Luis R. Gonzalez Black Bull Advisors Sampaikan Ucaptama di Sidang Kemuncak Dana Rantaian Blok NYC

AUSTIN, Texas, 15 Mei 2019 /PRNewswire/ — Minggu Rantaian Blok New York berlangsung dengan permulaan yang membuahkan hasil. Lebih 170 acara dirancang di seluruh Manhattan yang disesuaikan untuk industri-industri rantaian blok, teknologi kewangan dan mata wang kripto. Black Bull Advisors, yang mengurus dana lindung nilai bertumpu kripto, membantu melancarkan minggu tersebut dengan menaja Sidang Kemuncak Dana Rantaian Blok yang diadakan di Standard High Line Hotel, terletak di kawasan pembungkusan daging NY, pada 9 Mei lalu.

Rakan Kongsi Black Bull Advisors, Luis R. Gonzalez, menyampaikan pembentangan ucaptama di acara tersebut. Beliau menyebutkan tentang asas dan sejarah 10 tahun teknologi perdagangan proprietari Black Bull Advisors dan kaedah-kaedah perdagangan mata wang kripto Black Bull Advisors yang telah menunjukkan keputusan unggul berbanding strategi-strategi pelaburan yang lebih bersifat tradisional.

“Black Bull Advisors (BBA),” kata En. Gonzalez, “Ditubuhkan berdasarkan andaian bahawa peserta-peserta pasaran tercari-cari penyelesaian alternatif untuk strategi beli dan tahan dengan pulangan rendah yang biasa.” Kelebihan kompetitif BBA, jelas beliau, ialah hasil daripada penggabungan kecerdasan buatan (AI) proprietari BBA dan algoritma data raya untuk mengurus turun naik dalam pasaran perdagangan kripto untuk kelebihan BBA.

En. Gonzalez menjelaskan bahawa strategi-strategi perdagangan semasa BBA terdiri daripada perdagangan jangka pendek harian. “Kunci untuk mencapai pulangan yang kami perolehi,” tegas beliau “Adalah dengan menganalisis maklumat pada waktu nyata dan menggunakan alatan canggih yang sudahpun kami miliki.”

Menurut En. Gonzalez, “Algoritma Black Bull menganalisis turun naik dalam pasaran, yang membantu kami melakukan perdagangan yang lebih baik dan mencapai pulangan yang unggul.”

Salah satu graf dalam pembentangan tersebut menggambarkan bagaimana algoritma BBA telah mengatasi S&P 500 dan Bitcoin dari segi pertumbuhan sejak Januari 2018, apabila pengurus-pengurus BBA mula mengaplikasikan kaedah perdagangan berasaskan AI mereka kepada pasaran mata wang kripto.

Matlamat Sidang Kemuncak Dana Rantaian Blok adalah untuk mendidik pejabat keluarga dan pelabur institusi tentang strategi-strategi dan peluang-peluang pelaburan melalui lensa beberapa pengurus dana dan pemimpin pemikiran yang paling berpengaruh dalam industri rantaian blok.

Black Bull Advisors, LLC menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) proprietari untuk mengarahkan dan mengurus perdagangan teknikal dalam dana lindung nilai bertumpu kriptonya. Pengurus-pengurus Black Bull Advisors melabur dalam portfolio mata wang kripto yang pelbagai dan aset-aset digital lain menggunakan berbagai-bagai strategi perdagangan.  

Sumber: Black Bull Advisors

Pautan Berkaitan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

CIMB Securities Kekal Saranan ‘Neutral’ Ke Atas Sektor Hartanah

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) — CIMB Securities Sdn Bhd mengekalkan saran an ‘neutral’ terhadap sektor hartanah, terutamanya di Johor, susulan pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, memandangkan keputusan itu memberikan mandat yang jelas kepada pentadbiran baharu untuk memastikan kesinambungan pembangunan.

CIMB Securities dalam nota penyelidikannya hari ini memaklumkan bahawa ia termasuk pengumuman rasmi pelan tindakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada suku keempat 2026, dengan sokongan daripada kerajaan perpaduan persekutuan.

Bank pelaburan itu juga menjangkakan pelancaran projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor Bahru bernilai RM7 bilion pada separuh kedua 2026, berikutan pemberian surat hasrat kepada konsortium DOM Industries-MMC Engineering-Nylex- BTS Group Holdings.

Bagaimanapun, projek infrastruktur rentas sempadan yang lain, termasuk cadangan Laluan Link 2 Sistem Transit Rapid (RTS) Tuas-Iskandar Puteri dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, masih menunggu kejelasan dasar yang lebih lanjut.

“Walaupun kami mengekalkan saranan ‘neutral’ terhadap sektor hartanah, pelan tindakan JS-SEZ yang akan datang dan permulaan Laluan Link RTS pada suku pertama 2027 akan menyokong permintaan bagi hartanah kediaman bertanah dan perindustrian di Johor, dengan kesan limpahan faedah kepada aset komersial dan runcit di koridor pertumbuhan utama,” menurut nota penyelidikan itu.

Nilai tanah industri utama dilaporkan telah meningkat dua kali ganda kepada RM150 bagi setiap kaki persegi daripada RM 70-RM80 bagi setiap kaki persegi pada 2024, didorong oleh permintaan berterusan berkaitan pusat data, dengan pencarian tanah semakin beralih ke luar Johor Bahru disebabkan oleh kekangan bekalan tenaga dan air.

Namun, CIMB Securities memberi amaran mengenai segmen kediaman bertingkat tinggi di Johor Bahru, di mana data suku pertama 2026 daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic) menunjukkan stok sedia ada sebanyak 108,863 unit pangsapuri perkhidmatan, serta bekalan masuk dan dalam perancangan masing-masing sebanyak 41,832 dan 18,712 unit sehingga 2030/2031.

Ia meningkatkan risiko lambakan bekalan sekiranya permintaan gagal seiring dengan bekalan tambahan tersebut.

Dalam senarai analisisnya, UEM Sunrise kekal sebagai pilihan utama bagi peningkatan semula nilai tanah Johor, memandangkan simpanan tanah Iskandar Puteri yang luas dan pelan induk perindustrian Gerbang Nusajaya yang akan datang pada suku pertama
2027.

Pemaju lain yang mempunyai pendedahan ketara kepada kawasan sekitar Laluan Link R’TS termasuk Eco World, Mah Sing Sunway, SP Setia dan KSL Holdings.

Sementara itu, Perkhidmatan Tren Elektrik Kuala Lumpur-JB Sentral yang baharu telah meningkatkan ketersambungan dalam negeri dan membuka peluang pembangunan di daerah sekitar, sekali gus memberi manfaat kepada Matrix Concepts menerusi perbandaran Bandar Seri Impian miliknya di Kluang.

Dalam PRN diadakan pada 11 Julai, 2026, Barisan Nasional mengekalkan penguasaan di Johor dengan majoriti dua pertiga yang besar, selepas memenangi 48 daripada 56 kerusi dipertandingkan.

BERNAMA