Cristiano Ronaldo Lancar Buku Komik “Striker Force 7”

OS ANGELES, 5 Mei 2019 /PRNewswire/ — Bintang handalan yang terhebat di dunia kini menjadi adiwira hebat yang seterusnya di dunia! Cristiano Ronaldo, atlet bintang handalan ikonik melancarkan buku komik pertama beliau untuk “Striker Force 7” sebagai sebahagian daripada “Hari Buku Komik Percuma” melalui penjual-penjual buku komik di seluruh negara pada hujung minggu ini.

Dipimpin oleh Cristiano, sekumpulan ejen dengan kuasa super yang berbagai-bagai ragam dari seluruh dunia perlu melindungi Bumi daripada kemusnahan – dengan syarat Cristiano dapat mengajar mereka cara bekerjasama sebagai sebuah pasukan! Mereka berada di sini untuk menyelamatkan Bumi – tetapi, siapakah yang akan menyelamatkan mereka dari satu sama lain!?

“Saya sentiasa menjadi peminat adiwira dan saya teruja untuk membantu mencipta siri animasi yang baharu ini,” ulas Cristiano Ronaldo. “Sebagaimana sukan bola sepak menghubungkan budaya dan orang ramai di serata dunia, saya percaya bahawa watak-watak dan wira-wira animasi yang hebat dapat melakukan yang sama dan atas sebab itulah saya berasa teruja untuk menggabungkan minat antara bola sepak dan adiwira ini melalui projek ini dan berkongsi bersama peminat-peminat saya.”

Striker Force 7 ialah sebuah kisah baharu, dicipta oleh Cristiano Ronaldoserta pencipta watak adiwira, Sharad Devarajan dan buku komik ini adalah berdasarkan siri animasi yang kini sedang dihasilkan. Cristiano dan Devarajan merupakan Penerbit-penerbit Eksekutif untuk siri animasi ini, berserta Diego Guarderas daripada VMS Communications, pasukan Polaris Sports dan Jeevan J. Kang, Naib Presiden Kreatif Graphic.

Edisi istimewa Hari Buku Komik Percuma ditulis oleh penulis animasi Merill Hagan dan diilustrasikan oleh Jeevan J. Kang dan untuk berjuta-juta peminat Cristiano, versi buku komik kulit depan varian edisi terhad yang istimewa kini turut tersedia di StrikerForce7.com

Cristiano Ronaldo’s Striker Force 7 Cover for Free Comic Book Day

Selain keistimewaan Hari Buku Komik Percuma, Cristiano dan Devarajan turut memeterai perjanjian penerbitan Eropah 8-wilayah untuk melancarkan siri tiga novel grafik asli berdasarkan watak-watak mereka, dengan buku pertama akan dilancarkan pada lewat tahun ini.

Untuk maklumat tambahan sila kunjungi www.strikerforce7.com untuk sentiasa mendapat perkembangan terkini tentang maklumat baharu.

LATAR BELAKANG GRAPHIC INDIA

GRAPHIC INDIA ialah sebuah syarikat hiburan watak yang menumpu untuk mencipta watak, komik dan cerita utama melalui platform mudah alih dan digital. Melalui studio animasi kreatif mereka yang memenangi anugerah di India, misi Graphic adalah untuk mencipta kisah dan wira yang mampu bertahan yang dapat memupuk imaginasi serta mendorong inspirasi generasi belia global baharu di seluruh dunia www.graphicindia.com

Sumber: Graphic India

Related Links:http://www.graphicindia.com
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.