4 Jenis Emas Yang Dikenakan Zakat

Ramai yang masih keliru akan zakat emas, apakah wujud zakat emas dan perlu dibayar? Ia diwajibkan oleh semua umat Islam yang mempunyai emas, barang kemas, akaun emas atau bagaimana?

Persoalan inilah yang sering menjadi pertanyaan dari dahulu sehingga sekarang. Memandangkan terdapat beberapa bentuk emas dan ciri-ciri yang berbeza, ramai yang sudah keliru akan hal ini.

Untuk pengetahuan kita, emas adalah simbol kekayaan Islam kerana ia amat berharga dan pernah menjadi mata wang dalam urusan jual beli suatu ketika dahulu.

Ada yang berbentuk syiling (dinar) dan ada juga yang dibentuk menjadi barang perhiasan wanita. Nilai dan keistimewaan emas yang menjadi ukuran kekayaan seseorang ini menjadikan Islam mewajibkan zakat ke atas emas.

Bukti Dalil: Zakat Emas Adalah Wajib

Dalam Surah At-Taubah (9): 34-35, ia telah dijelaskan secara terperinci:

“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya ada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu”

Rasulullah SAW juga telah bersabda melalui hadis yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA.  Ia bermaksud:

“Siapa sahaja yang menjadi tuan punya emas dan perak dan tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat nanti akan disediakan kepadanya hamparan api yang dipanaskan oleh neraka. Dengan api itulah akan diselarkan rusuk dan belakangnya?” (Sahih Muslim)

Jom kita tengok 4 kategori emas yang diwajibkan untuk kita mengeluarkan zakat.

#1 Barang Emas Perhiasan

Barang emas perhiasan adalah barang kemas yang selalu dipakai oleh kaum wanita. Hukum barang emas yang dipakai tidak wajib dizakatkan kerana ia dikategorikan tidak lagi berkembang sebagai aset.

Yusuf al-Qaradawi pernah menyebut bahawa perhiasan wanita yang diperbuat selain daripada emas dan perak, iaitu seperti berlian, mutiara dan batu berharga dikecualikan zakat, kerana ia dikhaskan untuk kegunaan peribadi dan tidak dianggap sebagai aset yang berkembang lagi.

Namun, jika ia terlalu banyak dan dipakai secara tukar-tukar melebihi 800 gram kesemuanya dalam tempoh 1 tahun ke atas, maka wajib kita keluarkan zakat ke atasnya.

Kaedah pengiraan:
= Berat emas x harga semasa x kadar zakat

#2 Emas Yang Disimpan Dan Tidak Dipakai

Ada orang mempunyai emas, tetapi tidak memakainya kerana ia mungkin sudah rosak atau lama. Oleh itu, ia menjadi simpanan semata-mata.

Begitu juga dengan emas yang dimiliki oleh kaum lelaki sekadar perhiasan dan tidak memakainya kerana hukumnya haram, ia merupakan emas simpanan.

Sekiranya jumlah berat emas yang disimpan tersebut menyamai atau melebihi nisab 85 gram serta melebihi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul), maka wajiblah kita mengeluarkan zakat ke atasnya sebanyak 2.5%.

Sabda Rasulullah SAW:  “Tiada wajib atas kamu sesuatu pun iaitu pada emas sehingga ada 20 dinar (85 gram) dan telah cukup haul wajib padanya setengah dinar. Apa yang lebih dari itu, mengikut kiraan yang sama?” (HR Abu Dawud)

#3 Pelaburan Emas Patuh Syarak

Sekiranya seseorang itu membuat pelaburan emas dalam bentuk akaun emas, simpanan unit emas yang dilabur akan dicatatkan dalam akaun anda. Disebabkan pelaburan emas patuh syarak membolehkan pelabur mengeluarkan dan memiliki emas tersebut, maka hukum zakat dikenakan adalah jika menyamai atau melebihi nisab 85 gram.

Emas fizikal pula biasanya dalam bentuk Gold Bar dan Syiling. Untuk pelabur yang melabur emas secara emas fizikal ini, mereka turut dikenakan zakat hanya jika berat unit emas tersebut menyamai atau melebihi nisab 85 gram.

Kaedah pengiraan:
= Berat emas x harga semasa x kadar zakat

Contoh:
= 400 gram x RM200 x 2.5%
= RM80,000 x 2.5%
= RM2,000

#4 Pelaburan Emas Tidak Patuh Syarak

Kita perlu tahu sama ada pelaburan yang dilakukan patuh syarak atau tidak, supaya tidak merana di kemudian hari. Pelaburan emas tidak patuh syarak terdiri daripada 2 kategori, iaitu pelaburan emas dalam alam maya dan pelaburan emas akaun pelaburan tetapi tidak menyediakan emas fizikal.

Pelaburan akaun emas tetapi tiada emas fizikal akan dikenakan zakat berdasarkan jumlah pokok sahaja sekiranya jumlahnya tidak melebihi nisab tahunan. Kita boleh membuat pengiraan mengikut Formula Zakat Wang Simpanan.

Pelaburan emas secara alam maya pula adalah secara online dan tidak melibatkan emas fizikal. Mereka mempunyai akaun pelaburan emas tetapi tidak boleh menuntut emas fizikal tersebut. Oleh itu, ia dikategorikan sebagai zakat tidak patuh syariah dan dikenakan jumlah pelaburan pokok jika ia melebihi jumlah nisbah tahunan. Ia dikatakan sebagai bayaran zakat wang simpanan. 

Selalunya, rakyat Malaysia lebih cenderung untuk memakai emas, menyimpan emas dan membuat pelaburan emas secara patuh syariah. Penting untuk anda ketahui status zakat emas anda.

