Casio bakal Lancar Model Kolaborasi Baharu Dengan Pasukan Lumba Scuderia Toro Rosso

TOKYO, 14 Mac 2019 /PRNewswire/ — Casio Computer Co., Ltd., hari ini mengumumkan pelancaran penambahan baharu kepada barisan kronograf sukan berprestasi tinggi EDIFICE yang menggabungkan reka bentuk dinamik dengan teknologi canggih. EDIFICE Scuderia Toro Rosso Edisi Terhad baharu didatangkan dengan tiga model yang direka dengan kerjasama pasukan lumba Formula One Scuderia Toro Rosso, yang mendapat sokongan Casio sebagai rakan kongsi pasukan rasmi.

The new Casio EDIFICE Scuderia Toro Rosso Limited Edition chronograph ECB-900TR
The new Casio EDIFICE Scuderia Toro Rosso Limited Edition chronograph ECB-900TR
The new Casio EDIFICE Scuderia Toro Rosso Limited Edition chronograph EFR-564TR
The new Casio EDIFICE Scuderia Toro Rosso Limited Edition chronograph EQS-920TR

Scuderia Toro Rosso membawakan tenaga mudanya dan kereta lumba yang dikuasakan oleh inovasi teknologi luar biasa ke litar, dalam mengejar kelajuan dengan bersemangat. Casio percaya bahawa kualiti ini amat sepadan dengan konsep jenama untuk EDIFICE dan telahpun menjadi rakan kongsi pasukan rasmi sejak tahun 2016.

Franz Tost, Ketua Pasukan Scuderia Toro Rosso berkata: “Lebih daripada mana-mana sukan lain, kejayaan dalam Formula 1 ditentukan oleh masa. Setiap saat diambil kira dan dengan adanya rakan kongsi seperti Casio EDIFICE yang berkongsi dedikasi yang sama terhadap perincian kepada reka bentuk dan pembangunan teknologi adalah kuncinya. Kronograf Casio EDIFICE Scuderia Toro Rosso Edisi Terhad baharu merupakan hasil daripada perhatian terhadap perincian ini yang benar-benar unik. Kombinasi antara teknologi canggih dan reka bentuk dinamik menonjolkan ciri-ciri yang sama kepada pengeluaran kereta Formula 1 kami.”

ECB-900TR, EQS-920TR dan EFR-564TR baharu mempunyai skema warna yang menerima pakai warna-warna merah, biru dan perak daripada mesin lumba Scuderia Toro Rosso. Reka bentuk keseluruhan jam tangan tersebut diinspirasikan oleh pandangan dunia sukan bermotor, dengan sentuhan khas seperti memberikan indeks jam dengan rupa taip yang menyerupai nombor kereta pasukan. Muka jam dan bekas belakang menampilkan logo pasukan, manakala jarum kedua dihiasi dengan warna-warna bendera Itali, tempat bertapak pasukan tersebut. Butiran ini memberi tambahan kepada reka bentuk model-model yang benar-benar layak untuk bekerjasama dengan pasukan Scuderia Toro Rosso. Jam tangan-jam tangan tersebut turut didatangkan dengan pempakejan khas.

Ketiga-tiga model menampilkan muka berbilang dimensi dan bezel rata, dengan ECB-900TR dan EQS-920TR turut menggunakan sistem kuasa pengecasan solar. ECB-900TR boleh digandingkan dengan telefon pintar melalui Bluetooth® untuk kemudahan penggunaan yang dipertingkat, membolehkan pengguna melaraskan masa dan mengawal fungsi-fungsi jam seperti masa dunia dan penggera daripada aplikasi telefon pintar. LCD di kedudukan jam 12 dan jam 9 memberikan pandangan yang boleh diakses kepada pelbagai maklumat.

Jam tangan-jam tangan ini akan menghubungkan pemilik-pemiliknya dengan pandangan dunia sukan bermotor dan pasukan lumba Scuderia Toro Rosso.

