Forbes Travel Guide Umum Anugerah Penarafan Bintang 2019

ATLANTA, 20 Februari 2019 /PRNewswire/ — Forbes Travel Guide hari ini memperkenalkan buat julung kalinya senarai pemenang Penarafan Bintang tahunan kali ke-61, yang mengiktiraf hartanah-hartanah terbaik dunia dan memberi ganjaran kepada perkhidmatan intuitif lagi mesra.

Penerima-penerima anugerah tahun 2019 termasuk 21 hotel Lima Bintang baharu, 49 hotel Empat Bintang baharu dan 62 hotel baharu dalam kategori Disyorkan. Penerima-penerima kali pertama yang lain termasuk enam restoran Lima Bintang, lapan spa Lima Bintang dan 21 spa Empat Bintang. Lihat senarai lengkap pemenang di sini.

Hotel yang menonjol ialah The Peninsula Hotels, yang melakar sejarah dalam Forbes Travel Guide dengan menjadi syarikat perhotelan Lima Bintang sepenuhnya yang pertama di dunia. The Peninsula Manila memperoleh bintang kelimanya tahun ini, yang menjadikan senarai jenama yang berpangkalan di Hong Kong kepada 10 hotel Lima Bintang.

Forbes Travel Guide memberi penilaian kepada hartanah-hartanah di 76 negara di seluruh benua Amerika, Eropah, Asia Pasifik, Afrika dan Timur Tengah. Destinasi-destinasi yang baru dimasukkan untuk tahun 2019 termasuk: Anguilla, Bahrain, Belize, Danang, Doha, Hanoi, Bandar Raya Ho Chi Minh, Hoi An, Istanbul, Oman, Perth, Swiss Alps, Tel Aviv dan Uruguay.

Beberapa buah negara turut mendapat hotel Lima Bintang pertama mereka: Malaysia (Crockfords di Resorts World Genting), Portugal (Four Seasons Hotel Ritz Lisbon), Korea Selatan (The Shilla Seoul), Turki (Raffles Istanbul) dan Vietnam (Four Seasons Resort The Nam Hai, Hoi An).

London berjaya mengatasi Macau sebagai bandar yang mempunyai hotel Lima Bintang terbanyak, hasil daripada empat penambahan baharu (Bulgari Hotel & Residences, London; The Langham, London; Mandarin Oriental, Hyde Park, London; Shangri-La Hotel, At The Shard, London). London menyudahinya dengan 13 hotel berkedudukan tertinggi, dengan Macau menghampirinya dengan 12 hotel.

A.S. menambah dua hotel Lima Bintang (Four Seasons Resort Lanai Hawaii dan Salamander Resort & Spa Kawasan D.C.). Negara-negara ini mendapat sebuah hotel Lima Bintang baharu: Kanada (Fairmont Pacific Rim), China(Bulgari Hotel Beijing), Perancis (Hotel de Crillon, A Rosewood Hotel), Indonesia (Bulgari Resort Bali), Mexico (Rosewood San Miguel de Allende), Filipina (The Peninsula Manila) dan Emiriah Arab Bersatu (Four Seasons Hotel Abu Dhabi di Pulau Al Maryah).

“Di Forbes Travel Guide, kami mengesahkan nilai kemewahan. Proses pemeriksaan bebas kami menjadi standard emas dalam industri hospitaliti,” kata Filip Boyen, Ketua Pegawai Eksekutif Forbes Travel Guide. “Pelancong-pelancong yang bijak boleh mempercayai bahawa setiap pemenang merupakan yang terbaik antara yang terbaik. Kami berbesar hati untuk memberi penghormatan kepada penerima-penerima Penarafan Bintang 2019, himpunan luar biasa bagi hotel, restoran dan spa yang dikhususkan untuk perkhidmatan tetamu.”

Syarikat akan memberi penghormatan kepada pemenang-pemenang di Verified, Sidang Kemuncak Kemewahan Forbes Travel Guide di The Beverly Hilton, Beverly Hills pada 26 dan 27 Februari.

Untuk sorotan utama dan trend daripada Anugerah Bintang 2019 kami, klik di sini.

Untuk butiran tentang bagaimana FTG menyusun Penarafan Bintangnya, klik di sini. Untuk senarai lengkap pemenang-pemenang tahun 2019, klik di sini.

Sumber: Forbes Travel Guide
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.