Demi Durian: ORESCO Melancarkan Usahasama D’Harvest Growers Untuk Memudahkan Pemilikan Tanaman Durian

  • Kerjasama antara Universiti Malaya, iRADAR Sdn Bhd dan Koperasi Durian Malaysia Berhad untuk meningkatkan pertumbuhan dan penanaman Durian Duri Hitam di Malaysia bagi menerokai pasaran global yang bernilai lebih  20 bilion USD
  • Durian Duri Hitam adalah lebih unik, manis dan berlemak berbanding dengan Musang King dan Monthong

Kuala Lumpur, 29 November 2022 – Menikmati buah durian merupakan salah satu hobi rakyat Malaysia. Raja buah ini menjadi pilihan orang ramai, bukan sahaja di negara ini, malah seantero dunia terutamanya di China. ORESCO, pakar penanaman durian terkemuka, baru-baru ini telah menandatangani usahasama bersama Universiti Malaya dan iRADAR Sdn Bhd untuk memastikan penghasilan buah durian yang berkualiti tinggi. Di samping itu, sebuah perjanjian telah ditandatangani juga dengan Koperasi Durian Malaysia Berhad (dalam fasa penubuhan) untuk menjalankan program Usahasama D’Harvest Growers.

D’Harvest, yang melancarkan usahasama tanaman durian Duri Hitam pertama di Malaysia, menawarkan peluang untuk penggemar durian untuk mengambil pengalaman dalam industri pertanian, khususnya tanaman durian Duri Hitam. Lokasi ladang D’Harvest juga strategik—terletak di Titi Jelebu, Negeri Sembilan, yang kira-kira  satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur, dan juga berdekatan dengan lapangan terbang antarabangsa KLIA. Individu yang berminat dengan tawaran ini boleh menghubungi D’Harvest untuk menyertai usahasama ini dan seterusnya menyaksikan sendiri pokok mereka tumbuh subur di bawah jagaan pengurusan ladang ORESCO. Dengan penghasilan durian dalam jumlah yang tinggi, pemilik boleh menjamu bersama keluarga dan rakan-rakan atau membuat jualan untuk hasil yang berterusan.

Pertanian adalah aset yang mampan. Durian pula adalah sejenis tanaman yang sangat bermanfaat—bukan sahaja dari segi hasil tetapi berbaloi dalam mengeratkan hubungan sesama melalui ti perkongsian hasil tuaian bersama orang lain. Itulah kelebihan pertanian durian. Di ORESCO, kami percaya dengan berbakti kepada alam semula jadi, kita akan dibalas dengan hasil yang lebih bermanfaat! Malaysia mempunyai lebih 100,000 ekar ladang Musang King yang matang namun hanya mampu memenuhi 4% daripada permintaan durian dari negara China, yang bernilai USD 4.2 bilion. Dengan sekitar 1,000 ekar ladang Durian Duri Hitam di sini, peluang pasaran untuk durian Black Thorn adalah sangat luas!” kata Mark Chin, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ORESCO.

Dengan keluasan lebih 100 ekar, ladang tersebut akan menghasilkan  sekurang-kurangnya 4500 batang pokok durian dari jenis Duri Hitam. Pemilik boleh menikmati pengalaman berharga melawat pokok-pokok mereka bersama yang orang tersayang. Selain itu, pemilik juga boleh mewariskan tanaman ini untuk anak-anak mereka, dan seterusnya membina sebuah legasi.

Selain daripada menikmati buah-buahan dari pokok mereka sendiri, pemilik juga dapat menerokai pasaran durian global bernilai lebih 20 bilion USD. Dengan D’Harvest, pemilik akan mendapat pulangan sehingga 15 kali ganda secara keseluruhan, dan peningkatan nilai aset sebanyak 250% atau sehingga RM44,250 bagi sebatang pokok. Jumlah nilai aset semasa adalah RM80 juta dan hasil usahasama ini dijangka mencecah sehingga RM1.1 bilion dalam tempoh 20 tahun. Walau bagaimanapun, program ini terhad untuk 300 peserta awam sahaja.

