Dunkin Donuts Bergerak Mengikut Peredaran Zaman Dengan Menukar Menu

Amerika Syarikat terkenal sebagai negara yang mempunyai banyak rangkaian perniagaan makanan yang popular yang boleh didapati di mana-mana negara di seluruh dunia. Di antara rangkaian popular yang berasal dari Amerika Syarikat adalah McDonald’s, KFC, Subway, Pizza Hut, Dominos Pizza dan sebagainya.

Dunkin Donuts juga merupakan rangkaian francais makanan yang popular di Amerika Syarikat dan Malaysia. Restoran ini telah mengalami pelbagai perubahan dan sehingga ke hari ini, mereka masih lagi mampu bersaing.

Apakah rahsia mereka?

Sejarah Dunkin Donuts

Dunkin Donuts diasaskan oleh William Rosenberg yang berasal dari Massachusetts. Beliau mendapat idea selepas Perang Dunia Kedua, dengan mendapati golongan pekerja di Amerika Syarikat mempunyai pilihan yang sedikit untuk makanan tengah hari.

Beliau merebut peluang tersebut dengan memperkenalkan menu baru yang terdiri daripada donut, sandwic dan kopi di kedai yang diberi nama Open Kettle.

Kredit Gambar: MAR-100

Sambutan yang diterima begitu menggalakan. Beliau kemudiannya meminjam duit sebanyak USD1,000 untuk membesarkan restorannya itu.

William Rosenberg kemudianya menukar nama kepada Dunkin Donuts selepas melihat kelakuan pelanggan yang mencelup donut ke dalam kopi sebelum memakannya.

Bagaimana Dunkin Donuts Berkembang?

Dunkin Donuts mula berkembang pada pertengahan tahun 1950-an. Orang yang bertanggungjawab dalam mengembangkan fracais ini adalah Howard Johnson yang memberi cadangan kepad William Rosenberg untuk mengembangkan lagi perniagaan restoran ini di seluruh Amerika Syarikat.

Pada tahun 1963, Dunkin Donuts telah membuka cawangannya yang ke-100. William Rosenberg telah meninggal dunia dan anak lelaki beliau telah mengambil alih perniagaan ayahnya.

Di bawah pengurusan anak lelakinya, Robert M. Rosenberg, Dunkin Donuts telah memperkenalkan pelbagai menu yang sedap bagi menarik minat lebih ramai pelanggan.

Dunkin Donuts Fokus Penjualan Kopi

Disebabkan persaingan yang sengit di dalam pasaran makanan, Dunkin Donuts terpaksa mengikut kehendak pelanggan mereka. Walaupun Dunkin Donuts terkenal dengan menjual donut sejak ianya ditubuhkan, pada tahun 2017 CEO syarikat tersebut telah membuat pengumuman yang mengejutkan dengan mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan menggugurkan perkataan donut dalam nama mereka.

Kredit Gambar: Delish

Tindakan ini sesuai dengan pendekatan Dunkin yang lebih fokus kepada minuman kopi. Perniagaan minuman kopi Dunkin lebih menyerlah jika dibandingkan dengan perniagaan donut yang mereka jalankan.

Perniagaan kopi Dunkin telah memberikan keuntungan yang lebih tinggi kepada syarikat berbanding dengan jualan donut.

Disebabkan hal tersebut, CEO Dunkin telah mengambil keputusan untuk fokus kepada jualan kopi walaupun terpaksa bersaing dengan gergasi kopi dunia iaitu Starbucks. Jika dibandingkan dengan Starbucks, Dunkin lebih lama memperkenalkan kopi kepada pelanggan mereka tetapi Starbucks merupakan syarikat yang telah merevolusikan minuman kopi.

Kredit Gambar: Daily Mail

Selain Starbucks, Dunkin turut bersaing dengan McDonald’s yang juga menjual minuman kopi di dalam produk makanan mereka. Mereka berdepan dengan saingan sengit kerana Starbucks menawarkan kopi premium manakala McDonald’s menjual kopi pada harga yang sangat rendah.

Dunkin pula berada di antara kedua-dua syarikat tersebut di dalam harga minuman kopi. Walaupun begitu, Dunkin tetap yakin dengan perniagaan kopi mereka kerana mereka telah mempunyai ramai pelanggan setia untuk produk makanan keluaran mereka.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wakaf: Cara ‘Pro’ Untuk Kurangkan Cukai Pendapatan

Bagi kebanyakan orang, musim e-Filing adalah musim kena keluarkan duit. Waktu inilah bermulanya episod memburu resit. Kita selongkar setiap laci dan emel, mencari segala resit buku, alatan sukan, SSPN, hinggalah ke caruman takaful semata-mata mahu memenuhkan setiap ruang pelepasan cukai yang ada. (situasi ini tidak lagi sesuai di zaman e-invois)

Persoalannya, adakah itu sahaja pelepasan cukai yang ada?

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, membayar cukai adalah sumbangan kita untuk pembangunan negara. Namun, sebagai pembayar cukai yang bijak, kita pasti mahu memanfaatkan setiap insentif yang disediakan oleh kerajaan untuk mengoptimumkan aliran tunai kita.

Sebenarnya, kerajaan melalui Akta Cukai Pendapatan 1967 telah menyediakan satu instrumen yang sangat istimewa namun jarang dimanfaatkan sepenuhnya: iaitu Wakaf Tunai. Di bawah Subseksyen 44(11D), sumbangan wakaf bukan sekadar satu ibadah harta, malah ia adalah instrumen perancangan cukai (tax planning) yang sangat efektif.

