Tempat Terbaik Simpan Duit Raya Anak-Anak

Setiap kali sambutan hari raya, pasti anak-anak akan mendapat duit raya. Namun adakah duit tersebut diuruskan dengan sewajarnya?

Duit raya anak adalah amanah untuk mak ayah.

Daripada anda terguna duit raya anak atau digunakan oleh mereka untuk sesuatu perkara yang tidak berfaedah, lebih baik anda menyimpannya ditempat yang sesuai. Bagi anda yang masih belum mempunyai medium atau tempat yang sesuai untuk menyimpan duit raya anak anda, jom kami kongsikan platform simpan duit raya anak yang selamat dan bermanfaat.

1. Simpan Di Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

Mahu duit raya anak anda bertambah? Anda boleh mengembangkan wang tersebut di Amanah Hartanah Bumiputera (AHB). Dengan AHB, anda boleh mendapatkan faedah dalam pemilikan hartanah komersial di lokasi utama di Malaysia dengan tujuan menyediakan aliran pendapatan yang stabil dan konsisten. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan modal pelaburan yang dilakukan.

Plaform simpan duit di AHB, anda boleh membuka akaun remaja AHB untuk anak anda apabila mereka berusia 3 bulan hingga 18 tahun ke atas. Modal minima serendah RM100 diperlukan untuk menyertai pelaburan AHB.

Baca juga Tutorial Melabur Unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) Guna Maybank2u.

2. Simpanan ASB

Selain itu, platform simpan duit raya anak yang juga baik adalah di Amanah Saham Bumiputera (ASB). Dengan simpanan ASB, duit yang disimpan akan mendapat dividen. Di ASB juga, segala kepentingan anda diawasi oleh Amanah Raya Trustees Berhad dan diuruskan oleh golongan yang profesional.

Had umur pembukaan: Sejak lahir (Bumiputera sahaja)
Syarat: MyKid atau surat beranak anak, dibuka oleh penjaga sah.

Modal minimum: RM10

3. Simpanan SSPN Plus (Dahulu dikenali sebagai SSPN-i Plus)

Daftar akaun Simpan SSPN Plus anda hari ini untuk menikmati pelbagai faedah dan manfaat takaful disamping memupuk amalan menyimpan demi pendidikan masa depan yang gemilang untuk anak-anak anda.

Senang, boleh buat online dan kelebihan lain:
– Simpanan dijamin Kerajaan
– Boleh dapat dividen setiap tahun
– Boleh dapat pelepasan cukai (*Pelepasan taksiran cukai individu sehingga tahun taksiran 2027)
– Boleh keluarkan simpanan bila bila masa

4. Menyimpan Dalam Simpanan Tetap (fixed deposit)

Cara ini boleh dikatakan antara cara simpan duit raya anak lebih selamat berbanding disimpan di rumah yang berkemungkinan berisiko dicuri atau hilang. 

Secara asasnya, simpanan tetap (fixed deposit) berfungsi dengan anda menyimpan wang untuk satu tempoh masa, kemudian bank akan memulangkan modal tadi beserta dengan keuntungan yang telah ditetapkan dari awal.

Jika anda menyimpan melalui simpanan tetap Islamik, anda sebenarnya membeli komoditi patuh Syariah dan menjualnya pada harga yang dipersetujui oleh anda dan pihak bank. Dengan ini, anda akan mendapat pulangan tanpa melibatkan sebarang konsep faedah.

Biasanya jika nak buka akaun simpanan tetap di bank kena menggunakan modal yang agak besar baru boleh buka akaun.

Jangan risau, selain bank, kita ada platform yang menawarkan deposit minimum serendah RM10.

Ya, dengan menyimpan dalam aplikasi Versa, kita boleh mulakan dengan modal serendah RM10.

