Kejayaan Jualan Ulang Tahun ke-9 Lazada Terus Menjadi Pemangkin dalam Meningkatkan Ekonomi Digital Tempatan

Lazada, platform eDagang terkemuka di negara mengakhiri sambutan jualan ulang tahun ke-9 pada 27 Mac dengan penuh gemilang, memecahkan rekod penjualan bagi tahun sebelumnya. Lazada juga terus komited untuk merancakkan ekonomi digital dengan lebih 50% penjual pasaran menyertai ‘one-day sale’ dan mendapat manfaat daripada trend eDagang yang dilihat semakin meningkat dan pulih dari krisis wabak Covid-19.

“Kami mengakhiri jualan ulang tahun ke-9 Lazada dengan penuh gemilang hasil sokongan daripada para pelanggan, rakan jenama dan para penjual yang bersama-sama meraikannya dengan kami. Kami turut merasa terharu dengan sokongan padu yang telah diberikan sehingga meletakkan jenama ini terkenal di seluruh Malaysia. Lazada akan terus komited untuk menjadi pemangkin dalam mengubah cara hidup pengguna berbelanja, membantu peniaga dalam melakukan perniagaan dan seterusnya meningkatkan lagi ekonomi tempatan. Hal ini turut mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai platform eDagang yang paling digemari dan dipercayai ramai di Malaysia,” kata Magnus Ekbom, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia dan Ketua Pegawai Strategi, Kumpulan Lazada.

Lebih daripada 80% jenama LazMall tempatan telah menyertai jualan ulang tahun ke-9, sementara penjual berprestasi tinggi yang memanfaatkan ‘Sponsored Solutions’, rangkaian alat pemasaran digital Lazada seperti ‘Sponsored Discovery’, memperoleh pulangan pelaburan (ROI) melebihi RM9,500 bagi setiap RM1 yang melabur. Selain itu, lebih daripada 1,000 penjual turut mendapat manfaat melalui kempen gabungan penaja, kerana 100% keuntungan jualan mereka masuk melalui saluran ini.

Keadaan semasa krisis wabak telah memaksa ramai orang untuk duduk di rumah, ini telah memberi impak kepada siaran lansung eDagang dan gamifikasi di Lazada yang merupakan sebahagian dari ciri-ciri Shoppertainment. Ini juga telah membuat rakyat Malaysia terlibat secara langsung dengan jualan ulang tahun ke-9. Siaran ikonik Lazada ‘Super Party’ yang disiarkan selama 2 jam telah mencatat lebih daripada dua juta penonton di semua platform. Sementara itu, dua kali ganda purata masa pula dihabiskan untuk bermain LazGames di aplikasi Lazada. Para pembeli juga turut melakukan undian sebanyak 11 juta kali di LazFeed untuk merebut peluang mendapatkan hadiah kejutan ulang tahun daripada Lazada.

Walaupun kebanyakan pembeli lebih tertumpu dalam kategori kecantikan dan kesihatan, carian kata kunci yang popular adalah Baju Raya. Ini menunjukkan bahawa persiapan Hari Raya telah bermula dan pembelian secara dalam talian menjadi pilihan pembeli bagi mendapatkan informasi mengenai baju raya terbaru. Selain itu, salah satu item terlaris adalah pelekat dinding hiasan rumah 3D yang jelas menunjukkan bahawa kebanyakan keluarga memilih untuk merapikan sendiri kediaman mereka.

Hasil kajian turut menunjukkan bahawa pembeli semakin selesa menggunakan pembayaran secara digital dengan 2X lebih ramai rakyat Malaysia memilih Lazada Wallet sebagai kaedah pembayaran pilihan mereka pada tahun ini membuktikan keyakinan pengguna semakin meningkat ketika membeli belah secara dalam talian.

Keupayaan logistik Lazada amat penting bagi kempen ini dan pasukan logistik telah bekerja tanpa lelah untuk menghantar barangan semasa ‘one-day sale.’ Pemandu penghantaran telah melakukan perjalanan lebih dari 124,000 KM dalam memastikan pembeli menerima pakej mereka tepat pada waktunya dan seterusnya menjamin pengalaman membeli-belah yang berkualiti tinggi.

Mengenai Kumpulan Lazada

Diasaskan pada 2012, Kumpulan Lazada adalah peneraju platform eDagang di Asia Tenggara. Kami kini menjadi pemangkin untuk kemajuan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam melalui perdagangan dan teknologi. Dengan rangkaian pembayaran dan logistic terbesar di rantau ini. Lazada kini telah menjadi sebahagian dari keperluan seharian pengguna dan kami menyasarkan untuk mencapai 300 juta pelanggan pada 2030. Sejak 2016, Lazada telah menjadi platform utama kumpulan Alibaba yang disokong oleh insfrastruktur teknologi terbaik dari Ali Baba.

Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.