Kurang Kesedaran Antara Sebab Penolakan Pinjaman Perumahan di Malaysia

80% penolakan pinjaman perumahan di Malaysia, sehingga Jun 2019, adalah kerana rumah-rumah berharga lebih daripada tiga kali ganda nisbah pendapatan tahunan pemohon, menurut seorang pegawai Bank Negara Malaysia. Ini disebabkan kekurangan kesedaran pada proses permohonan pinjaman perumahan yang tersebar di kalangan bakal pembeli rumah di Malaysia, terutamanya mereka yang membeli rumah untuk kali pertama.

Antara sebab-sebab lain penolakan pinjaman perumahan biasanya termasuk kekurangan kemampuan membayar balik, skor kredit yang tidak memuaskan, selera risiko bank yang berbeza dari bank ke bank dan komitmen kewangan lain yang mungkin mempengaruhi kadar kejayaan permohonan pinjaman.

Ciri-Ciri LoanCare, Point of Interest (POI) dan Transaction History pada iProperty.com.my membantu rakyat Malaysia dalam perjalanan mencari hartanah terpilih mereka

LoanCare, yang dilancarkan pada awal tahun 2019, merupakan ciri penunjuk kelayakan pinjaman rumah di iProperty.com.my bagi membantu pembeli rumah di Malaysia menentukan skor kadar nisbah pembiayaan hutang (DSR) mereka.

Menerusi LoanCare, pengguna boleh mendapatkan laporan kelayakan pinjaman perumahan mereka daripada 17 bank berserta jumlah ansuran bulanan dan tempoh pinjaman rumah. Kini, rakyat Malaysia boleh mengakses maklumat ini secara percuma di iProperty.com.my di hujung jari mereka.

Sebagai tambahan kepada LoanCare, iProperty.com.my memberikan peluang kepada pembeli rumah untuk menerokai kawasan berdekatan yang dipilih dengan ciri Point-of-Interest (POI). Selain lokasi, jenis hartanah dan harga, keselesaan sara hidup adalah satu lagi faktor penting bagi kebanyakan pencari hartanah.

Ciri POI diintegrasikan ke dalam peta hartanah yang dicari dan boleh membantu pembeli rumah di Malaysia membuat keputusan yang lebih baik untuk mengakses kemudahan-kemudahan di sekitar hartanah yang dicari termasuk jarak, semuanya dalam satu pandangan.

Pembeli rumah juga boleh melihat sejarah transaksi setiap hartanah di iProperty.com.my. Dikuasakan oleh brickz.my, pencari hartanah dapat melihat sehingga 10 sejarah urus niaga hartanah terbaru, nilai jualannya, harga kaki persegi serta harga median hartanah di kawasan itu. Sementara itu, pemilik rumah akan sentiasa dimaklumkan mengenai hartanah pilihan mereka dengan menjejaki jumlah dan nilai rumah serupa yang telah dijual. Dengan itu, pencari hartanah akan mendapat gambaran yang jelas mengenai nilai hartanah di kawasan mereka.

Mengulas mengenai ciri-ciri ini, David Mawer berkata, “Ciri-ciri di iProperty.com.my ini bertujuan untuk membantu pembeli rumah di Malaysia dalam perjalanan hartanah mereka. Mata-mata data ini akan membantu menentukan harga hartanah pilihan mereka. Di samping itu, pencari hartanah boleh dengan mudah menyelaraskan jenis harta yang mereka idami, sama ada di kondominium atau rumah teres serta kawasan kejiranan pilihan mereka untuk memeriksa sama ada hartanah sasaran mereka berada dalam anggaran yang sesuai atau tidak. Ini membolehkan mereka menjalankan carian hartanah dengan lebih cepat dan berkesan.

“Sebagai laman web nombor 1 rakyat Malaysia untuk mencari hartanah, iProperty.com.my menyediakan tempat yang mudah untuk mencari nilai dengan data transaksi dan tempat menarik, carian yang diperibadikan dan laporan kelayakan pinjaman rumah, semuanya dalam satu platform. Kami telah mengenal pasti cabaran atau kesusahan dalam perjalanan pencarian hartanah mereka dan kami mempunyai penyelesaian teknologi dan data untuk membantu rakyat Malaysia mencari rumah impian mereka.” tambah David Mawer.


Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawless, bank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.