Terbaharu, Versa Cash-i ialah dana pengurusan kewangan patuh Syariah, yang melabur dalam Affin Hwang Aiiman Enhanced i-Profit Fund. Dana ini adalah dana yang diuruskan oleh AHAM Capital (dahulunya dikenali sebagai Affin Hwang Asset Management) dan melabur dalam pelbagai deposit tetap patuh syariah jangka pendek.

Versa dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah e-services.

Antara kelebihan Versa Cash-i, anda boleh :

  • Buka akaun secara online menerusi aplikasi Versa
  • Boleh mulakan menyimpan dengan minima RM10
  • Cash Out atau keluarkan simpanan pada bila-bila masa, tanpa penalti
  • Deposit dan pengeluaran mengambil masa 1-2 hari bekerja

Walaupun Versa Cash-i tidak dilindungi oleh PIDM, wang anda dilindungi dalam akaun amanah berasingan di bawah Deutsche Trustees Malaysia Berhad.

Cara mendaftar akaun sangat mudah, mak ayah atau anak-anak yang sudah berumur 18 tahun keatas hanya perlu muat turun aplikasi Versa:

App Store: https://apps.apple.com/my/app/versa-asia/id1534696596
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=asia.versa.cms&pli=1

Jangan lupa masukkan kod AYJRPR4V untuk terima RM10 percuma! Bila dah deposit pertama kali bernilai RM100, nanti dapat RM10 dalam bentuk unit secara percuma.

Baca lagi Senarai Simpanan Tetap (Fixed Deposit) Yang Patuh Syariah Di Malaysia

5. Tukarkan Duit Kepada Emas

Ramai orang tahu yang harga emas telah naik sekitar 55% untuk tempoh lima tahun ini. Baca juga Pelaburan Kegemaran Rakyat Malaysia, Ini Prestasi Harga Emas 5 Tahun Terkini.

Anda juga boleh menyimpan duit raya anak dengan menukarkannya kepada emas dalam pelbagai jenis bentuk. Antaranya simpanan emas, emas fizikal, syiling emas dinar, bar emas, emas online dan sebagainya. Dengan menukarkan kepada emas, ia dapat mengelakkan inflasi nilai matawang.

Selain itu, nilainya juga akan naik dari masa ke semasa dan sesuai untuk jangka masa yang panjang. Namun apa yang kurangnya, ia tidak berapa sesuai untuk simpanan jangka masa pendek.

Tetapi jika tidak berminat atau risau pegang emas fizikal, kita ada pilihan lain:

  1. Maybank MIGA-i (emas digital – minimum RM10. Senang dan boleh tebus emas fizikal)
  2. Bursa Gold Dinar (emas digital – minimum RM10. Senang dan boleh tebus emas fizikal)
  3. Wahed Gold (ETF – minimum RM100)
  4. Versa Gold (ETF – minimum RM100)

Produk Versa Gold adalah dana patuh Syariah dan disandarkan kepada emas fizikal. Tetapi ingat, produk ini dikategorikan sebagai berisiko tinggi.

Cara mendaftar akaun sangat mudah, hanya muat turun aplikasi Versa:

App Store: https://apps.apple.com/my/app/versa-asia/id1534696596
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=asia.versa.cms&pli=

Jangan lupa masukkan kod AYJRPR4V untuk terima RM10 percuma! Bila dah deposit pertama kali bernilai RM100, nanti dapat RM10 dalam bentuk unit secara percuma.

6. Simpanan Tabung Haji (TH)

Selain itu, anda juga boleh menggunakan simpanan Tabung Haji sebagai platform simpan duit raya anak. Menariknya mengenai simpanan Tabung Haji ini adalah bahagian zakat simpanan akan dibayar oleh Tabung Haji dengan memotong jumlah wang di dalam akaun tersebut.

Jadi, anda tidak perlu memikirkan zakat simpanan yang disimpan di dalam Tabung Haji. Mudahnya simpan duit raya di Tabung Haji.

