IJM Land Menyinari Deepavali Tahun Ini Untuk Sambutan Yang Lebih Cerah

Malaysia kini menghampiri fasa endemik berikutan sekatan rentas negeri ditarik balik, kebanyakan rakyat yang divaksin mungkin sudah mula merancang untuk kembali berjumpa dengan orang tersayang yang tinggal di kawasan yang berlainan, terutamanya bagi mereka yang menyambut Deepavali tidak lama lagi. Walaupun ini mungkin masa yang terbaik bagi segelintir masyarakat untuk membuat persiapan menyambut kepulangan ahli keluarga mereka, namun, tidak semua orang mampu menanggung kos untuk meraikan perayaan tersebut, terutamanya bagi keluarga kurang bernasib baik yang terpaksa menanggung beban yang lebih berat akibat sekatan baru-baru ini. IJM Land Berhad, pemaju hartanah terkemuka yang sentiasa menjaga masyarakat Seremban, bertekad dalam misi mereka untuk memberi sokongan dan menghulurkan kegembiraan dengan memberikan lima keluarga kurang bernasib baik di Seremban dengan kelengkapan penting sebagai persediaan menyambut perayaan yang akan datang melalui Program Deepavali Charity Cheer  tahunan mereka.

Bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dengan memberi peluang kepada mereka untuk menyambut Deepavali dengan penuh bermakna di samping menyebarkan rasa kasih dan muhibah di kalangan keluarga mereka, tahun ini, IJM Land Seremban 2 telah menghubungi lima keluarga kurang bernasib baik ini dengan menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM1,200 dan kotak ceria perayaan Deepavali termasuk beras. minyak masak, gula, Vico, biskut raya dan lain-lain barangan keperluan COVID-19 seperti pelitup  muka perubatan dan pensanitasi tangan bernilai RM400. Dalam tahun keempat merealisasikan inisiatif ini, IJM Land berharap dapat mewujudkan impak positif di kalangan masyarakat, dan juga untuk terus menyebarkan semangat memberi dengan menginspirasikan orang lain untuk menyokong mereka yang memerlukan bantuan, dari segi fizikal dan mental.

“Keadaan di Malaysia kini mula beransur pulih dengan beberapa sekatan pergerakan ditarik balik termasuk trend penurunan kes COVID-19. Oleh itu, kami percaya bahawa semua orang boleh bernafas lega dan tidak sabar untuk berjumpa semula dengan keluarga mereka untuk meraikan musim perayaan yang akan datang,” kata Dato’ Hoo Kim See, Pengurus Besar Kanan IJM Land (Wilayah Tengah).

“Walaupun keadaan sekarang semakin baik, kita tahu bahawa akibat daripada sekatan baru-baru ini, sebilangan individu telah terkesan dari segi kewangan dan menyukarkan mereka untuk membuat persiapan menyambut perayaan ini. Di IJM Land, misi kami adalah untuk sentiasa membina persekitaran yang paling kondusif untuk rakyat tanpa mengira latar belakang mereka. Kami ingin memberitahu mereka bahawa walaupun keadaan tidak memihak kepada mereka, mereka tidak bersendirian dalam menempuhi cabaran ini – dan kami akan sentiasa berada di samping mereka.”

Salah seorang daripada penerima Program Deepavali Charity Cheer tahun ini ialah Puan Sandrakhanda, 55 tahun, yang merupakan tonggak keluarga dari segi sumber pendapatan sebelum berhenti kerja kerana tekanan darah tinggi yang menyebabkan pening berterusan. Beliau yang juga merupakan penerima Program Home Rehabilitation tahun ini, hanya bergantung kepada pendapatan anak lelaki mereka yang berusia 19 tahun berserta bantuan kewangan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk anak perempuan mereka yang menghidapi penyakit mental untuk menyara keluarga mereka. Selain itu, IJM Land turut menghulurkan bantuan kepada seorang lagi penerima, Puan Geetha, 38, ibu tunggal kepada empat anaknya yang merupakan pencari nafkah tunggal keluarganya. Dengan kehilangan suaminya pada tahun 2017, beliau amat prihatin tentang pembelajaran anak-anaknya dengan memastikan mereka menerima pendidikan yang lengkap dan sebaiknya.  

IJM Land juga memberi bantuan kepada seorang wanita muda bernama Yoga Malini, 25, yang menyara adiknya sejak di bangku sekolah menengah dan keadaan mereka bertambah buruk selepas kehilangan ibu mereka pada 2019. Beliau bergelut untuk teruskan kehidupan demi menjaga adik dan dirinya sendiri pada masa ini kerana penempatan pekerjaannya yang tidak stabil sebagai pekerja kilang dengan pendapatan maksimum RM36 sehari. Tanpa sokongan pembiayaan daripada kerajaan, adiknya, Ganesan yang berusia 19 tahun memulakan kerja sambilan di sebuah kedai permaidani untuk mengatasi tekanan kewangan mereka. Oleh itu, IJM Land berhasrat untuk memberi sedikit kelegaan kepada mereka melalui inisiatif ini serta mewujudkan peluang yang adil bagi mereka untuk menikmati masa berkualiti bersama semasa perayaan ini, seperti rakan sebaya mereka yang menyambut bersama keluarga masing-masing.

“Dalam usaha kami untuk membina komuniti, kami ingin menyokong komuniti di sekeliling kami yang menghadapai kesusahan dalam kehidupan dengan harapan dapat memberi impak positif kepada mereka yang kurang bernasib baik,” kata Dato’ Hoo.

“Semasa Perayaan Deepavali ini, kami ingin menyampaikan mesej kepada mereka bahawa masih ada cahaya di hujung terowong untuk mereka dan keluarga, melalui inisiatif ini, kami mahu membawa mereka keluar dari kesulitan hidup buat sementara waktu untuk menikmati detik berharga bersama orang yang mereka sayangi – membolehkan mereka menikmati perayaan yang menggembirakan ini tanpa sebarang kebimbangan.”

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif di atas, sila layari laman http://seremban2.ijmland.com/

About IJM Land Berhad

Since 1989, IJM Land Berhad (“IJM Land”) has been committed to redefining the property landscapes in the region. Beyond the world-class townships delivered, IJM Land is committed towards creating a positive legacy for communities to live well and thrive.

As part of IJM Corporation Berhad, a strong sense of responsibility drives its business and its 600-strong team. What defines the company is its customer passion, innovative spirit, drive for excellence and sustainable practices. With a Gross Development Value (GDV) of RM55.28 billion, IJM Land maximises its portfolio of undeveloped landbank of 4,998 acres which spans across key growth areas of Malaysia (Penang, Pahang, the Greater Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sabah and Sarawak), and as far reaching as China and the United Kingdom.

IJM Land is fast becoming a global name known not only for its award-winning sustainable developments, but for the dreams it has made real. For more information on IJM Land, please log on to www.ijmland.com

Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.