Schindler lengkapi The Finance Centre Bonifacio Global City Daiichi Properties dengan Teknologi PORT Schindler

MANILA, Filipina, 19 Mac 2019 /PRNewswire/ — Jardine Schindler Philippines secara rasminya menyerahkan pemasangan lif dan eskalator yang terkini di The Finance Centre di Bonifacio Global City pada awal Februari 2019. Menara pejabat premium setinggi 42 tingkat yang menjadi mercu tanda dan terletak di Bonifacio Global City dibangunkan oleh Daiichi Properties dan kini menjadi sebahagian daripada kawasan kewangan dan gaya hidup Fort Bonifacio di metropolitan Manila. Sebagai projek pembangunan yang memenangi anugerah, Pusat Kewangan ini memperoleh anugerah Pembangunan Pejabat Terbaik Lima Bintang-Filipina sempena Anugerah Hartanah Asia Pasifik 2016-17. Ia turut menerima pengiktirafan Emas dipra-perakui LEED dan didaftarkan menerusi Lembaga Zon Ekonomi Filipina (PEZA) sebagai ekozon IT.

Jardine Schindler Philippines dipilih sebagai satu-satunya pembekal lif dan eskalator lantaran teknologi inovatif syarikat dan hubungan profesional mereka yang lama terjalin. Schindler pernah bekerjasama dengan Daiichi Properties untuk projek-projek lain yang terletak di Bonifacio Global City pada masa lalu, termasuk World Plaza, yang membawakan sistem kawalan destinasi teknologi Terminal Keperluan Penghuni Peribadi (PORT) Schindler.

Schindler berkolaborasi dengan pasukan Daiichi untuk reka bentuk lif dan eskalator The Finance Centre, mengkonfigurasi dan memilih sistem kawalan destinasi sepenuhnya. Schindler memasang sejumlah 20 Lif dan dua eskalator di The Finance Centre, mengoptimumkan laluan serta kecekapan pengangkutan untuk penyewa dan pelawat. Pemasangan ini menggabungkan S7000 Elevator berkualiti terbaik daripada Schindler menerusi sistem PORT Schindler.

Sistem PORT ialah teknologi mobiliti menegak revolusioner yang menyediakan penyewa dengan pengalaman perkhidmatan lif dan eskalator yang dipertingkat. Ia menentukan laluan optimum bagi setiap penumpang individu berdasarkan identiti mereka dan destinasi yang diperlukan bagi menawarkan perjalanan yang lancar dalam tempoh sesingkat mungkin. Selain itu, teknologi PORT dapat meningkatkan lagi tahap keselamatan bangunan dengan menawarkan penyesuaian akses lantai demi menjamin keselamatan bangunan dengan lebih baik.

“Jardine Schindler Philippines dengan sukacitanya menyediakan pengalaman mobiliti secara menegak yang luar biasa kepada penyewa dan pelawat The Finance Centre. Dengan Teknologi PORT Schindler, mereka berpotensi menghapuskan banyak kekangan sedia ada pada susun atur dalaman, memberikan kebebasan kreatif yang lebih luas kepada para arkitek apabila mereka bentuk generasi bangunan seterusnya. Tumpuan bangunan ini terhadap kemampanan, teknologi termaju dan inovasi membezakan tahap perkhidmatan mereka untuk menarik minat penyewa berprofil tinggi dengan jayanya,” kata Peter Schwarer, Pengarah Urusan, Jardine Schindler Philippines.

Latar Belakang Schindler

Ditubuhkan di Switzerland pada tahun 1874, Schindler Group ialah penyedia utama global untuk lif, eskalator dan perkhidmatan berkaitan. Penyelesaian mobiliti Schindler menggerakkan lebih daripada satu bilion orang setiap hari di seluruh dunia. Di sebalik kejayaan syarikat berdirinya lebih 60,000 kakitangan di lebih 100 negara.

Latar Belakang Jardine Schindler Philippines

Schindler mula beroperasi di Filipina pada tahun 1975 dan merupakan satu usaha sama antara Jardine Matheson Hong Kong dan Schindler Holding Ltd. Switzerland. Jardine Schindler Philippines mempunyai lebih 40 tahun pengalaman kepakaran teknikal dalam industri tempatan. Ia mempunyai pejabat-pejabat strategik yang terletak di Metro Manila, Baguio, Cebu, Davao, Angeles dan Iloilo, bagi memenuhi keperluan syarikat-syarikat Filipina terhadap lif dan eskalator bertaraf dunia.

Sumber: Schindler Group

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.