Spesifikasi

ECB-900TR 

Rintangan Air

100 meter

Ketepatan pada Suhu Normal

±15 saat sebulan (tanpa menghubungkannya dengan telefon pintar)

Spesifikasi

Komunikasi

Standard
Komunikasi

Bluetooth® tenaga rendah*

Julat Isyarat

Sehingga 2m (mungkin berbeza bergantung pada keadaan sekeliling)

Penggera

5 penggera berbilang fungsi (setiap hari, 1 kali, dijadualkan), isyarat masa setiap jam

Pemasa Kira Detik

Pemasa kira detik, unit ukuran: 1/10 saat; julat kira detik: 24 jam; julat tetapan masa mula kira detik: 1 saat hingga 24 jam (1-saat tambahan, 1-minit tambahan dan 1-jam tambahan)

Jam Randik

Kapasiti pengukuran: 00’00”000~59’59”999 (untuk 60 minit pertama), 1:00’00”0~23:59’59”9 (selepas 60 minit); unit ukuran: 1/1000 saat (untuk 60 minit pertama), 1/10 saat (selepas 60 minit); mod pengukuran: masa berlalu, masa pusingan; data yang dirakam: sehingga 200 rakaman (masa pusingan ukuran); kelajuan (0 hingga 400 unit/jam)

Fungsi Pautan Mudah Alih

Pelarasan masa automatik (empat kali sehari); masa dunia: lebih 300 bandar; pelarasan masa satu-sentuh; pencari telefon, dsb.

Ciri-ciri Lain

Masa dunia, penunjuk bateri, pensuisan auto waktu jimat siang, kalendar-auto sepenuhnya, nada operasi butang hidup/mati, dwilampu LED, dsb.

Sumber Kuasa

Sistem kuasa Tough Solar (sistem pengecasan-solar)

Anggaran Masa Pengoperasian Bateri

Tempoh operasi tanpa pendedahan kepada cahaya selepas dicaj penuh:

– Kira-kira 6 bulan dengan penggunaan fungsi-fungsi normal

– Kira-kira 19 bulan dengan fungsi penjimatan kuasa DIHIDUPKAN

*Beroperasi dengan ketepatan jam tangan kuarza biasa (pada ±15 saat sebulan) apabila digunakan tanpa menghubungkannya kepada telefon pintar.

Saiz Bekas Jam

51.5×48.0×13.9mm

Jumlah Berat

Kira-kira 163g

 * Tanda kata Bluetooth® dan logo merupakan tanda dagangan berdaftar Bluetooth SIG, Inc. dan sebarang penggunaan tanda ini oleh Casio Computer Co., Ltd. adalah di bawah lesen.

 

EQS-920TR 

Rintangan Air

100 meter

Jam Randik

Jam randik 1-saat; kapasiti pengukuran: 29’59”; mod pengukuran: masa berlalu, masa tempat pertama dan kedua

Ciri-ciri Lain

Paparan tarikh, penunjuk tahap bateri

Sumber Kuasa

Berkuasa solar

Ketepatan pada Suhu Normal

±20 saat sebulan

Anggaran Masa Pengoperasian Bateri

Kira-kira 5 bulan (bermula dengan caj penuh hingga jarum jam berhenti)

Saiz Bekas Jam

56.0 × 47.6 × 12.5 mm 

Jumlah Berat

Kira-kira 170g

 

Io EFR-564TR 

Rintangan Air

100 meter

Ketepatan pada Suhu Normal

±20 saat sebulan

Jam Randik

Jam randik 1/10-saat; kapasiti pengukuran: 59’59”99, masa berlalu, masa tempat pertama dan kedua

Ciri-ciri Lain

Penunjuk tarikh

Hayat Bateri

3 tahun dengan SR920SW

Saiz Bekas Jam

52.0×48.9×12.4mm

Jumlah Berat

Kira-kira 172g

Sumber: Casio Computer Company Ltd

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.