1. Kenapa Wakaf Lebih “Padu” Daripada Pelepasan Cukai Biasa?

Kebanyakan pelepasan cukai (relief) ada had yang kecil (RM2,500 – RM3,000). Tapi Wakaf di bawah Subseksyen 44(11D) membolehkan anda menolak sehingga 10% daripada pendapatan agregat. Makin tinggi pendapatan, makin “berbisa” kesan potongan Wakaf ni berbanding pelepasan (relief) biasa yang ada had. Jika pendapatan setahun anda RM100,000, pelepasan gaya hidup tetap terhad pada RM2,500. Tetapi melalui Wakaf, anda boleh memotong sehingga RM10,000 terus daripada pendapatan anda.

  • Pelepasan biasa: Mengurangkan pendapatan selepas dikira untung (kesannya kecil).
  • Wakaf: Mengurangkan pendapatan agregat (kesannya besar!). Ia boleh merendahkan tax bracket anda ke tahap yang jauh lebih rendah.

2. Simulasi

Bila anda sedang mengisi e-Filing, cari bahagian bertajuk DERMA / HADIAH / SUMBANGAN.

Anda perlu cari ayat: “Hadiah wang dalam bentuk wakaf kepada pihak berkuasa agama / badan agama / universiti awam…”. Masukkan JUMLAH (RM) sumbangan wakaf yang sepanjang tahun tersebut (berdasarkan resit rasmi yang anda terima).

Katakan pendapatan tahunan anda adalah RM60,000.

Tanpa Wakaf (RM)Dengan Wakaf (RM)
Pendapatan Agregat60,00060,000
Sumbangan Wakaf0(6,000)
Baki Pendapatan Agregat60,00054,000
Tolak Pelepasan Diri/KWSP/Gaya Hidup(15,000)(15,000)
Pendapatan Bercukai (A)45,00039,000

Pengiraan Cukai

Sekarang kita kira cukai berdasarkan baki (A) tadi:

Kes 1: Tanpa Wakaf (RM45,000)

  • RM35,000 pertama = RM600
  • Baki RM10,000 seterusnya (x 6%) = RM600
  • JUMLAH CUKAI KENA BAYAR = RM1,200

Kes 2: Dengan Wakaf (RM39,000)

  • RM35,000 pertama = RM600
  • Baki RM4,000 seterusnya (x 6%) = RM240
  • JUMLAH CUKAI KENA BAYAR = RM840

Dengan berwakaf, cukai anda menjadi RM840 sahaja. Anda jimat RM360 dan pada masa yang sama, anda sudah ada RM6,000 pelaburan akhirat yang pahalanya mengalir sampai kiamat.

Kalau orang kata: “Aku bayar zakat pun dah cukup kot…”

“Betul bos, Zakat itu wajib. Dalam Islam, 2.5% daripada harta kita itu bukan milik kita. Ia adalah hak asnaf yang “menumpang” dalam harta kita. Jika kita tak bayar, kita seolah-olah “memegang” harta orang lain. Wakaf itu pula macam kita buat “simpanan tetap” (fixed deposit) yang bagi dividen pahala sampai kiamat. Kalau sedekah itu macam bagi orang ikan, wakaf itu macam kita buatkan kolam.

Kalau boleh buat dua-dua, kenapa nak pilih satu? LHDN bagi tolakan untuk kedua-duanya.

PerkaraSituasi A (Zakat Sahaja)Situasi B (Zakat + Wakaf)
Pendapatan AgregatRM100,000RM100,000
Sumbangan WakafRM0(RM10,000)
Baki Pendapatan AgregatRM100,000RM90,000
Tolak Pelepasan Individu(RM15,000)(RM15,000)
Pendapatan Boleh DicukaiRM85,000RM75,000
Cukai Kasar (Anggaran)RM8,200RM6,100
Tolak Rebat Zakat(RM2,500)(RM2,500)
Cukai Perlu BayarRM5,700RM3,600

Pengiraan ini adalah sekadar ilustrasi sahaja. Nilai sebenar bergantung kepada pelepasan individu dan kadar cukai semasa.

2. Cara Nak Berwakaf (Saluran Rasmi)

1. Portal Rasmi (Paling Senang)

Layari laman web Wakaf Wilayah Persekutuan (www.wakafwilayah.com.my).

  • Boleh pilih projek spesifik yang nak dibantu.
  • Bayar terus guna FPX (online banking).
  • Resit digital biasanya akan dihantar terus ke emel.

2. Kaunter Zakat & Wakaf MAIWP/PPZ

Geng bisnes yang suka urusan face-to-face boleh terus ke kaunter PPZ-MAIWP yang berdekatan.

  • Cakap sahaja: “Saya nak buat Wakaf Tunai untuk potongan cukai.”
  • Dapat resit fizikal on-the-spot.

Semua negeri di Malaysia mempunyai institusi Wakaf masing-masing di bawah Majlis Agama Islam Negeri dan peraturan Subseksyen 44(11D) ini terpakai di seluruh Malaysia, bukan di Wilayah Persekutuan sahaja. Maksudnya, kalau anda duduk di Selangor, Johor atau Pulau Pinang anda tetap boleh guna strategi ini melalui institusi wakaf negeri masing-masing.

  • Selangor: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)
  • Johor: Saham Wakaf Johor (Yayasan Wakaf Johor)
  • Pulau Pinang: Wakaf Pulau Pinang
  • Perak: Wakaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR)
  • Kedah: Wakaf Kedah
  • Negeri Sembilan: Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan
  • Melaka: Wakaf Melaka
  • Pahang: Wakaf Pahang
  • Kelantan: Wakaf Tunai MAIK
  • Terengganu: Wakaf MAIDAM
  • Sabah: Wakaf Sabah (MUIS)
  • Sarawak: Tabung Baitulmal Sarawak