iProperty Development Excellence Awards (iDEA) 2019 Memberi Penghormatan Kepada Bintang Hartanah

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2019 – iProperty.com.my mengumumkan 36 pemenang iProperty Development Excellence Awards (iDEA) 2019 dalam satu majlis yang serba eksklusif. Dalam acara tahunan kali ke-3 ini, TA Global Berhad menang besar apabila berjaya membawa pulang 4 anugerah
termasuk Anugerah Pembangunan Terbaik 2019 untuk projek utama mereka, Damansara Avenue. Majlis anugerah berprestij yang ditaja oleh Kansai Paint, cat rasmi untuk iProperty Development Excellence Awards 2019, telah diadakan di St. Regis Hotel Kuala Lumpur dengan kehadiran lebih daripada 450 individu dari pemaju hartanah dan profesional industri.

Antara pemenang lain termasuklah Mah Sing Group Berhad, yang berjaya merangkul Anugerah Pembangunan Perumahan Bertanah Terbaik untuk projek M Aruna, dan LBS Group Berhad yang menerima Anugerah Pembangunan Bandar Terbaik (bawah 500 ekar) untuk projek LBS Alam Perdana. Kedua-dua kategori anugerah tersebut merupakan pengiktirafan kepada projek pembangunan yang siap dibina dan akan datang.

Pengurus Besar iProperty.com Malaysia Sdn Bhd, Encik David Mawer

“Setiap tahun, iProperty Development Excellence Awards memberi penghormatan kepada pemaju hartanah dan projek pembangunan terbaik yang berjaya memenuhi impian rakyat Malaysia untuk memiliki rumah mereka sendiri. Sebagai laman hartanah nombor 1, iProperty.com.my, kami amat berbangga kerana dapat menyediakan sebuah platform untuk mengiktiraf dan meraikan kejayaan para pelanggan kami dan pembangunan yang cemerlang ini,” kata Pengurus Besar iProperty.com Malaysia Sdn Bhd, David Mawer.

Tambah beliau lagi, “iProperty.com.my adalah satu laman hartanah terkemuka yang membantu rakyat Malaysia mencari rumah atau pelaburan idaman mereka sebagaimana yang diketengahkan di majlis anugerah malam ini. Penyertaan yang diterima dari kalangan pemaju yang sangat berkaliber mencerminkan profesional dinamik, kreatif serta bersemangat, berjaya memberi kesan mendalam terhadap kehidupan ribuan pembeli dan pelabur hartanah di dalam atau luar negara. Sumbangan mereka terhadap pasaran hartanah perlu diiktiraf dan kami berasa gembira kerana dapat menyediakan platform untuk berbuat demikian.”

Tahun ini, anugerah ini telah diadili oleh sebuah panel bebas yang terdiri daripada 9 pakar industri hartanah mewakili organisasi yang disegani seperti Royal Institute of Surveyors Malaysia (RISM), Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) dan Institut Perancang Malaysia (MIP). Sebagai rakan pengundian rasmi, PwC Malaysia bertanggungjawab mengendalikan prosedur pengundian dan proses mengundi serta mengesahkan keputusan secara bebas. Selain daripada itu, Anugerah Pilihan Ramai, satu kategori istimewa yang diundi oleh anggota masyarakat dan disahkan secara bebas oleh PwC Malaysia, memberi peluang kepada pembeli rumah di kalangan rakyat Malaysia untuk memilih pemaju kegemaran mereka.

Memandangkan majlis anugerah hartanah ini kian berkembang, iDEA 2019 telah memperkenalkan 3 kategori baru iaitu Pembangunan Seni Bina Landskap Terbaik, embangunan Pejabat Terbaik dan Pembangunan Antarabangsa Terbaik. Kategori terbaru ini mencerminkan permintaan unik dalam sektor hartanah Malaysia dan iProperty.com.my berbangga kerana dapat memberikan penghormatan kepada pemaju berkenaan dengan anugerah baru tersebut.

