Konsep Ruang Dobi Pintar Haier Tetapkan Trend Baharu Dalam Industri Mesin Basuh

SHANGHAI, 14 Mac 2019 /PRNewswire/ — Haier melancarkan konsep ruang dobi pintar penetap trend di persidangan jenama global syarikat di Shanghai, mendemonstrasikan produk-produk terkini dan pencapaian-pencapaian teknologi yang mengubah pengalaman mendobi keluarga tradisional.

Konsep ruang dobi pintar baharu ini dibangunkan berkisarkan dua senario pembersihan rumah, bilik dobi cahaya matahari dan almari pintar. Dalam ruang yang inovatif, Haier menggabungkan banyak produk dan teknologi rintis seperti mesin basuh pendesak tanpa tong luar, mesin basuh dram generasi 3.0 Haier Crystal dan mesin cucian lembut dan penjagaan fabrik Casarte Fusion, selain cermin pintar, berserta mesin melipat dan seterika automatik untuk menyepadukan pengalaman mendobi dan penjagaan pakaian menyeluruh yang menyeronokkan.

Menjurus kepada pengalaman mendobi lebih baik

Haier has released a trendsetting smart laundry space concept at the company’s global brand conference in Shanghai.

Pada masa lalu, Haier telah menetapkan trend baharu dalam industri mesin basuh dan mencetuskan pembangunan dan kejayaan teknologi. Di persidangan ini, Haier mendemonstrasikan kedudukan kepimpinannya sekali lagi menerusi produk-produk yang cemerlang dalam teknologi pintar dan kecekapan mencuci sambil mempromosi penyelesaian mendobi yang sihat.

Mesin cucian lembut dan penjagaan fabrik Casarte Fusion terkininya membawakan penyelesaian empat-dalam-satu iaitu cucian-udara, cucian-air, pengeringan pam haba 10kg dan 7kg, produk pertama seumpamanya yang dapat mencapai hasil daripada empat mesin.

Sementara itu, mesin basuh dram Haier Crystal generasi 3.0 mempunyai diameter dram dobi lebih besar iaitu 601mm, menawarkan kitar cucian standard 49-minit yang paling cepat dalam pasaran.

Dalam sektor mesin basuh impeler, Haier terus mempromosi trend “Cucian Sihat” yang merealisasikan sifar saliran sisa dan cucian bebas habuk.

“Sedari awal, mesin basuh Haier direka, dinaik taraf dan menjalani inovasi dengan memberi tumpuan kepada keperluan pelanggan. Kami mencipta produk-produk revolusioner yang menjurus kepada trend industri seperti membasuh dengan senyap dan sihat. Matlamat kami adalah untuk mencipta pengalaman mendobi dan gaya hidup yang lebih baik untuk pelanggan global,” kata Li Yang, Naib Presiden dan Pengurus Besar Mesin Basuh Haier.

Latar Belakang Haier

Haier Home Appliance ialah jenama perkakas rumah No. 1 di dunia, dengan 10.5% bahagian pasaran global. Jenama-jenamanya termasuk Haier, Casarte dan Leader di China, GE Appliances di AS, Fisher&Paykel di New Zealand dan AQUA di Jepun. Bertujuan untuk menyediakan pengalaman kediaman pintar saling terhubung kepada pelanggan di mana-mana jua, Haier terus meningkatkan produk dan perkhidmatannya sambil membuat peralihan kepada platform keusahawanan yang bersifat terbuka. http://www.haier.net/en

Sumber: Haier Home Appliances

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PTPTN salur RM285,500 Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI

TANJONG MALIM, 29 September 2026 — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan Bantuan Lestari Siswa MADANI berjumlah RM285,500 kepada 571 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setiap pelajar menerima bantuan RM500 secara sekali bayar (one-off) dan tidak perlu dibayar balik, dengan bayaran dikreditkan ke akaun pelajar mulai 2 Oktober ini.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan antara usaha PTPTN membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan pengajian tanpa terlalu dibebani masalah kewangan.

“PTPTN berbesar hati untuk menyampaikan Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI yang melibatkan jumlah keseluruhan RM285,500.

“Setiap pelajar akan menerima RM500, tak perlu bayar balik. Ini yang kita berikan secara percuma dan secara one-off,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, semalam.

Ahmad Dasuki berkata PTPTN memperuntukkan RM120 juta bagi inisiatif berkenaan, dengan kira-kira 5,000 pelajar telah diluluskan setakat ini, namun hanya 1,500 pelajar menerima manfaat tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pelajar yang memenuhi syarat, khususnya mereka yang merupakan anak penerima eKasih dan belum memohon pinjaman PTPTN, supaya mendapatkan maklumat lanjut dan memanfaatkan peluang berkenaan.

Beliau berkata PTPTN bukan sahaja berperanan menyediakan pinjaman pendidikan, malah turut memberi penekanan terhadap budaya menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Beliau berharap Bantuan Lestari Siswa MADANI dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik selain meningkatkan taraf hidup keluarga dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

“PTPTN tetap komited untuk memastikan agenda pendidikan negara terus dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif yang sedang kita usahakan sekarang, selari dengan moto PTPTN, ‘Peluang Kejayaan Anda’,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata bantuan berkenaan amat bermakna kepada universiti memandangkan hampir 11,000 daripada kira-kira 30,578 pelajar UPSI merupakan golongan B40.

Beliau berkata perkara itu menggambarkan besarnya amanah dan tanggungjawab UPSI dalam memastikan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka sentiasa terpelihara.

“Agenda kebajikan mahasiswa bukan agenda sampingan. Ia merupakan satu agenda penting yang kita bawa untuk memastikan perjalanan pendidikan adik-adik menimba ilmu di Bumi Mualim ini sepanjang tiga, empat tahun terjaga,” katanya.

Hadir sama Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

Gambar 1: Ahmad Dasuki (tiga dari kanan, atas) bergambar bersama para pelajar UPSI yang merupakan penerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 2: Ahmad Dasuki bergambar bersama para pelajar UPSI yang menerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 3: Ahmad Dasuki (empat dari kanan) ketika menyerahkan cek cura Bantuan Lestari Siswa Madani yang bernilai RM285,500 kepada Norkhalid (tiga dari kiri) pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UPSI