Ya, kita boleh buka akaun Tabung Haji untuk kanak-kanak. Penjaga hanya boleh mentadbir akaun kanak-kanak berumur dibawah 18 tahun sahaja.

  • Penjaga yang sah adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001, Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  • Penjaga mestilah mempunyai akaun TH dan merupakan warganegara Malaysia.
  • Hanya satu penjaga sahaja yang dibenarkan bagi satu akaun.
  • Penjaga perlu membawa bersama dokumen asal dan salinan seperti berikut :
    – Sijil Kelahiran
    – Dokumen pengenalan diri anak di bawah jagaan (MyKAD atau MyKID)
    – Dokumen pengenalan diri penjaga

Pembukaan akaun TH boleh dilakukan di semua Kaunter TH, Bank Islam & Bank Rakyat.

Akhir kata, platform di atas sememangnya antara platform yang baik untuk menyimpan duit raya anak. Jadilah ibu bapa yang bijak dalam menguruskan kewangan anak demi masa depan. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda dalam menemui cara menyimpan duit raya anak dengan sebaik-baiknya.

Penafian

Artikel ini dihasilkan semata-mata untuk tujuan berkongsi dan tidak sepatutnya dianggap sebagai cadangan pelaburan. Ingatlah bahawa pulangan masa lalu tidak menjamin untung di masa depan. Sila dapatkan nasihat daripada perancang kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan kewangan.

Artikel ini mungkin mengandungi kod promosi yang memberi kami sedikit komisen (dan membantu menyokong Majalah Labur).

Jika ada masa, boleh juga baca:

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

10 Kesilapan Isi e-Filing Yang Ramai Orang Selalu Buat

Setiap kali musim e-Filing, ramai antara kita akan buka MyTax, masukkan maklumat gaji, tuntut pelepasan cukai dan tekan butang “Hantar”.

Nampak mudah. Tapi betul ke semua maklumat dah diisi dengan tepat?

Ada yang tersalah pilih borang. Ada yang terlupa masukkan bonus. Ada juga yang tak lapor pendapatan sewa sebab ingat dah ada potongan PCB, jadi tak perlu risau lagi.

Kesilapan macam ini mungkin nampak kecil, tetapi boleh menyebabkan kita terlepas pelepasan cukai, lambat menerima bayaran balik atau terpaksa membayar cukai tambahan.

Jom semak 10 kesilapan yang patut kita elakkan.

1. ❌ Tersalah pilih Borang B atau Borang BE

Ini antara perkara asas yang ramai pembayar cukai perlu faham.

Borang BE digunakan oleh individu pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan, manakala Borang B digunakan oleh individu pemastautin yang menjalankan perniagaan.

Contohnya, Ali bekerja makan gaji dengan pendapatan tahunan RM72,000. Pada masa yang sama, dia menjalankan perniagaan menjual pakaian secara dalam talian (TikTok Shop, Shopee) dan memperoleh keuntungan bersih RM20,000 setahun.

Ali tidak boleh memilih Borang BE semata-mata kerana dia juga mempunyai pekerjaan tetap. Dia perlu menggunakan borang yang sesuai dengan keadaan pendapatannya.

Jika tersalah menghantar Borang BE, maklumat pendapatan perniagaannya mungkin tidak dilaporkan melalui borang yang sepatutnya.

Kesannya, Ali mungkin perlu mendapatkan panduan HASiL untuk membetulkan pelaporan cukainya.

Penting juga untuk diingat bahawa pendapatan sewa atau pendapatan sampingan tidak secara automatik bermaksud seseorang perlu menggunakan Borang B. Penentuan bergantung pada sifat pendapatan dan sama ada individu itu menjalankan perniagaan bagi tujuan cukai.