Untuk mendapatkan senarai penuh pemenang anugerah iDEA 2019, sila layari www.iproperty.com.my/idea/ .


The winners of the iProperty Development Excellence Awards (iDEA) 2019 were:

COMPLETED DEVELOPMENTS

BEST LUXURY HIGH-RISE DEVELOPMENT – Wave @ Marina Cove by Trilink Pyramid Sdn Bhd

DEVELOPMENT OF THE YEAR – Molek Regency by Alpha Astral Realty Sdn. Bhd.

BEST RESIDENTIAL HIGH-RISE DEVELOPMENT – Molek Regency by Alpha Astral Realty Sdn. Bhd.

BEST WATERFRONT DEVELOPMENT – 18 East, Andaman at Quayside by Eastern & Oriental Berhad

BEST AFFORDABLE DEVELOPMENT – Bandar Baru Setia Awan Perdana (Phase 1) by Setia Awan Group

BEST INDUSTRIAL DEVELOPMENT – Frontier Industrial Park by WB Land Sdn Bhd

FUTURE DEVELOPMENTS

BEST TOWNSHIP DEVELOPMENT (below 500 acres) – LBS Alam Perdana by LBS Bina Group Berhad

BEST TOWNSHIP DEVELOPMENT (500 acres and above) – Bandar Sri Sendayan by Matrix Concepts Holdings Berhad

BEST LANDSCAPE ARCHITECTURE DEVELOPMENT -One East, Damansara by CK East Group

BEST RESIDENTIAL HIGH-RISE DEVELOPMENT – Novum by Eupe Corporation Berhad

BEST INTERNATIONAL DEVELOPMENT – Paragon @ Melbourne by Fajarbaru Builder Group Bhd

BEST LUXURY LANDED DEVELOPMENT – Residensi Millenia by GCI Precept Asia Group

BEST NORTHERN DEVELOPMENT – Penang International Exchange (PIX) by Ideal Property Group

BEST OFFICE DEVELOPMENT – Stellar Suites by IOI Properties Group Berhad

BEST SOUTHERN DEVELOPMENT – Danga Sutera by Iskandar Waterfront City Berhad

BEST AFFORDABLE DEVELOPMENT – Core SoHo Suites by KIP Group

BEST RESIDENTIAL LANDED DEVELOPMENT – M Aruna by Mah Sing Group Berhad

BEST WATERFRONT DEVELOPMENT – Jesselton Quay by SBC Corporation Berhad

BEST LUXURY HIGH-RISE DEVELOPMENT – Ativo Suites @ Damansara Avenue by TA Global
Berhad

BEST MIXED DEVELOPMENT – Damansara Avenue by TA Global Berhad

BEST TRANSIT-ORIENTED DEVELOPMENT – Damansara Avenue by TA Global Berhad

DEVELOPMENT OF THE YEAR – Damansara Avenue by TA Global Berhad

PEOPLE’S CHOICE AWARD – TOP 10 DEVELOPERS (in no particular sequence)

Eastern & Oriental Berhad

Glomac Berhad

Ideal Property Group

IOI Properties Group Berhad

LBS Bina Group Berhad

Mah Sing Group Berhad

Malaysia Land Properties Sdn Bhd

Matrix Concepts Holdings Berhad

Platinum Victory

UEM Sunrise Berhad

SPECIAL RECOGNITION

INNOVATION LEADER OF THE YEAR – Tan Sri Dato’ Sri Lim Hock San from LBS Bina Group Berhad & MGB Berhad

VISIONARY DEVELOPER AWARD – Mah Sing Group Berhad

COMMUNITY BUILDER AWARD – Matrix Concepts Holdings Berhad

CONSUMER GAME CHANGER AWARD – Sime Darby Property Berhad

Mengenai REA Group & iProperty.com.my

REA Group Limited merupakan sebuah syarikat pengiklanan global dengan pegkhususan dalam bidang hartanah. Perniagaan kami dipacu inovasi dan bertunjangkan nilai, dan mempunyai lebih daripada 1,600 orang pekerja, semuanya menjunjung satu matlamat, iaitu ‘untuk mengubah cara dunai menerokai hartanah dengan pengalaman yang berbeza’ ‘. REA menggunakan teknologi terkini untuk menghasilkan produk dan pengalaman yang inovatif buat semua pengguna kami di seluruh dunia.

