekonomi sebelum ini adalah sementara atau semakin buruk. Ini akan memberikan gambaran lebih jelas kepada bank pusat Eropah itu dan pemain pasaran secara keseluruhan.

Ditulis oleh Rolandshah Hussin, seorang pelabur runcit dalam pasaran kewangan. Beliau adalah graduan dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dan kini memegang jawatan sebagai penganalisis konten di sebuah syarikat yang berpangkalan di China.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FGV Terima Tawaran Pengambilalihan Tanpa Syarat Daripada Felda Pada RM1.30 Sesaham


KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) — FGV Holdings Bhd (FGV) menerima tawaran pengambilalihan sukarela tanpa syarat daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang bertujuan untuk mendapatkan semua baki saham dalam syarikat itu yang belum dimilikinya.

Menerusi notis yang dikeluarkan oleh Maybank Investment Bank Bhd bagi pihak Felda, tawaran itu mencadangkan bayaran tunai sebanyak RM1.30 sesaham untuk semua saham biasa FGV yang tidak dipegang oleh Felda ketika ini.

Setakat 20 Mei 2025, jumlah modal saham terbitan FGV adalah sebanyak RM7.02 bilion, terdiri daripada 3.64 bilion saham biasa dan satu saham khas dipegang oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan).

Pada masa ini Felda memiliki 69.50 peratus ekuiti FGV, berjumlah 2.53 bilion saham.

Dengan tawaran baharu ini, Felda dan pihak-pihak yang menyelaras bersama  (PAC) secara kolektif memegang pegangan kawalan sebanyak 86.93 peratus dalam syarikat gergasi perladangan dan perniagaan tani itu.

Pihak PAC termasuk anak syarikat milik penuh Felda, Felda Asset Holdings Company Sdn Bhd, bersama-sama dengan kerajaan negeri Pahang.

PAC lain termasuk Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Bhd, yang lembaga pengarahnya terdiri daripada pengurusan Felda, serta Sulong Jamil Mohamed Shariff dan isterinya, Salina Samsudin.

Tawaran itu akan dikemukakan secara rasmi kepada pemegang saham melalui dokumen tawaran, yang menggariskan terma, syarat dan prosedur penerimaan.

“Dokumen ini, bersama-sama dengan borang yang berkaitan, akan dihantar sebaik sahaja Suruhanjaya Sekuriti mengesahkan tidak mempunyai ulasan lanjut lagi tentang kandungannya,” katanya.

Langkah itu menandakan usaha berterusan Felda untuk mengukuhkan pegangan dalam FGV, berikutan gerakan strategik sebelum ini untuk meningkatkan kepentingannya dalam syarikat itu.

Tawaran Felda untuk mendapatkan semua baki saham dalam FGV itu terbuka dalam tempoh sekurang-kurangnya 21 hari daripada tarikh notis.

Tempoh tawaran boleh dilanjutkan mengikut budi bicara Felda, dengan sebarang perubahan pada tarikh tutup akan diumumkan oleh Maybank Investment Bank sekurang-kurangnya dua hari lebih awal.

Tawaran itu hanya boleh ditarik balik dengan kebenaran bertulis daripada Suruhanjaya Sekuriti, yang mana dalam hal ini semua obligasi di bawah tawaran akan terbatal.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.