Peram Saham ‘Telur’ Pun Boleh Untung 100%

Mungkin ramai yang tak tahu, bahawa salah satu sektor yang popular dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia adalah sektor ayam dan telur ayam. Ya betul, sektor ayam dan telur ayam.

Di antara nama-nama syarikat yang terlibat dalam sektor ayam dan telur ayam adalah:

Sumber: iSaham

Untuk kajian dan sumber inspirasi kita hari ini, kita akan melihat secara spesifik kepada saham syarikat CCK Consolidated Holdings Berhad.

Siapakah Sebenarnya CCK Ni?

Nama penuhnya adalah CCK Consolidated Holdings Berhad, dan mempunyai pejabat di Kuching, Sarawak.

CCK Consolidated Holdings Berhad (396692-T)
Lot 999, Section 66, Jalan Keluli
Bintawa Industrial Estate
93450 Kuching, Sarawak, East Malaysia
EMAIL : [email protected]

Produk Keluaran CCK

Sumber: Laman Web CCK

Banyak sebenarnya produk keluaran CCK ni, cuma mungkin kita yang tak perasan bila membeli-belah di pasaraya. Selain daripada ayam dan telur ayam; ada juga bebola ikan, nuget, jejari ketam, sate, daging lembu, kambing, ikan serta udang. CCK juga sedang mengembangkan rangkaian pasar raya mereka di bawah jenama CCK Fresh Mart.

Prestasi jualan tahunan syarikat juga boleh tahan:

2014 – RM494 juta
2015 – RM559 juta
2016 – RM615 juta

Harga Saham Setahun Kebelakangan

Sumber: Bursa Marketplace

Keuntungan Sudah 100%

Berikut merupakan perkongsian portfolio saham CCK dari alumni Asri Ahmad Academy, Puan Roslinah Laikoi. Beliau mula membeli saham ini semasa harganya RM1 dan kini harganya telah menjadi RM2. Menurut beliau lagi, saham CCK ini untuk ‘diperam’ jangka masa panjang. Maknanya beliau mungkin belum menjual lagi saham tersebut. Nak tunggu berapa peratus agaknya tu baru nak jual?

Slowly but surely.
Jika ada ilmu, macam-macam boleh buat.
Simpan peram buat pekasam boleh
Jual beli jual beli pun boleh.

Berikut merupakan panduan nak baca portfolio saham di atas:

Qty on Hand – Bilangan unit saham yang dibeli
Avg Price – Harga saham semasa dibeli
Last – Harga semasa saham
Cost – Qty on Hand X Avg Price
Market – Qty on Hand X Last
Unrealized P/L $ – Nilai untung/rugi semasa
Unrealized P/L % – Peratus untung/rugi semasa

Keuntungan Hasil Beli-Jual, Beli-Jual

Beliau turut berkongsi beberapa bukti bagaimana keuntungan juga boleh dibuat dalam jangka masa pendek. Jika nak berjaya buat duit cepat sebegini perlu ada ilmu Teknikal Analisis, tahu bila nak beli dan bila nak jual.

Jangan takut tengok modal yang digunakan, poket kita tak sama. Tak kisahlah ada modal RM1,000 atau RM10,000, apa yang penting adalah mendapat ROI atau pulangan yang baik.

Rakyat Malaysia Suka Makan Ayam

Memang tidak dinafikan, rakyat Malaysia memang sangat suka makan ayam dan telur ayam. Mungkin sektor ayam di Bursa Malaysia tidaklah sepopular sektor Oil & Gas, Getah, Semikonduktor, Teknologi dan sebagainya, namun ia masih berpotensi memberikan pulangan yang cukup lumayan.

Samada sebagai seorang pelabur, peram sampai lebam. Atau sebagai seorang pedagang, jual beli dalam masa seminggu atau sebulan. Ini hanyalah contoh, kami tidak memberi sebarang saranan untuk membeli saham ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.