Di Australia, Kumpulan REA mengendalikan laman web kediaman, komersil, perkongsian dan ruang kerja bersama nombor satu, realestate.com.au, realcommercial.com.au, Flatmates.com.au dan spacely.com.au. Jumlah pengguna besar ini yang ingin membeli, menjual, menyewa atau berkongsi hartanah secara langsung membekalkan data dan maklumat berharga mengenai bagaimana orang ramai membuat carian hartanah. REA juga merupakan pemilik Hometrack Australia, penyedia perkhidmatan data hartanah yang terkemuka. Bagi pekhidmatan kewangan pula, kumpulan REA juga adalah pemilik Smartline, salah satu kumpulan francais pembrokeran gadai janji utama Australia.

Asia merupakan rantau hartanah yang paling pesat berkembang di dunia dan kekal penting dalam strategi global Kumpulan. Operasi Kumpulan REA Asia termasuk portal hartanah terkemuka di Malaysia (iProperty.com.my), Indonesia (rumah123.com), Hong Kong (squarefoot.com.hk dan SmartExpo) dan Thailand (ThinkofLiving.com). Kami juga mempunyai portal yang dikenali ramai di Singapura (iProperty.com.sg) dan China (myfun.com). Laman web, aplikasi dan acara-acara hartanah Kumpulan REA menyediakan perkhidmatan hartanah yang paling komprehensif di seluruh Asia Tenggara.

Ibu pejabat iProperty.com.my terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Dengan lebih daripada 3.5 juta kunjungan setiap bulan, iProperty.com.my adalah portal hartanah terkemuka pasaran, dan menawarkan penkhidmatan carian dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Selain dari rantau Asia, REA memegang saham penting dalam Move, Inc. di Amerika Syarikat (pengendali realtor.com) dan Elara di India, yang mengendalikan Housing.com, PropTiger dan Makaan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

LPPSA Kedua: Boleh Mohon Walaupun Pembiayaan Pertama Belum Habis, Ini Syarat & Kelayakannya

Ada pembiayaan LPPSA pertama yang masih berjalan tetapi sudah terfikir nak beli rumah kedua?

Mulai 4 Oktober 2026, penjawat awam yang layak boleh memohon Pembiayaan Kedua LPPSA tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya Pembiayaan Pertama.

Pada masa yang sama, LPPSA turut menaikkan had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sehingga RM1 juta.

Namun, ini bukan bermaksud semua penjawat awam automatik boleh meminjam RM1 juta. Jumlah sebenar masih bergantung kepada pendapatan bersih, kelayakan pemohon, baki kelayakan pembiayaan serta syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Apa perubahan LPPSA 2026?

Menurut notis rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026, dua perubahan utama mula berkuat kuasa pada 4 Oktober 2026:

Pertama, had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.

Kedua, pemohon boleh membuat permohonan Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan syarat yang ditetapkan.

Ini memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penjawat awam yang masih mempunyai pembiayaan pertama tetapi mahu menggunakan baki kelayakan mereka untuk pembiayaan kedua.

Had pembiayaan LPPSA sehingga RM1 juta

LPPSA menetapkan jadual had kelayakan berdasarkan pendapatan bersih.

Pendapatan BersihHad Kelayakan Maksimum
Lebih RM10,000RM1,000,000
RM10,000RM950,000
RM9,500RM930,000
RM9,000RM900,000
RM8,500RM880,000
RM8,000RM850,000
RM7,500RM830,000
RM7,000RM800,000
RM6,500RM780,000
RM6,000RM730,000
RM5,500RM670,000
RM5,000RM610,000
RM4,500RM550,000
RM4,000RM480,000
RM3,500RM430,000
RM3,000RM350,000
Sehingga RM2,500RM280,000

Jadual ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LPPSA mengenai penambahbaikan 2026.