Untuk hukum bagi sesetengah situasi penggunaan emas juga, boleh rujuk di sini.

Sumber Rujukan: PPZ

Jom mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold hari ini juga.

Dengan minimum pembelian 0.25gram emas atau serendah RM68.25 (berdasarkan harga emas RM273 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Daftar secara percuma di KAB Gold sekarang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Zakat KWSP: Kenapa Kena Bayar Walaupun Tak Keluarkan Duit?

Ramai mungkin tertanya-tanya, kalau duit KWSP masih tersimpan dan belum dikeluarkan, kenapa pula perlu bayar zakat setiap tahun?

Persoalan ini timbul selepas KWSP memperkenalkan kemudahan pembayaran Zakat Perniagaan Simpanan Shariah melalui potongan dividen tahunan. Untuk memahami rasionalnya, kita perlu melihat bagaimana Simpanan Shariah KWSP diuruskan dan bagaimana zakatnya dikira.

1. KWSP melaburkan simpanan ahli secara kolektif

Bagi Simpanan Shariah, caruman ahli dihimpunkan dalam satu portfolio pelaburan yang diuruskan oleh KWSP mengikut prinsip Syariah. Pelaburan ini menjana pulangan yang diagihkan kepada ahli dalam bentuk dividen tahunan.

Dalam urusan ini, KWSP bertindak sebagai wakil (wakil) dan pemegang amanah yang menguruskan serta melaburkan simpanan bagi pihak ahli berdasarkan akad wakalah.

2. Kenapa kena bayar zakat walaupun duit belum dikeluarkan?

Persoalan ini telah dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) kali Ke-125 pada 24 hingga 26 September 2024.

Muzakarah memutuskan bahawa akaun Simpanan Shariah memenuhi ciri pemilikan sempurna (al-milk al-tam) dan hak untuk berurus niaga (haq al-tasarruf) melalui pemberian wakalah kepada KWSP.

Oleh itu, kewajipan zakat bagi Simpanan Shariah ditetapkan sebagai zakat perniagaan tahunan, berkuat kuasa mulai tahun kewangan 2025. Kewajipan ini tidak bergantung pada sama ada ahli sudah mengeluarkan wang daripada akaun KWSP atau belum.

3. Bagaimana pula kalau simpanan tak cukup nisab?

Ini antara perkara yang mungkin mengejutkan ramai orang.

Biasanya, zakat individu dikaitkan dengan nisab, iaitu paras minimum harta yang ditetapkan untuk mewajibkan zakat. Namun, bagi Simpanan Shariah, KWSP menguruskan dana secara kolektif atau khultah, bukannya mengasingkan pelaburan bagi setiap ahli.

Oleh itu, penentuan nisab dibuat berdasarkan keseluruhan dana terkumpul yang tertakluk kepada zakat. Jumlah tanggungan zakat setiap ahli Muslim kemudiannya ditentukan secara berkadar berdasarkan Kadar Zakat Ahli masing-masing.

Maka, kewajipan ini boleh terpakai walaupun baki simpanan seseorang ahli secara individu berada di bawah nisab.

4. Macam mana nak bayar zakat KWSP?

Ahli Muslim yang telah memilih Simpanan Shariah boleh memberikan persetujuan kepada KWSP untuk memotong zakat daripada dividen tahunan dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa zakat negeri berkaitan.

Pilihan ini boleh dibuat melalui KWSP i-Akaun, portal i-Akaun (Ahli), Self-Service Terminal (SST) atau pejabat KWSP.

Cara mengaktifkan kemudahan zakat KWSP:

  1. Buka KWSP i-Akaun dan tekan menu Profil.
  2. Pilih menu Zakat.
  3. Buat pilihan untuk mewakilkan KWSP menguruskan pembayaran zakat bagi Simpanan Shariah anda.
  4. Lengkapkan maklumat dan sahkan pilihan.

Jika tidak memilih kemudahan potongan dividen, ahli tetap bertanggungjawab menguruskan pembayaran zakat perniagaan Simpanan Shariah sendiri berdasarkan kadar yang dimaklumkan oleh KWSP.

Kemudahan potongan ini bukan automatik; persetujuan ahli diperlukan terlebih dahulu.

5. Adakah sama dengan Simpanan Konvensional?

Tidak. Kaedah zakat bagi Simpanan Konvensional berbeza dan tertakluk kepada ketetapan serta kaedah yang berkaitan, termasuk zakat atas wang yang dikeluarkan apabila memenuhi syarat yang ditetapkan.

Bagi Simpanan Shariah yang telah dizakatkan melalui kemudahan ini, ahli tidak perlu membayar zakat sekali lagi secara berasingan atas simpanan yang sama apabila membuat pengeluaran.

Kesimpulan

Zakat KWSP ini bukan semata-mata zakat atas wang yang sudah berada dalam tangan. Bagi Simpanan Shariah, kewajipan zakat perniagaan ditentukan berdasarkan kaedah pengurusan pelaburan secara kolektif dan keputusan hukum yang berkaitan.

Kemudahan baharu KWSP ini bertujuan memudahkan ahli Muslim menunaikan kewajipan tersebut tanpa perlu menguruskan pengiraan dan pembayaran sendiri.

Satu lagi persoalan yang menarik: jika zakat ini dibayar melalui potongan dividen dan ahli menerima resit rasmi daripada pihak berkuasa zakat negeri, bolehkah bayaran tersebut dituntut sebagai rebat cukai pendapatan melalui e-Filing? Jawapannya boleh. Bayaran zakat KWSP ini boleh dituntut sebagai rebat cukai pendapatan sebab bayaran dibuat kepada pihak berkuasa zakat yang diiktiraf.