AXA Melancarkan “Smart Working” Untuk Meningkatkan Keseimbangan Hidup Bekerja

AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) baru-baru ini telah melancarkan Smart Working  ̶  cara kerja hibrid yang menggabungkan kerja  jarak jauh dan kehadiran di pejabat.

Menyedari bahawa pandemik COVID-19 telah membentuk semula tenaga kerja dan bekerja jarak jauh pada skala yang besar, AXA sebagai majikan yang progresif percaya betapa pentingnya untuk syarikat memikirkan semula amalan kerjanya bagi membina model perniagaan yang berdaya tahan dan lestari bagi menyokong pelanggan, pekerja dan masyarakat pada umumnya.

Memodelkan gaya kerja yang sejajar dengan tujuannya iaitu “Bertindak untuk kemajuan manusia dengan melindungi perkara yang penting”, AXA Smart Working menggabungkan aspek terbaik daripada kerja jarak jauh dan bekerja di pejabat, tanpa menyekat mana-mana pekerja AXA daripada bekerja sepenuh masa di pejabat atau di rumah pada bila-bila masa yang mereka mahu atau perlu. Penyesuaian sedemikian akan menawarkan AXA rangka seimbang yang menggabungkan fleksibiliti kerja jarak jauh, sambil mengekalkan pejabat sebagai tunjang untuk interaksi sosial dan pembangunan masyarakat.

Menurut Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA, para pekerjanya penting dalam pelancaran tempat kerja hibrid baharu dalam dunia pekerjaan pasca-COVID.

“Semasa ia merebak tahun lalu, kami berpeluang melihat kesan kerja jarak jauh pada skala besar terhadap organisasi kami dan kami sangat berbangga kerana kami dapat menyesuaikan diri dengan begitu cepat. Kami percaya masa depan pekerjaan tidak bergantung pada ‘di mana’ kita bekerja. Lebih penting ialah ‘bagaimana’ kita bekerja dan mencapai kejayaan walau di mana kita berada. Smart Working akan mencabar kemampuan kami untuk mencapai nilai-nilai kami, memupuk kolaborasi, pemikiran yang inovatif dan banyak lagi,” kata beliau.

AXA Smart Working adalah salah satu pemangkin utama untuk memacu nilai dan budaya Syarikat bagi menggalakkan kolaborasi, inovasi, pemerkasaan dan kepercayaan berterusan. Bekerja dari jarak jauh juga akan membantu para pekerja untuk mencapai keseimbangan hidup bekerja yang lebih baik, menggunakan sumber dengan cara yang lebih lestari dan memaksimumkan produktiviti dalam masa yang lebih singkat, lalu meningkatkan daya tahan dan kesejahteraan keseluruhan mereka. Model hibrid ini merupakan langkah penting dalam cita-cita keseluruhan AXA untuk menjadi salah satu majikan yang paling memberi inspirasi di peringkat global dan tempatan.

AXA Smart Working akan dilaksanakan secara progresif untuk semua pekerjaan yang layak untuk kerja jarak jauh. Fasa pertama akan dimulakan tahun ini untuk mengembangkan ekosistem yang menyokong Smart Working  ̶  dari pengaktifan teknologi, pengurusan perubahan, dasar dan pentadbiran hingga kesediaan pekerjanya. AXA juga akan memberi tumpuan untuk menyediakan pelbagai alat latihan demi meningkatkan keupayaan digital pekerja dan autonomi pengurusan pekerjanya dalam menerapkan cara kerja baharu ini untuk mendapatkan manfaat daripada model kerja hibrid ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PTPTN salur RM285,500 Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI

TANJONG MALIM, 29 September 2026 — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan Bantuan Lestari Siswa MADANI berjumlah RM285,500 kepada 571 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setiap pelajar menerima bantuan RM500 secara sekali bayar (one-off) dan tidak perlu dibayar balik, dengan bayaran dikreditkan ke akaun pelajar mulai 2 Oktober ini.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan antara usaha PTPTN membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan pengajian tanpa terlalu dibebani masalah kewangan.

“PTPTN berbesar hati untuk menyampaikan Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI yang melibatkan jumlah keseluruhan RM285,500.

“Setiap pelajar akan menerima RM500, tak perlu bayar balik. Ini yang kita berikan secara percuma dan secara one-off,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, semalam.

Ahmad Dasuki berkata PTPTN memperuntukkan RM120 juta bagi inisiatif berkenaan, dengan kira-kira 5,000 pelajar telah diluluskan setakat ini, namun hanya 1,500 pelajar menerima manfaat tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pelajar yang memenuhi syarat, khususnya mereka yang merupakan anak penerima eKasih dan belum memohon pinjaman PTPTN, supaya mendapatkan maklumat lanjut dan memanfaatkan peluang berkenaan.

Beliau berkata PTPTN bukan sahaja berperanan menyediakan pinjaman pendidikan, malah turut memberi penekanan terhadap budaya menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Beliau berharap Bantuan Lestari Siswa MADANI dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik selain meningkatkan taraf hidup keluarga dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

“PTPTN tetap komited untuk memastikan agenda pendidikan negara terus dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif yang sedang kita usahakan sekarang, selari dengan moto PTPTN, ‘Peluang Kejayaan Anda’,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata bantuan berkenaan amat bermakna kepada universiti memandangkan hampir 11,000 daripada kira-kira 30,578 pelajar UPSI merupakan golongan B40.

Beliau berkata perkara itu menggambarkan besarnya amanah dan tanggungjawab UPSI dalam memastikan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka sentiasa terpelihara.

“Agenda kebajikan mahasiswa bukan agenda sampingan. Ia merupakan satu agenda penting yang kita bawa untuk memastikan perjalanan pendidikan adik-adik menimba ilmu di Bumi Mualim ini sepanjang tiga, empat tahun terjaga,” katanya.

Hadir sama Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

Gambar 1: Ahmad Dasuki (tiga dari kanan, atas) bergambar bersama para pelajar UPSI yang merupakan penerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 2: Ahmad Dasuki bergambar bersama para pelajar UPSI yang menerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 3: Ahmad Dasuki (empat dari kanan) ketika menyerahkan cek cura Bantuan Lestari Siswa Madani yang bernilai RM285,500 kepada Norkhalid (tiga dari kiri) pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UPSI