Nota penting: Had maksimum ini bukan bermaksud pemohon pasti menerima jumlah tersebut. Amaun yang diluluskan masih bergantung kepada kelayakan pemohon dan syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

Siapa yang layak menikmati had baharu?

LPPSA menyatakan jadual kelayakan baharu ini terpakai kepada kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA, tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang tidak menggunakan jadual ini, antaranya:

  • Anggota Pentadbiran Persekutuan;
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Golongan tersebut tertakluk kepada peruntukan atau keputusan berkaitan yang berasingan.

Apa maksud “Pembiayaan Kedua” sekarang?

Ini bahagian yang paling menarik.

Sebelum penambahbaikan ini, pemohon secara amnya perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama sebelum membuat Pembiayaan Kedua.

Mulai 4 Oktober 2026, syarat tersebut tidak lagi diperlukan.

LPPSA menyatakan pemohon boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA.

Contohnya:

Ali membeli rumah pertama menggunakan LPPSA.

Pembiayaan pertama masih mempunyai baki.

Kemudian Ali mahu membeli rumah kedua.

Dengan peraturan baharu, Ali tidak perlu melangsaikan pembiayaan pertama terlebih dahulu semata-mata untuk memohon pembiayaan kedua.

Tetapi Ali masih perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi dan memenuhi syarat LPPSA.

Apakah syarat Pembiayaan Kedua?

LPPSA menetapkan beberapa syarat utama.

Pemohon perlu:

1. Merupakan kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

2. Potongan gaji bagi Pembiayaan Pertama telah dilaksanakan.

3. Tidak mempunyai tunggakan bayaran balik bagi Pembiayaan Pertama sedia ada.

Selain itu, permohonan tetap tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA yang berkuat kuasa.

Berapa margin Pembiayaan Kedua?

Ini juga penting kerana margin pembiayaan bergantung kepada status Pembiayaan Pertama.

Jika Pembiayaan Pertama sudah selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 100%.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Untuk Jenis 5 dan Jenis 7 bagi hartanah yang sama

LPPSA menetapkan margin sehingga 100% bagi:

  • Jenis 5 – Ambil Alih; dan
  • Jenis 7 – Ubah Suai,

bagi hartanah yang sama, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Contoh mudah Pembiayaan Kedua

Katakan seseorang masih mempunyai Pembiayaan Pertama LPPSA.

Kemudian dia mahu membeli rumah kedua berharga RM500,000.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum diselesaikan, margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Secara mudah:

RM500,000 × 90% = RM450,000

Jadi, secara teori, pembiayaan boleh mencapai sehingga RM450,000, manakala baki RM50,000 perlu ditanggung melalui sumber lain.

Tetapi angka sebenar masih tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan penilaian LPPSA.

Maksudnya, jangan terus anggap rumah RM500,000 akan mendapat pembiayaan RM450,000 kerana kelayakan sebenar setiap pemohon adalah berbeza.

Bagaimana LPPSA menentukan kelayakan?

LPPSA menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kemampuan bayaran balik.

Antara kriteria yang dinyatakan LPPSA ialah:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambil kira;
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pendapatan bersih bagi tujuan pengiraan LPPSA pula merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap yang diambil kira – potongan wajib.

Jadi, seseorang yang mempunyai gaji tinggi sekalipun tidak semestinya mendapat jumlah maksimum RM1 juta kerana pengiraan turut mengambil kira kemampuan bayaran balik.

Bagaimana pula kadar keuntungan?

Untuk pembiayaan hartanah sehingga RM1 juta, LPPSA memperkenalkan struktur kadar purata wajaran (blended rate).

Strukturnya:

Sehingga RM750,000 → 4.00% setahun

Bahagian melebihi RM750,000 sehingga RM1 juta → 4.50% setahun

Yang menariknya, pengiraan ini mengambil kira jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan bagi Pembiayaan Pertama dan Pembiayaan Kedua.

