Chung Ju-Yung: Tokoh Perniagaan Tersohor Korea Selatan

Chung Ju-Yung atau Jung Joo-Young adalah seorang tokoh yang sudah tidak asing lagi di Korea dan di seluruh Asia. Beliau lahir pada 25 November 1915 di Kangwon (terletak di Korea Utara pada hari ini). Pada ketika itu, Korea Utara berada di bawah pemerintahan negara Jepun.

Beliau merupakan anak sulung daripada 7 orang adik-beradik. Semasa kecil, beliau mempunyai impian untuk menjadi seorang guru. Namun, atas faktor masalah kewangan keluarganya yang miskin, beliau terpaksa berhenti belajar sewaktu beliau masih lagi kanak-kanak.

Run Away Kids (Tahun 1933)

Selepas berhenti belajar, beliau mula merancang masa depan. Beliau telah cuba lari daripada rumah namun gagal. Beliau mencuba lagi tanpa berputus asa untuk lari daripada rumah. Percubaan kedua beliau masih lagi gagal kerana dapat diketahui oleh keluarganya.

Namun berbekalkan azam dan semangat yang tinggi, percubaan kali ketiga beliau telah berjaya. Percubaan ketiga beliau berjaya kerana beliau mampu mengumpul pendapatan hasil daripada jualan ternakan lembu ayahnya dan wang tersebut digunakan untuk menampung perbelanjaan beliau berhijrah ke bandar ketika dia berumur 18 tahun.

Tanpa membuang masa beliau membeli tiket kereta api ke Seoul dan berjanji pada dirinya sendiri, bahawa beliau tidak akan kembali ke kampung halamannya tanpa kejayaan.

Kehidupan di Bandar Seoul

Di Seoul, beliau bekerja sebagai penghantar beras dengan menggunakan basikal. Ketika berumur 22 pada tahun 1937, beliau telah mengambil alih perniagaan beras di tempat kerjanya dengan membeli secara ansuran daripada majikan beliau yang telah bersara. Namun, perniagaan tersebut tidak dapat diteruskan apabila tentera Jepun mengambil alih ketika tercetusnya Perang Dunia Kedua.

Ketika berumur 24 tahun, beliau mula menceburi perniagaan lain iaitu menubuhkan sebuah bengkel kereta dengan hanya bermodalkan 3000won. Namun seperti perniagaan sebelum ini, beliau sekali lagi gagal apabila kos bahan pengeluaran yang terlalu tinggi kerana desakan oleh tentera Jepun.

Hyundai dan Kegemilangan Negara Korea

Walau bagaimanapun, pada tahun 1947 beliau telah mengintai peluang untuk menceburkan diri dalam projek membaik pulih negara Korea akibat kesan daripada Perang Dunia Kedua. Tanpa melengahkan masa, beliau menubuhkan syarikat baik pulih yang bernama ‘Hyundai Construction’ (Hyundai bermaksud moden dalam bahasa Korea).

Sekali lagi beliau menghadapi masalah apabila terdapat campur tangan Korea Utara dalam politik Korea Selatan. Sekali lagi perniagaan yang beliau yang kedua gagal pada tahun 1950. Chung Ju-Yung terpaksa bersabar dan mencari motivasi baharu disebabkan perniagaan beliau gagal kali ketiga.

Pada tahun 1960 (umur 40 tahun), Hyundai telah memenangi sebuah kontrak kerjasama baik pulih tinggalan sisa perang yang sangat besar oleh kerajaan Korea. Hyundai diminta untuk membina sistem pengangkutan jalan raya dan kereta api di Soyang Dam (1967) dan Gyeongbu Expressway (1970).

Pada tahun 1970, beliau telah melihat satu peluang keemasan di mana syarikat Hyundai mendapat peluang untuk melebarkan sayap dalam industri perkapalan. Namun, terdapat tiga (3) halangan utama untuk beliau maju di dalam industri ini:

  1. Beliau dan syarikatnya Hyundai tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam industri ini.
  2. Tidak mempunyai modal yang cukup untuk terjun dalam industri yang lebih besar.
  3. Tidak mempunyai pelabuhan dan tiada kapal untuk memulakan operasi.

