Kumpulan UMW Kekalkan Momentum Jualan Automotif Dengan Pendaftaran Jualan Sebanyak 32,600 Kenderaan Pada April 2022

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) — Kumpulan UMW mengekalkan momentum penjualan automotifnya pada bulan April 2022 dengan kedua-dua UMW Toyota Motor (“UMWT”) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua, mencatatkan jualan kenderaan yang lebih baik. Kumpulan mendaftarkan jualan kenderaan sebanyak 32,600 unit pada bulan April 2022, lebih rendah daripada 35,246 unit yang didaftarkan pada bulan Mac 2022, disebabkan oleh gangguan terhadap pengeluaran kenderaan akibat daripada isu rantaian bekalan yang telah menjejaskan industri automotif.

UMWT mencatatkan jualan sebanyak 6,946 unit pada bulan April 2022. Sehingga April 2022, UMWT mendaftarkan jualan sebanyak 29,393 unit, 11.2% lebih tinggi daripada 26,431 unit yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun 2021. Toyota Vios, Yaris, Corolla Cross dan Hilux adalah antara model terlaris bagi bulan April. Kempen jualan yang sedang dijalankan sepanjang Hari Raya seperti “Bersama Lebih Bermakna” dijangka akan memacu jualan kenderaan kumpulan. Di samping itu, UMWT akan meraikan sambutan Hari Raya dengan menganjurkan “Toyota Raya Open House Weekender” pada 21 dan 22 Mei 2022 di semua bilik pamerannya, di seluruh negara.

Sementara itu, Perodua mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 25,654 unit pada bulan April 2022, 4.1% lebih rendah daripada 26,759 unit yang didaftarkan pada bulan sebelumnya. Bagi empat bulan pertama tahun 2022, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 87,278 unit, 11.5% lebih tinggi daripada 78,308 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun 2021. Jualan Perodua terus dipacu oleh model terlarisnya, iaitu Myvi, Axia dan Bezza. Dengan permintaan yang bertambah baik dan prospek yang positif bagi industri automotif di Malaysia, Perodua telah menetapkan sasaran jualan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 247,800 unit untuk tahun 2022. Jualan yang lebih tinggi akan didorong oleh pengecualian cukai jualan serta pengenalan model baharu dan dikemaskini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Berhad, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali berkata, “Kami sangat berbesar hati dengan jualan kenderaan yang didaftarkan oleh UMWT dan Perodua pada bulan April 2022 walaupun dengan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh industry automotif. Isu rantaian bekalan yang berterusan telah mengganggu pengeluaran kenderaan bagi bulan April. Kedua-dua syarikat bekerjasama rapat dengan pembekal mereka untuk meminimumkan kesan terhadap pengeluaran kenderaan dan mempercepatkan penghantaran kenderaan kepada pelanggan kami. Kami ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada pelanggan kami atas sokongan mereka terhadap produk dan perkhidmatan kami.”

Mengenai UMW

Kumpulan UMW merupakan syarikat konglomerat serantau yang memajukan dan menyokong pertumbuhan industri serta melibatkan diri dalam pelbagai usaha sama. Kumpulan UMW memberi tumpuan kepada empat segmen perniagaan teras – Automotif, Jentera, Pembuatan & Kejuruteraan dan Aeroangkasa. Ia kini beroperasi di 8 buah negara dengan jumlah kakitangan melebihi 18,000 orang, termasuk Perodua.

UMW bersedia memainkan peranan utama dalam membentuk masa hadapan industri – dengan menginspirasikan idea, meningkatkan potensi, memupuk usaha sama dan membentuk kecemerlangan untuk menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan semua pihak yang berkepentingan.

Sumber: UMW Corporation Sdn. Bhd.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:

Nama : S Vikneshwaaran

Pengurus Besar – Bahagian Perhubungan Pelabur & Media UMW Corporation Sdn. Bhd.

Tel: +603 2025 2104 / +6019 850 5799

Email: [email protected]

–BERNAMA

Berita asal: https://thekapital.my/kumpulan-umw-kekalkan-momentum-jualan-automotif-dengan-pendaftaran-jualan-sebanyak-32600-kenderaan-pada-april-2022/

Previous ArticleNext Article

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.