Lompong dalam eDompet: Aplikasi Bayaran Mudah Alih Berdepan Cabaran Besar

SAN FRANCISCO, 25 Januari 2019 /PRNewswire/ — Platform penglibatan pemasaran mudah alih dan analitik, CleverTap hari ini mengeluarkan laporan terkini Penanda Aras Industri untuk Aplikasi Bayaran Mudah Alih. Berdasarkan analisis melibatkan berbilion-bilion titik data yang diagregatkan daripada lebih 583 juta pengguna unik merentas lebih 700 juta peranti, keputusannya mendedahkan landskap yang amat kompetitif yang mana penerbit-penerbit aplikasi bergelut untuk mengalihkan pengguna dalam perjalanan pelanggan bermula dengan asimilasi pengguna.

Dengan membandingkan keputusan ini kepada kemasukan terdahulu dalam laporan paling terkini oleh syarikat untuk aplikasi media & hiburan over-the-top (OTT) serta aplikasi perjalanan yang memberi demonstrasi jelas tentang cabaran lebih besar yang dihadapi oleh penyedia-penyedia aplikasi bayaran mudah alih. Dapatan-dapatan penting termasuk:

  • Purata kadar pengekalan untuk pengguna aplikasi bayaran mudah alih adalah hanya 8% selepas 4 minggu (berbanding OTT: 20%, Perjalanan: 48.3%)
  • Purata masa pendaftaran untuk aplikasi bayaran mudah alih ialah 1 jam penuh (berbanding OTT: 8 minit, Perjalanan: 18 minit)
  • Secara purata, 35% pengguna baharu yang terlibat dengan aplikasi bayaran mudah alih dalam bulan pertama, puratanya mengambil masa 12 hari untuk terlibat (berbanding OTT: 26% dalam 72 jam, Perjalanan: 80% dalam 44 minit)

Selain pemahaman tentang tingkah laku pengguna sepanjang kitar hayat aplikasi, termasuk peralihan daripada satu peringkat ke peringkat seterusnya, laporan ini turut memberi panduan berhubung metrik yang memberikan petunjuk terbaik keadaan pengalaman pengguna pada setiap peringkat dalam kitar hayat tersebut.

“Tatkala pasaran untuk aplikasi bayaran global terus berkembang, penerbit-penerbit aplikasi berdepan dengan cabaran-cabaran luar biasa apabila berusaha untuk memperoleh – dan menyimpan – bahagian mereka,” kata Almitra Karnik, Ketua Pemasaran Global di CleverTap. “Kami terus kekal fokus untuk membantu pelanggan kami memahami metrik penting yang akan membolehkan mereka mengoptimumkan prestasi aplikasi mereka dan mewujudkan pengalaman pengguna yang lancar dalam seluruh titik sentuh. Laporan Penanda Aras kami untuk Aplikasi Bayaran Mudah Alih memberi ‘CleverTips’ yang disokong data, yang merupakan garis panduan khusus untuk membantu pelanggan pada setiap peringkat untuk mengembangkan penglibatan, pengekalan dan pendapatan aplikasi.”

Penanda Aras Industri untuk Aplikasi Bayaran Mudah Alih boleh diakses di sini.

Latar Belakang CleverTap

CleverTap membantu jenama-jenama pengguna mengekalkan pengguna mereka seumur hidup. Ia merupakan penyelesaian pemasaran mudah alih hebat yang menyatukan data pengguna daripada saluran dalam talian dan luar talian pada satu platform berpusat. Setiap hari, beribu-ribu jenama menggunakan model pembelajaran mesin CleverTap untuk mencipta strategi penglibatan pelanggan yang terbeza yang membantu pemasar memacu pertumbuhan omnisaluran. Membina hubungan pelanggan yang bernilai dengan menggunakan pemahaman masa nyata yang boleh diambil tindakan yang membantu mewujudkan pengalaman pelanggan yang luar biasa.

Lebih 8,000 aplikasi dan laman sesawang global, termasuk Vodafone, Domino’s Pizza, DC Comics, Go-Jek, Cleartrip, BookMyShow dan DealsPlus mempercayai CleverTap untuk mencipta pengalaman yang dapat mendorong nilai seumur hidup pengguna yang lebih tinggi. Untuk melihat bagaimana perniagaan daripada semua saiz membina hubungan pelanggan yang lebih bermakna, kunjungi halaman pelanggan kami.

CleverTap beroperasi dari San Francisco, New York, London, Singapura, Mumbai dan Bengaluru. CleverTap disokong oleh firma-firma modal usaha niaga terkemuka termasuk Accel dan Sequoia. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari clevertap.com atau ikuti di Facebook dan Twitter.

Source: CleverTap

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.