Namun berkat motivasi diri yang tinggi, beliau tidak mengalah. Dengan mendapatkan bantuan dana daripada English Bank, beliau memulakan perniagaan dalam bidang baharu ini.

Tahukah anda ketika beliau terlibat dalam industri perkapalan, beliau telah membina pangkalan pelabuhan dan menyediakan sebuah kapal pada masa yang sama. Peristiwa tersebut tidak pernah dilakukan oleh mana-mana individu dalam industri perkapalan sehingga hari ini. Usaha beliau membuahkan hasil selepas dua (2) tahun terlibat dalam industri ini.

Kejayaan Hyundai pada masa itu menjadi salah satu faktor utama Korea Selatan diangkat sebagai negara terulung dalam industri perkapalan dan pelabuhan pada tahun 1980.

Selain daripada itu, Chung Ju-Yung juga adalah pelopor Hyundai Motor pada tahun 1967. Gambar rajah di atas adalah kereta pertama keluaran Hyundai iaitu Hyundai Pony. Hyundai Pony juga merupakan kereta pertama keluaran negara Korea Selatan yang dieksport ke pelbagai negara seperti Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Pada tahun 2016, Hyundai berada di tangga ke-4 sebagai pengeluar kereta terbesar di dunia. Manakala kilang Hyundai di Busan merupakan kilang pengeluar kereta terbesar di dunia.

Chung Ju-Yung dan Kerjaya Politik

Pada tahun 1987 selepas kejayaan beliau dalam perniagaan, beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Chairman dalam Hyundai Group apabila beliau merancang untuk beralih ke dunia politik di Korea Selatan. Pada tahun 1992, beliau telah bertanding untuk jawatan Presiden Korea Selatan, namun gagal.

Kegagalan menjadi Presiden Korea Selatan telah menyebabkan beliau beralih arah kepada membina hubungan diplomasi di antara negara serantau Korea Selatan, seperti Jepun, Korea Utara dan lain-lain. Beliau juga telah berjasa kepada Korea Selatan, apabila menjadi jambatan penghubung kepada penganjuran bolasepak World Cup 2002 Korea Selatan-Jepun.

Sebelum  itu, pada tahun 1998 Chung Ju-Yung juga telah berjaya mengeratkan hubungan di antara Korea Selatan dan Korea Utara yang telah lama putus dengan menderma 1,001 ekor lembu kepada Korea Utara sebagai simbolik hubungan persaudaraan di antara kedua-dua negara tersebut.

Pada umur 86 tahun, Chun Ju-Yung telah meninggal dunia. Maka, berakhirlah kisah perjalanan beliau di mana beliau telah menjadi mercu tanda kegemilangan negara Korea Selatan sehingga ke hari ini. Apa yang kita boleh pelajari daripada kisah-kisah kejayaan beliau:

  1. Beliau seperti Benjamin Franklin, cemerlang dalam semua bidang yang beliau ceburi. Di antara industri yang diceburi adalah pengilangan kereta, pelabuhan kapal, pembinaan baik pulih dan pembinaan lebuh raya. Malah, beliau juga sempat menceburkan diri dalam bidang politik dan mampu membina hubungan diplomatik dengan negara lain.
  2. Jika dikelaskan dalam kategori Billionaire, beliau berada dalam kelas Nation-Buildings Self Made Billionaire. Salah seorang usahawan yang terbaik sepanjang zaman.
  3. Motivasi bangkit daripada kegagalan beliau adalah sangat tinggi. Beliau tidak pernah meletakkan kegagalan sebagai penamat dan pematah semangat.
  4. Seperti Jesse Livermore dan Benjamin Franklin, beliau adalah salah seorang remaja yang lari dari rumah untuk mengejar kejayaan. Ini menunjukkan beliau sangat berwawasan tinggi untuk mencapai matlamat hidup beliau.

Belajar sesuatu dengan kisah hidup yang penuh inspirasi ini?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.