Contoh RM800,000

Bagi pembiayaan RM800,000:

RM750,000 pertama → 4.00%

Baki RM50,000 → 4.50%

Kadar purata wajaran yang terhasil ialah kira-kira 4.03% setahun.

RM1 juta bukan bermaksud boleh ambil RM1 juta untuk rumah kedua

Ini perkara yang ramai mungkin salah faham.

Had maksimum RM1 juta ialah had kelayakan maksimum, bukannya jumlah automatik yang boleh dipinjam.

Untuk Pembiayaan Kedua pula, LPPSA secara jelas menyatakan ia tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai had kelayakan RM800,000 tetapi telah menggunakan RM600,000 bagi Pembiayaan Pertama, baki kelayakannya tidak bermaksud dia boleh terus mengambil RM800,000 lagi.

Sebaliknya, pengiraan baki kelayakan perlu dibuat berdasarkan ketetapan LPPSA.

Sebab itu LPPSA menyediakan kemudahan SmartKira untuk membuat semakan anggaran kelayakan mulai 4 Oktober 2026.

Boleh beli rumah kedua sebelum rumah pertama habis bayar?

Ya, mulai 4 Oktober 2026, boleh memohon.

Tetapi terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Pembiayaan Pertama tidak perlu diselesaikan sepenuhnya.

Kedua: Pemohon perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi.

Ketiga: Pemohon masih perlu memenuhi syarat kemampuan bayaran balik dan syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti, tetapi bukan “lesen” untuk mengambil hutang rumah tanpa mengambil kira kemampuan kewangan.

Semua jenis pembiayaan boleh digunakan?

Menurut FAQ LPPSA, semua jenis pembiayaan dibenarkan bagi Pembiayaan Kedua, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, terdapat pengecualian tertentu.

Sebagai contoh, pelanggan yang sedang menikmati Pembiayaan Pertama Jenis 4 atau Jenis 5 bagi tanah dan belum memohon Jenis 6 untuk membina rumah, tidak dibenarkan memohon Pembiayaan Kedua bagi Jenis 4 atau Jenis 5 tanah tersebut.

LPPSA juga menjelaskan bahawa jika seseorang membeli tanah melalui Jenis 4 atau Jenis 5 dan kemudian memohon Jenis 6 untuk membina rumah di atas tanah tersebut, ia masih dianggap sebagai satu kelayakan pembiayaan, bukan Pembiayaan Kedua.

Bila boleh mula memohon?

Kemudahan baharu ini berkuat kuasa pada:

4 OKTOBER 2026

LPPSA menyatakan pelanggan boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan tersebut mulai tarikh berkenaan.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan sebelum 4 Oktober 2026, LPPSA menyatakan ia akan diproses berdasarkan had kelayakan amaun pembiayaan hartanah yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan diterima.

Kesimpulan

Penambahbaikan LPPSA 2026 membawa perubahan yang agak besar kepada penjawat awam.

Had kelayakan maksimum pembiayaan kini dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala Pembiayaan Kedua boleh dipohon tanpa perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama terlebih dahulu.

Tetapi perkara paling penting untuk difahami ialah:

RM1 juta = had kelayakan maksimum, bukan jumlah automatik.

Dan:

Pembiayaan Kedua = boleh mohon walaupun pembiayaan pertama masih berjalan, tetapi tertakluk kepada baki kelayakan dan kemampuan bayaran balik.

Jadi, kalau memang bercadang membeli rumah kedua, langkah pertama bukan terus cari rumah RM1 juta.

Semak dahulu baki kelayakan LPPSA.

Kemudian barulah tengok harga rumah yang benar-benar mampu ditanggung.

Nota: Maklumat ini berdasarkan pengumuman dan FAQ rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026. Syarat dan pengiraan sebenar adalah tertakluk kepada pekeliling, garis panduan serta ketetapan LPPSA yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan.

Sumber rasmi: LPPSA – Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 termasuk jadual kelayakan RM280,000 hingga RM1 juta.