2. ❌ Tertinggal bonus ketika mengisi pendapatan penggajian

Katakan pendapatan penggajian seseorang sepanjang tahun ialah RM80,000, terdiri daripada:

  • Gaji tahunan: RM72,000
  • Bonus: RM8,000

Tetapi ketika mengisi e-Filing, dia hanya memasukkan RM72,000 dan terlupa memasukkan bonus.

Akibatnya, pendapatan penggajian terkurang lapor sebanyak RM8,000.

Jika tambahan pendapatan itu dikenakan cukai pada kadar marginal 19%, kesan cukai secara ilustrasi ialah:

RM8,000 × 19% = RM1,520

Jumlah sebenar bergantung pada pendapatan bercukai keseluruhan, pelepasan, rebat dan kadar cukai progresif.

Sebab itu, semak Borang EA atau EC dan pastikan jumlah pendapatan penggajian merangkumi gaji, bonus serta saraan bercukai lain yang berkaitan.

Dah hantar e-Filing? Jangan hantar borang baharu untuk tahun taksiran yang sama. Semak kaedah pindaan yang sesuai dengan HASiL kerana kesilapan ini melibatkan pendapatan terkurang lapor.

3. ❌ Tersalah pilih “Ya” untuk cukai ditanggung oleh majikan

Ada yang keliru antara cukai ditanggung majikan dengan Potongan Cukai Bulanan (PCB).

Ruangan “Cukai ditanggung oleh majikan” merujuk kepada keadaan majikan menanggung cukai pendapatan pekerja mengikut aturan pekerjaan. Ia bukan sekadar bermaksud majikan memotong PCB daripada gaji.

Bayangkan seorang pekerja sepatutnya menerima bayaran balik RM2,000, tetapi tersalah memilih “Ya” walaupun cukai sebenarnya ditanggung sendiri.

Kesilapan ini boleh menyebabkan bayaran balik tertangguh sementara maklumat disemak.

Isu ini pernah mendapat perhatian pada Mac 2026 apabila HASiL menjelaskan tindakan bagi kes pembayar cukai Tahun Taksiran 2025 yang tersilap memilih ruangan tersebut. Bagi kes yang disahkan, pembayar cukai tidak perlu meminda borang dan bayaran balik akan diproses secara berperingkat.

Jadi, jangan klik secara automatik. Fahami maksud setiap ruangan sebelum menghantar borang.

4. ❌ Tuntut Pelepasan Cukai untuk Perbelanjaan yang Sudah Dibayar oleh Majikan

Ramai tak sedar, bukan semua perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai boleh dituntut begitu sahaja, terutamanya apabila kos tersebut sudah ditanggung oleh majikan.

Contohnya, syarikat menyediakan manfaat perubatan yang menanggung 100% kos rawatan pekerja. Ali menerima rawatan penyakit serius bernilai RM5,000 dan keseluruhan bil dibayar oleh syarikat. Ali kemudian cuba menuntut RM5,000 yang sama sebagai pelepasan cukai perubatan dalam e-Filing.

Ini boleh menjadi kesilapan kerana Ali tidak menanggung sendiri perbelanjaan tersebut.

Apa yang perlu dibuat? Semak syarat khusus bagi setiap kategori pelepasan cukai dan pastikan tuntutan dibuat berdasarkan perbelanjaan yang benar-benar layak dituntut.

Ingat, tuntutan pelepasan cukai bukan sekadar tentang berapa banyak kita berbelanja, tetapi juga sama ada perbelanjaan itu memenuhi syarat yang ditetapkan.

Perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius termasuk rawatan dibuat ke atas penyakit seperti sindrom Kurang Daya Ketahanan (AIDS), sindrom Parkinson, barah, penyakit buah pinggang, leukemia dan lain-lain penyakit yang serupa. ‘Lain-lain penyakit yang serupa’ termasuk serangan jantung, pulmonari hypertension, penyakit hati kronik, fulminant viral hepatitis, trauma kepala dengan defisit nurologikal, ketumbuhan otak dan kecacatan kepada pembuluh darah, melepuh dan melecur yang keterlaluan, pemindahan organ utama dan pemotongan kaki dan / atau tangan. Potongan sehingga RM10,000 dibenarkan ke atas amaun yang dibelanjakan untuk rawatan ke atas diri sendiri, pasangan atau anak. Rujuk Nota Penerangan BE

5. ❌ Tuntut pelepasan cukai, tetapi resit tak dapat dicari

Contohnya, seseorang menuntut pelepasan bagi pembelian komputer riba bernilai RM3,000 tetapi tidak dapat mengemukakan bukti pembelian apabila diminta.

Jika tuntutan itu tidak dapat disokong dan akhirnya ditolak, pendapatan bercukainya mungkin meningkat RM3,000.

Pada kadar marginal 19%, kesan cukai secara ilustrasi ialah:

RM3,000 × 19% = RM570

Dia mungkin perlu membayar cukai tambahan RM570, bergantung pada pengiraan cukai sebenar.

Sebab itu, pastikan tuntutan memenuhi syarat dan simpan resit, invois serta dokumen sokongan yang berkaitan.

HASiL secara amnya menetapkan rekod dan dokumen berkaitan cukai perlu disimpan selama tujuh tahun mengikut keperluan undang-undang.

6. ❌ Salah masukkan nombor akaun bank

Katakan seseorang layak menerima bayaran balik cukai sebanyak RM1,800, tetapi tersalah memasukkan nombor akaun bank.

Kesilapan ini boleh menyebabkan bayaran balik tertangguh atau memerlukan pengesahan lanjut.

Duit itu tidak semestinya hilang, tetapi pembayar cukai mungkin perlu menghubungi HASiL untuk menyelesaikan masalah tersebut.

7. ❌ Terlupa memasukkan maklumat anak

Ini juga boleh berlaku kepada ibu bapa yang mempunyai beberapa orang anak.

Contohnya, seorang pembayar cukai terlupa menuntut pelepasan anak sebanyak RM2,000 yang sebenarnya layak.

Jika kadar marginal cukainya 19%, kesan cukai secara ilustrasi ialah:

RM2,000 × 19% = RM380

Dia mungkin terlepas peluang mengurangkan cukai sebanyak RM380.

Walau bagaimanapun, kelayakan dan jumlah pelepasan bergantung pada syarat yang ditetapkan bagi tahun taksiran berkenaan, termasuk keadaan dan status anak.

Jadi, jangan anggap maklumat yang diisi pada tahun sebelumnya semestinya sudah lengkap untuk tahun semasa.

8. ❌ Tak lapor pendapatan sewa rumah

Ini contoh yang dekat dengan kehidupan ramai pekerja makan gaji.

Amir bekerja dengan pendapatan tahunan RM90,000. Dalam masa yang sama, dia menyewakan sebuah rumah pada harga RM1,200 sebulan.

Pendapatan sewa setahun:

RM1,200 × 12 bulan = RM14,400

Katakan perbelanjaan sewa yang dibenarkan ialah RM3,000. Pendapatan sewa bersih untuk ilustrasi ialah RM11,400.

Jika pendapatan bercukai Amir sebelum mengambil kira pendapatan sewa ialah RM75,000 dan tambahan itu dikenakan cukai pada kadar marginal 19%, kesan cukai secara ilustrasi ialah:

RM11,400 × 19% = RM2,166

Jumlah sebenar bergantung pada pengiraan pendapatan berkanun sewa, perbelanjaan yang dibenarkan, pelepasan dan kadar cukai progresif.

Jangan anggap pendapatan sewa boleh diabaikan hanya kerana kita sudah mempunyai pekerjaan tetap dan PCB dipotong setiap bulan.

9. ❌ Tak lapor pendapatan freelance atau komisen

Siti bekerja sepenuh masa dan turut melakukan kerja freelance pada hujung minggu.

