KWSP Umum Dividen Sebanyak 6.1% Bagi Tahun 2021

Hari ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan dividen bagi Simpanan Konvensional sebanyak 6.1% manakala Simpanan Syariah sebanyak 5.65%.

Ini adalah hasil daripada prestasi yang baik dalam operasi dan juga kewangan bagi tahun 2021. Dividen yang diagihkan berjumlah RM56.92 bilion; RM50.45 bilion bagi Simpanan Konvensional manakala RM6.47 bilion pula bagi Simpanan Syariah.

Kadar dividen yang diberikan oleh KWSP adalah lebih tinggi daripada Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang memberikan dividen sebanyak 5%.

Dividen yang diberikan oleh KWSP ini adalah lebih tinggi daripada dividen pada tahun 2020 iaitu sebanyak 5.2% dan 4.9%.

Semua aset pelaburan KWSP meningkat sebanyak 7.9% kepada RM998 bilion pada Februari 2021 berbanding RM924.75 bilion pada tahun 2019.

Berdasarkan kepada data KWSP, hampir 7.3 juta ahli KWSP telah memohon sekurang-kurangnya satu atau ketiga-tiga pengeluaran khas berkaitan COVID-19, iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra, yang secara jumlahnya sebanyak RM100.9 bilion dikeluarkan daripada KWSP antara April 2020 hingga Februari 2022.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

SC Dakwa Bekas Pengarah Urusan Kumpulan & CEO Sarawak Consolidated Industries Berhad Atas Penyata Kewangan Palsu

Securities Commission Malaysia (SC) hari ini mendakwa bekas Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB), Rosland Othman, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan menyebabkan penyata palsu dikemukakan oleh SCIB kepada Bursa Malaysia.

Rosland didakwa atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 369(b)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) kerana menyebabkan pengemukaan Laporan Kewangan Interim SCIB bagi Keputusan Disatukan untuk Suku Berakhir 30 Jun 2021 yang mengandungi angka hasil sebanyak RM852.8 juta kepada Bursa Malaysia pada 30 September 2021.

Menurut pertuduhan tersebut, Rosland dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 367(1) CMSA dalam kapasiti beliau sebagai pengarah SCIB pada waktu kejadian.

Rosland mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut. Hakim Mahkamah Sesyen, Tuan Azrul bin Darus, membenarkan Rosland diikat jamin sebanyak RM500,000 dengan seorang penjamin tempatan. Mahkamah turut memerintahkan beliau menyerahkan pasport serta melapor diri kepada Pegawai Penyiasat SC setiap bulan sehingga perbicaraan selesai sebagai syarat tambahan jaminan.

Jika sabit kesalahan, Rosland boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda tidak melebihi RM3 juta.

Pihak SC diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya SC, Mohd Hafiz Mohd Yusoff dan Hashley Tajudin, serta pegawai pendakwa Quek Yiing Huey dan Siti Sarah Kamaruzaman.

Waran Tangkap terhadap Bekas Pengerusi SCIB

Dalam perkembangan berasingan, SC turut memperoleh waran tangkap terhadap bekas Pengerusi SCIB serta pengarah bukan eksekutif dan bukan bebasnya, Mohd Abdul Karim Abdullah.

Karim sebelum ini pernah didakwa oleh SC pada tahun 2021 atas kesalahan hampir sama berkaitan maklumat palsu dalam penyata kewangan Serba Dinamik Holdings Berhad. Kes tersebut bagaimanapun diselesaikan melalui kompaun selepas pihak Pendakwa Raya menerima representasi beliau, dengan kompaun sebanyak RM3 juta dikenakan.

Karim yang kini dipercayai masih bebas dikehendaki atas kesalahan sama di bawah Seksyen 369(b)(B) CMSA kerana penglibatannya dalam menyebabkan penyata palsu SCIB dikemukakan kepada Bursa Malaysia. Pendakwa Raya telah memberi kebenaran untuk pendakwaan jenayah terhadap beliau.

Butiran Karim dan alamat terakhir yang diketahui adalah seperti berikut:

Nama: Mohd Abdul Karim bin Abdullah
No. IC: 650523-13-5719

Alamat terakhir diketahui:

  1. No. 35, Jalan Hijau Pelangi U9/51, The Lake Garden Villas Cahaya SPK, Seksyen U9, 40150 Shah Alam, Selangor
  2. Flat 3401, 345-Burj Khalifa, Premise Number 345265912, PO Box 5130, Dubai, UAE

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Karim diminta memaklumkan kepada SC di talian 012-6112496 atau melalui e-mel [email protected].

SC menegaskan bahawa pendedahan maklumat yang tepat berkaitan kedudukan kewangan syarikat tersenarai awam adalah amat penting bagi memastikan kepercayaan dan keyakinan terhadap pasaran modal terus terpelihara. SC akan terus mengambil tindakan tegas terhadap kesalahan seumpama ini.