Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi November 2022

Indeks FBMKLCI kembali segar dengan dengan sentimen positif pelabur terhadap pelantikan PErdana Menteri baharu Malaysia. 

Secara keseluruhannya, indeks FBMKLCI dilihat pulih semula dan mencecah ke paras 1,500 sebelum jatuh dan kekal pada atas paras 1,480 mata di akhir bulan November 2022.

Mari kita lihat senarai 10 top saham patuh syariah paling rugi untuk bulan November tahun 2022.

Senarai saham paling rugi untuk bulan November tahun 2022 adalah seperti berikut:-

Sumber: 

1. Asia Poly Holding Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Asia Poly Holding Bhd merupakan saham patuh syariah paling rugi untuk bulan November 2022 dengan mencatatkan kejatuhan sebanyak 35.29% dalam tempoh sebulan dagangan. 

2. KNM Group Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

KNM Group Bhd pula merupakan saham kedua paling rugi untuk bulan November 2022 dengan kejatuhan harga sebanyak 31.25%. 

3. HLT Global Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat ketiga pula adalah saham syarikat HLT Global Berhad dengan kejatuhan sebanyak 30.36% dalam tempoh satu bulan dagangan. 

4. Dufu Technology Corp.Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Dufu Technology Corp. Bhd berada di tangga keempat untuk saham paling rugi sepanjang bulan November 2022 dengan kejatuhan sebanyak 27.85%.

5. Dagang Nexchange Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat kelima pula adalah syarikat Dagang Nexchange Berhad yang mencatatkan kejatuhan sebanyak 23.68% untuk tempoh sebulan pada November 2022. 

6. Perak Corporation Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Seterusnya di tempat keenam adalah saham syarikat Perak Corporation Bhd dengan kejatuhan sebanyak 21.21% dalam tempoh sebulan dagangan. 

7. One Glove Group Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Pada tempat ketujuh adalah saham syarikat One Glove Group Bhd yang mencatatkan kejatuhan harga sebanyak 20.38% dalam tempoh sebulan dagangan pada November 2022. 

8. Thriven Global Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Syarikat Thriven Global Berhad pula adalah saham kelapan paling rugi untuk bulan November 2022 dengan penurunan sebanyak 20.00%. 

9. Sedania Innovator Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Sedania Innovator Berhad merupakan saham kesembilan paling rugi pada bulan November 2022 dengan kejatuhan sebanyak 19.30%.

10. Hartalega Holdings Bhd

Sumber: Bursa Marketplace

Yang terakhir di tempat kesepuluh adalah saham daripada syarikat Hartalega Holdings Bhd dengan penurunan sebanyak 19.16% dalam tempoh sebulan dagangan pada bulan November 2022. 

Kesemua Kejatuhan Saham Paling Rugi November 2022 Melebihi 19%. 

Kesemua saham-saham paling rugi bulan November mengalami kejatuhan melebihi 19% dalam satu bulan dagangan. 

Adakah senarai saham-saham yang mengalami kejatuhan ini berada dalam pemerhatian anda? Siapa tahu bulan berikutnya nanti ia akan jadi antara saham paling untung pula. 

Selamat melabur!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Perdagangan Edaran Malaysia Dijangka Cecah 6.1 Peratus Tahun Ini — Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.

Prestasi itu dipacu oleh usaha seperti pengumpulan stok borong, peningkatan harga berkaitan petroleum serta pemulihan dalam jualan kenderaan motor, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bank pelaburan itu menyatakan pertumbuhan perdagangan edaran turut meningkat kepada 9.4 peratus daripada 7.5 peratus bagi tempoh Januari-Mac.

“Ini merujuk kepada permintaan awal di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan tekanan kos serta ketidaktentuan bekalan.

“Bagaimanapun, prestasi sektor runcit yang lebih sederhana mungkin menandakan momentum asas perbelanjaan pengguna yang mulai kembali normal selepas disokong oleh peningkatan perbelanjaan sempena musim perayaan sebelum ini,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bank pelaburan itu memaklumkan lonjakan harga tenaga, ketegangan geopolitik yang ketara serta gangguan rantaian bekalan yang berlanjutan, berpotensi memberi tekanan ke atas aktiviti penggunaan serta perniagaan dalam separuh kedua 2026.

“Pengukuhan pada masa ini berkemungkinan bersifat sementara dan mungkin tidak lagi mampan dalam bulan-bulan akan datang” katanya.

Selain itu, Kenanga IB mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 4.5 peratus bagi 2026 berbanding pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, sekali gus mencerminkan prospek ekonomi yang berhati-hati namun masih kekal optimis.

Petunjuk bulanan termasuk prestasi perdagangan pengedaran lebih kukuh serta pertumbuhan pengeluaran perindustrian pada April yang mengatasi jangkaan menunjukkan aktiviti ekonomi domestik kekal berdaya tahan pada suku kedua 2026.

“Pemulihan dalam aktiviti motor dan jualan borong hanya menunjukkan sokongan peningkatan kepada pertumbuhan jangka masa terdekat, terutama dalam sektor berkaitan perkhidmatan.

“Sehubungan itu, kami mengekalkan unjuran bahawa momentum pertumbuhan akan mengukuh dalam suku kedua sebelum menyederhana dalam separuh kedua jika ketegangan geopolitik terus wujud dan menjejaskan rantaian bekalan.”

— BERNAMA