Sepanjang tahun, dia memperoleh pendapatan freelance bersih sebanyak RM18,000 daripada perkhidmatan reka bentuk dan pengurusan media sosial.

Dia menganggap pendapatan itu tidak perlu dilaporkan kerana bayaran diterima daripada pelanggan secara berasingan daripada gaji.

Jika pendapatan tersebut merupakan pendapatan perniagaan yang perlu dilaporkan, kesilapan ini boleh menyebabkan cukai terkurang dikira.

Dengan andaian keseluruhan RM18,000 itu merupakan tambahan kepada pendapatan bercukainya dan dikenakan cukai pada kadar marginal 19%, kesan cukai secara ilustrasi ialah:

RM18,000 × 19% = RM3,420

Pengiraan sebenar bergantung pada sifat pendapatan, perbelanjaan yang dibenarkan dan pengiraan cukai keseluruhan.

Perkara yang sama perlu diberi perhatian bagi pendapatan komisen, perniagaan dalam talian dan aktiviti lain yang menghasilkan pendapatan bercukai.

10. ❌ Tak lapor pendapatan luar negara kerana ingat semuanya bebas cukai

Ada orang bekerja di Singapura, kemudian memindahkan gaji ke akaun bank Malaysia. Ada juga yang menjalankan perniagaan melalui eBay.

Persoalannya, adakah semua pendapatan ini automatik bebas cukai di Malaysia?

Jawapannya, tidak semestinya. Layanan cukai bergantung pada jenis pendapatan, sumber pendapatan, status pemastautin cukai dan syarat pengecualian yang berkenaan.

Contohnya, Ali bekerja di Singapura dan menerima gaji SGD5,000 sebulan. Dia memindahkan gajinya ke akaun bank Malaysia. Pemindahan wang itu sahaja tidak bermaksud gajinya automatik dikenakan cukai di Malaysia. Ali lazimnya perlu membayar cukai pendapatan di Singapura kerana dia bekerja secara fizikal di sana.

Sebaliknya, Ali turut menjalankan perniagaan menjual barang melalui eBay. Jika perniagaan itu diuruskan dari Malaysia, keuntungan perniagaan tersebut perlu dinilai berdasarkan peraturan cukai Malaysia dan mungkin perlu dilaporkan dalam e-Filing.

Dah hantar e-Filing tetapi baru sedar ada kesilapan?

Jangan terus panik. Tetapi jangan biarkan kesilapan itu tanpa tindakan.

Langkah pertama ialah kenal pasti jenis kesilapan:

  • Terlupa tuntut pelepasan atau rebat: Semak sama ada pembetulan boleh dibuat melalui saluran pindaan yang dibenarkan.
  • Pendapatan terkurang lapor: Semak kaedah pindaan yang sesuai, termasuk Borang Nyata Terpinda jika memenuhi syarat.
  • Salah pilih ruangan atau maklumat peribadi: Semak dengan HASiL sama ada perlu meminda borang atau mengemas kini maklumat sahaja.
  • Salah maklumat akaun bank: Hubungi HASiL untuk mendapatkan panduan mengemas kini maklumat bayaran balik.

Kaedah pembetulan bergantung pada jenis borang, tahun taksiran, tempoh pindaan dan keadaan kes.

Rujuk panduan rasmi: https://www.hasil.gov.my/individu/pindaan-taksiran/

Kesimpulannya

Mengisi e-Filing bukan sekadar memasukkan angka daripada Borang EA dan menekan butang “Hantar”.

Kita perlu memastikan semua pendapatan yang perlu dilaporkan telah dimasukkan, pelepasan memenuhi syarat dan maklumat peribadi adalah tepat.

Lebih baik semak dua kali sebelum hantar daripada terpaksa membetulkan kesilapan kemudian.

Simpan artikel ini untuk rujukan musim e-Filing dan kongsikan kepada kawan-kawan yang sedang mengisi borang cukai mereka.