FSS Lancar Secure3D; Penyelesaian Pengesahan Berasaskan Risiko Tingkatkan Sekuriti Untuk Transaksi Digital

MUMBAI, India, 19 Mac 2019 /PRNewswire/ — FSS (Financial Software and Systems), sebuah syarikat teknologi pembayaran global, melancarkan FSS Secure3D, penyelesaian pengesahan adaptif generasi baharunya yang berasaskan protokol EMVCo 3DS 2.0. Secara global, merentas wilayah, bank-bank perlu melaksanakan 3DS2.0 antara tahun 2019 dan 2020. Produk yang memenangi anugerah FSS merupakan antara 20 yang utama di seluruh dunia yang diperakui oleh EMVCO 3DS 2.0.

Dengan pertumbuhan perdagangan digital, serangan penipuan tanpa kad menjadi lebih sofistikated. Menurut The Nilson Report, secara global, kerugian akibat penipuan jarak jauh mampu mencecah US $44B menjelang tahun 2025.

FSS Secure3D melanjutkan pendekatan tanpa fabrikasi untuk mengesahkan pemegang kad dan bagi melindungi pelanggan daripada penipuan. Penyelesaian ini menggunakan algoritma pembelajaran mesin termaju bagi mempelajari tingkah laku transaksi pelanggan untuk mengesan transaksi anomali dan menyelaraskan kawalan risiko sejajar dengan pola penipuan yang semakin berkembang secara berterusan. Pengeluar-pengeluar boleh menggunakan kombinasi pembolehubah termasuk parameter-parameter berkaitan peniaga, pemegang kad, peranti, lokasi dan transaksi untuk memberi skor risiko kepada setiap transaksi dan menentukan sekiranya ia dimulakan oleh pemegang kad yang sah. Pengeluar-pengeluar dan peniaga-peniaga mendapat manfaat dari segi pengalaman pelanggan yang dipertingkat, positif palsu yang berkurangan dan penurunan kejadian penipuan.

Untuk transaksi yang disyaki, FSS Secure3D menyokong pelbagai langkah pengesahan yang dipertingkat termasuk pengesahan dari-luar-jalur seperti kod laluan sekali, selain biometrik termasuk pengecaman wajah dan cap jari. Ini menawarkan kefleksibelan kepada pengeluar-pengeluar untuk melanjutkan proses pengesahan kepada titik sentuh transaksi baru muncul termasuk peranti boleh pakai dan peranti IOT.

Berucap semasa majlis pelancaran, Suresh Rajagopalan, Presiden Pembayaran Runcit, FSS, berkata; “Perjalanan transaksi yang terjamin dan lancar merupakan pembeza strategik untuk perdagangan era baharu. FSS Secure3D meningkatkan keupayaan membuat keputusan berdasarkan risiko dan membolehkan pengeluar-pengeluar mencari titik optimum antara pengukuhan langkah-langkah antipenipuan dan penyediaan pengalaman transaksi yang lancar. Hakikat bahawa FSS merupakan antara beberapa penyedia perkhidmatan pertama seluruh dunia yang mencapai pensijilan EMVCo memperlihatkan kedudukan kepimpinan produk kami.”

FSS Secure3D memeriksa lebih 150 unsur data yang ditukar antara peniaga dan pengeluar bagi mengesahkan pemegang kad di latarnya. Ini termasuk nilai, jumlah dan kelajuan perbelanjaan, corak membeli belah seperti kedai yang kerap dikunjungi, masa transaksi dan lokasi serta IP peranti kepada profil tingkah laku asas dan mengesan perubahan yang mencurigakan yang dapat menjadi penunjuk penting aktiviti haram.

FSS menawarkan Pengesahan Sebagai-satu-Perkhidmatan melalui FSSNeT, awan persendirian FSS, mendedahkan API kepada pemeroleh untuk berhubung kepada platform. Penyelesaian berbilang sewa menyediakan perlindungan tambahan, memandangkan pandangan terhadap corak penipuan dapat dikongsi antara pelanggan peserta. Di samping itu, model Pengesahan Sebagai-satu-Perkhidmatan menyatukan infrastruktur, teknologi, perniagaan dan proses kawal selia bagi menyediakan pengeluar-pengeluar dengan perkhidmatan berasaskan penggunaan yang boleh diskala yang dapat meningkatkan masa untuk dipasarkan serta menghapuskan pelaburan pendahuluan.

FSS turut menyokong protokol-protokol EMVCO 3DS 1.0 dan 2.0. Pelanggan-pelanggan yang mempunyai penyelesaian sedia ada boleh berpindah dengan mudah kepada 3DS 2.0, dengan overhed pelaksanaan minimum. Ditanda aras bagi memproses 8,000 transaksi sesaat, FSS Secure3D menjamin masa pemprosesan yang lebih pantas dan kadar penukaran jualan yang lebih tinggi. FSS ialah ahli EMVCO dan bekerjasama dengan Visa, MasterCard, AMEX serta skim-skim kad utama bagi menawarkan perkhidmatan 3DS 2.0.

Sumber: Financial Software and Systems(FSS)

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.