“Saya berasa berbesar hati dengan kerjasama ini. Dari bacaan dan kajian saya sendiri, saya dapati banyak data dan maklumat mengenai kepelbagaian manfaat yang boleh didapati dari Durian Duri Hitam ini, namun ianya kurang mendapat perhatian walaupun Malaysia dianugerahkan dengan iklim yang sesuai dan kaya dengan kepelbagaian biodiversiti. Bersama ORESCO dan iRADAR, dan juga melalui bioteknologi moden, kami akan berusaha untuk membangunkan dan memberi kesedaran serta berkongsi pengetahuan tentang penyelidikan dalam bidang pertanian bagi meningkatkan lagi pembangunan ladang Durian Duri Hitam ini, bagi membuahkan hasil yang  yang lebih berkualiti,” kata Dr. Purabi Mazumdar, Pensyarah Kanan di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Pertanian (CEBAR), Universiti Malaya

“Dengan kerjasama ORESCO, kami teruja untuk memulakan perjalanan baharu ini bersama rakyat Malaysia. Dengan penyelesaian dan sistem pengurusan pertanian pintar bersepadu serta penggunaan dron, kami akan membantu pemilik dusun untuk mengumpul, menyimpan, serta menganalisis hasil usaha pertanian mereka. Kami juga akan membantu mengurangkan risiko penanaman dan meningkatkan produktiviti,” jelas Ir. Dr Prof. Koo, Ketua Pegawai Eksekutif iRADAR Sdn Bhd.

KDMB merupakan sebuah institusi penanaman durian yang kini berada dalam fasa pembangunan. Penubuhan KDMB adalah bertujuan untuk merangsang permintaan dan peningkatan Durian Duri Hitam di Malaysia. Dengan kerjasama ORESCO, KDMB berusaha untuk menggalakkan minat dalam industri yang giat berkembang maju ini sambil melindungi kepentingan pemilik secara bersama.

Dari usia muda, saya sangat berminat dengan bidang pertanian; namun, saya tidak mengambil serius tentang hal ini. Dan kini, saya ingin rebut peluang yang ada dan melibatkan diri dengan ORESCO. Sebagai seorang figura yang dikenali, saya mempunyai keistimewaan untuk mempromosikan durian Duri Hitam ini, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di peringkat antarabangsa! Zaman sekarang, ramai golongan moden dan penduduk bandar menghadapi kesukaran untuk melibatkan diri dalam bidang pertanian; jadi, D’Harvest adalah satu platform yang membolehkan mereka untuk memulakan langkah dalam bidang ini. Maka, sebagai chef terkenal di Malaysia, saya akan cuba untuk membawa Raja Segala Raja ini ke peringkat antarabangsa,” kata Datuk Dr Chef Wan, Selebriti Antarabangsa.

Dikenali sebagai ‘Raja segala Raja’, isi durian Duri Hitam lebih ringan, berlemak dan manis jika dibandingkan dengan jenis Musang King dan Monthong, menjadikannya pilihan utama buat penggemar durian. Durian Duri Hitam membentuk hanya 1% daripada keseluruhan jenis durian di Malaysia. Dengan harga sehingga 40% lebih tinggi daripada Musang King, D’Harvest mungkin adalah cara terbaik untuk penggemar durian mendapatkan bekalan durian eksklusif ini secara berterusan.

Durian Duri Hitam ialah variasi durian yang sukar untuk ditemui. Durian kacukan ini adalah sebahagian dari genus Durio, dari baka Malvaceae. Ditanam secara meluas di kawasan tropika, Malaysia merupakan salah satu kawasan di dunia dengan persekitaran dan keadaan optimum untuk menanam durian jenis kacukan ini. Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk Durian Duri Hitam ini, Malaysia kini menjadi salah satu daripada tiga pengeksport dan pengeluar utama durian di peringkat global.

Untuk maklumat lanjut mengenai Usahasama D’Harvest Growers, sila layari https://oresco.co/

-TAMAT-

(Dari kiri ke kanan) Mark Chin, Pengasas dan KPE ORESCO; Dr Purabi Mazumdar, Pensyarah Kanan, Pusat Penyelidikan Bioteknologi Pertanian (CEBAR) Universiti Malaya; Datuk Dr Chef Wan, saksi majlis tandatangan kerjasama; Lai Mei Sheng – Mewakili Ir Dr Prof Koo VoonChet, KPE IRADAR Sdn Bhd; dan Andrew Tan, Pengerusi Koperasi Durian Malaysia Berhad (KDMB)
Previous ArticleNext Article

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.